Powered by Blogger.

10 Tahun tunggu gelanggang futsal-tq Jkkk selangor

>> Monday, 4 June 2012


Akhirnya di bawah Pakatan rakyat juga terbinanya gelanggang itu, Penantian suatu peyeksaan boh, Tak tercapai akal zaman Pemerintahan rejim asad eh silap BN.


KUALA LANGAT 4 JUN: Setelah hampir 10 tahun menantikan gelanggang futsal dibina, akhirnya impian golongan belia Kampung Permatang Pasir, Morib, di sini, menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Negeri Selangor.

Menurut setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu, Abd Razak Ramli, pihak JKKK telah berusaha memohon peruntukan pembinaan gelanggang futsal semenjak BN mentadbir negeri ini lagi.

“Kira-kira hampir 10 tahun kami usahakan, tetapi banyak kerenah dan alasan ditimbulkan oleh pentadbiran lama termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Padahal kami bukanlah minta stadium, cuma gelanggang futsal sahaja,” kata beliau.

Penantian itu berakhir pada Mac lalu apabila gelanggang itu siap untuk kegunaan orang kampung dan dirasmikan Pengerusi JKKK Kampung itu, Hassan Abdol Hadi.

Bagi meraikan acara itu, kampung tersebut Pertandingan Futsal Tertutup Kampung Permatang Pasir.

Abd Razak berkata gelanggang itu begitu popular dengan anak muda sampai ia menjadi kawasan tumpuan kampung itu.

“Sambutan golongan belia sangat baik, sebelah petang atau malam hari-hari biasa pun biasanya ada sahaja anak muda  kampung ini yang beriadah di sini.

“Secara tidak langsung dapat mengelak dari golongan ini terjebak dalam aktiviti tidak sihat,” kata Razak.

Seorang ahli JKKK Kampung Permatang Pasir, Raja Mahmud Raja Abd Hamid pula, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan berharap kemudahan di gelanggang ini dinaikkan taraf lagi.

Dalam tinjauan di gelanggang tersebut, Selangor Kini sempat menemubual golongan belia di kawasan ini.

Mohd Azwan Asgari, 23 berpendapat gelanggang seperti ini dapat menyumbang kepada kemajuan bola sepak negara sebab banyak bakat bola sepak lahir dari kampung-kampung.

“Tidak mustahil kalau suatu hari nanti ada anak jati kampung ini mewakili negara dalam sukan bola sepak atau futsal.

“Selain itu kami dapat beriadah dan terhindar dari gejala negatif lain.”-selangorku

p/s :mulia sungguh hati mu jkk
Read more >>

Read more...

Insiden Batu Buruk -suwandi dan Azman Bebas dari tuduhan serang polis


Sekitar Keputusan perbicaraan Tragedi Berdarah Batu Buruk. tangisan kegembiraan para ibu-ibu dan sanak saudara dgn keputusan hakim membebaskan sahabat kite Muhammad Azman, suwandi 

Para keluarga yg tak jemu menunggu tadi

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada 8 September 2007, lima tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut.

Selain Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan takbir para hadirin.

"Hari ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan.

"Mahkamah juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut.

Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman.

Mereka berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Harakahdaily difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam.

Ketua Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan.

Hadir sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50 orang ahli keluarga dan orang ramai.-Hd


Dari Harakahdaily sep 2007


KUALA TERENGGANU, 9 Sept (Hrkh) - Dua cedera parah ditembak peluru hidup oleh polis manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang ramai dan polis di Batu Buruk petang dan malam semalam.

Dua yang terkena peluru hidup polis itu masih dalam wad pembedahan Hospital Kuala Terengganu.

Kecederaan berlaku di pihak orang awam dan juga polis manakala berbelas-belas telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS.

Wartawan TVPAS, Suhaimi Taib sehingga kini masih ditahan polis.
Antara pemimpin PAS yang turun ditahan adalah bekas anggota Parlimen Kuala Nerus, Mohd Shukrimun.

Pertempuran berlaku ekoran tindakan merobohkan pentas yang dibuat untuk majlis ceramah anjuran Bersih oleh polis dan pihak berkuasa tempatan.

Ketegangan berlaku sejak petang lagi apabila sekatan dibuat ke arah tempat majlis ceramah yang hendak dianjurkan itu.
Di Kuala Lumpur, PAS akan mengadakan mesyuarat khas mengenainya jam 3 petang ini


Kami Bebas dari mainan jahat umno

Kronologi Terawal
Berikut dipaparkan kronologi paling awal ditulis tentang Insiden Batu Buruk;

08/09 1200
Petugas ceramah dirikan pentas

08/09 1700
Polis arahkan rombak pentas

08/09 1700
Polis minta kad pengenalan petugas

08/09 2000
FRU masuk dan mula arahkan bersurai

08/09 2130
Polis arahkan tahan orang ramai yang tidak mahu bersurai di sekitar Stesen ESSO.

08/09 2140
Dato’ Mustaffa Ali dan penceramah lain tiba berhampiran Warong Pak Maidin

08/09 2140
Keselamatan alih kon halangan jalan ke tapak ceramah di simpang Warong Pak Maidin

08/09 2140
Polis pakaian preman cuba menghalang petugas keselamatan dengan menarik baju.

08/09 2140
Salah seorang polis preman keluarkan pistol dan menuju ke arah petugas keselamatan lalu mengugut untuk tangkap petugas keselamatan.

08/09 2140
Polis tidak izinkan masuk ke jalan terbabit

08/09 2200
Orang ramai berkumpul di jalan utama di simpang masuk ke Masjid Batu Buruk.

08/09 2230
FRU mula menembak water canon dan gas pemedih mata di kawasan antara ESSO dan Masjid Batu Buruk kira-kira lebih kurang 0.8 km dari tempat pentas didirikan.Tembakan pertama ke arah orang ramai yang berkumpul di jalan ke Masjid Batu Buruk.

08/09 2230
Tembakan water canon dan gas pemedih mata berterusan sehingga jam 1.30 pagi.

08/09 2400
Salah seorang Polis preman menyelinap masuk dalam kumpulan orang ramai, disedari dan dikenali oleh beberapa orang awam lalu polis tersebut dikejar lalu polis keluarkan pistol dan menembak ke dada Suwandi Abd Ghani menyebabkan kecedaraan parah. Seorang lagi terkena percikan daripada beberapa tembakan dan tercedera di leher. Keduanya dikejarkan ke hospital.

09/09 0110
FRU mula berundur sambil menembak water canon dan gas pemedih mata.

09/09 0110
Orang ramai maju ke hadapan sambil menghalau FRU dan polis.

09/09 0130
FRU dan polis berundur sepenuhnya.

09/09 0130
Kerosakan harta awam seperti Lampu Trafik, Pasu Bunga Besar MPKT, Signboard Besar Idris Jusoh, dan membakar kon dan alat penghadang jalan di tengah2 jalanraya dilakukan oleh mereka yang tidak dikenali.

09/09 0130
Orang ramai terus kekal di jalanraya berhampiran selekoh masijd Batu Buruk dengan mengadakan sekatan jalanraya sehingga berlarutan jam 2.30 pagi, baru bersurai.

Tetapi hari ini perbicaraa kesnya telah berakhir sebentar tadi dengan tertuduh dibebaskan


Sujud Syukur dari rakan seperjuangan yang support dari dekat, umno tengok depa kata ajaran mana plak sujud2 lobi mahkamah ni, mufti2 keluar fatwa kebangsaan cepat pasal sujud syukur neh.


pshhhhhh...!!! Polis yang tembak suwandi bebas, wa cakap lu. sebab ini negara umno punya ada faham?


Kredit gambar rakan fb


p/s: Rakyat menang lagi beb
Read more >>

Read more...

Himpunan hijau Kedah dibayar, PAS dah kantoi





Himpunan hijau di Kedah baru ni dibayar oleh segelintir oleh individu yang dipercayai adalah ahli2 penyokong PR yang kaya raya atau jutawan, berapa ratus sorang amber dop tahu sebab aku hanya pandai menuduh jer bukti aku takde nak kemukakan, eh silap beb bukan tuduhan ianyan hanya kemungkinan peseta-peserta himpunan hijau telah dibayar oleh pihak tertentu, jangan saman aku saman mamat bawah neh.


Nasib baik ada ayat berlapik MUNGKIN, sedap sikit baca bagi yang cerdik bagi yang bodoh terus menusuk dalam dada percaya kata timbalan perdana menteri neh .

kemungkinan besaq ada yang dibayar untuk hadir perhimpunan, itu tak dinafikan mungkin dibayar dalam bentuk sumbangan makan minum, tambang tol atau bagai bukan dibayar semata-mata dipaksa untuk hadir himpunan itu. tak salah pun kalau aku nak sedekah kat peserta bukan muhyiddin tahu pun niat aku nak sedekah atau rasuah supaya hadir dgn paksa?

Sebagai menteri kalau keluar statement macam neh memang nampak banganglah, tiada bukti apa yang dimaksudkan oleh kamu malah memalukan, berpolitik dgn matang bukan macam MENATANG. ok stop

Ini lagi kelakar

Dari manusia yang sama, bin ayah sama, mp yang sama. Pakatan rakyat akan mengadakan demonstransi besar-besaran selepas kalah dalam pilihanraya ke 13 akan datang. sebab selama neh  Pakatan rakyat tak pernah kalah dalam mana2 piilihanraya semenjak 54 tahun memerintah negara Malaysia.

Oleh kerana itu sekiranya PR kalah dan tidak dapat menawan Putrajaya. parti itu akan merusuh kerana tidak boleh terima kenyataan bahawa rakyat menolak beliau.

 Kahkhakah ingat aku sesuka hati nak menuduh bahawa PR akan merusuh nanti? nah baca bawah neh


--->Bersih 1,2,3 semua dibayar
--->901 dibayar
--->himpunan hijau dibayar
Banyak  duit geng2 PR neh

Yang neh sapa bayar?

p/s: Muhyiddin sedang gembira, najib sedang diburu interpol. sini

Read more >>

Read more...

Hidup mati BN penentu dalam PRU13-Muhyiddin

Kali neh betul-betul serius dari menteri kabinet, kali neh bukan lagi gurauan senda dari beliau, Ancaman Pakatan Rakyat kali neh betul2 mencabar United monkey Nasional Organization.

Kalau tak manakan Mat sembab bab kata Tukar tiub mengeluarkan kenyatan sedemikian. mungkin beliau melihat mood rakyat hasil turun padang selama neh melihat rakyat betul2 bonci kopado Barisan Nasional.



Bhai jatuh bangunnya BN apa rakyat peduli, jatuh tak bangun-bangun itu lebih baik buat rakyat kalau hidup ahli -ahli BN menyusahkan rakyat dan agama.

Kali neh pilihanraya ibarat betul2 perang beb, orang yang gila kuasa mana nak kalah, kalau kalah habis terbongkar telanjang habis segala kejahatan selama neh. kalau kalah penjara sungai buloh tak muat untuk ahli2 umno terutamanya rosmah mansor.

So apa amber nampak atas kenyataan Muhyiddin neh, bokorjo sekuetnyo utk jontero2 BN, kalah kito dalam cito, penipuan kali neh lebih hebat berbanding PRU sebelum2 neh.-Tmi

p/s :Pengerusi SPR pun ahli umno, masih buto?
Read more >>

Read more...

Mati ketika mengejar pasangan kekasih buat maksiat

>> Sunday, 3 June 2012




Anggota polis trafik menunjukkan keadaan motosikal ditunggang Shahrezal 

dan Afian.

SABAK BERNAM – Tindakan nekad dua sekawan mengejar sepasang kekasih yang dipercayai bermadu asmara dalam sebuah kereta di jalan Ban Canal di sini berakhir tragedi apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Parit Empat Ban Canal, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian 12.10 malam itu, dua sahabat itu bertembung dengan motosikal yang dinaiki seorang mangsa dan menyebabkan kedua- dua penunggang  maut manakala pemboncengnya patah kaki kanan.

“Mangsa, Shahrezal Shahari, 31, berasal dari Peket 20, yang menunggang motosikal dari arah Sungai Besar ke Pasir Panjang meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.

“Manakala, dua sahabat tadi, Afian Mohd Zaidi, 22, dari Parit Serong Simpang Lima, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak manakala rakan yang memboncengnya kenali sebagai Arif,  18, dari Parit 14 Darat Simpang Lima, mengalami patah kaki kanan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, tidak sampai sejam selepas kejadian pertama, seorang pemuda Zairul Akmal Zulkifli, 22, maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu  23, Sungai Nibong selepas bertembung kereta Perodua Kancil yang dinaiki tiga sekeluarga.

"Kejadian kira-kira 1.00 pagi itu berlaku di Kilometer Anggota polis trafik menunjukkan keadaan motosikal ditunggang Shahrezal dan Afian. (KM) 58, Jalan Teluk Intan, Klang itu menyebabkan mangsa cedera di beberapa bahagian  badan termasuk kepala dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tanjong Karang," katanya.

"Siasatan masih dijalankan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta datang ke balai polis berhampiran atau  menghubungi Balai Gerakan di talian 03- 3224222," katanya. -sh

p/s: Al fatihah buat sahabat yang mati dalam mencegah maksiat. 
Read more >>

Read more...

Rumah Azmin ali diserang 20 orang pemuda, bukan ahli umno

Kena bersangka baik perangai tak bertamadun ini jarang sekali kita lihat ada parti umno malah banyak berlaku pada parti Pakatan Rakyat khususnya PAS kata tv3 itupun kalau aku jadi pembacanya.

Serangan akibat ketidakpuasan hati segolongan melayu utan terhadap naib presiden PKR itu apabila beliau bebas dari tuduhan rasuah yang berlaku 17 tahun dahulu, tuduhan rasuah yang dilaporkan segelintir melayu utan itu bersifat dendam politik akhir2 beliau tidak disabitkan malah melayu utan ini juga yang mengamuk. sendiri cari penyakit sendiri mengamuk.


Ulang suara...!!! 
Melayu utan ini bukan pemuda umno, perkasa malah pekida jauh sekali.

Bukan senang nak melayan melayu utan ni der. semua nak ikut selera tekak mereka. manusia utan ni kalau tak dapat upah rm30, sebungkus dunhill pun jalan.

Jika melayan karenah melayu utan, dengan kita2 jadi beruk

p/s melayu utan samseng taik kucing.

Read more >>

Read more...

Kebodohan MB Terengganu semakin bersinar, siyes aku kabor

Baru jer pagi tadi aku cakap pasal mat said, atas sebab kecerdikkan   yang tak seberapa menyerlah disebabkan ingin mengenakan tindakkan kepada pelajar yang menyertai BERSIH sini.

Kepada anggota kerajaan khususnya polis atau tentera dilarang sama skali menyokong pembangkang kerana anda akan dilabelkan oleh Mat Said sebagai pengkhianat.

Tanpa mat said sedar bahawa negara ini negara demokrasi berparlimen bukan negara umno al yahudi. so sebut demokrasi mana2 rakyat berhak nak memilih parti mana yang diorang suka.

Nah terbukti kebodohan abang mat id itew


Apa yang dimaksudkan oleh abang Mat bercangah dgn dasar pemerintah aku pun bingung, mungkin maksud beliau staff krajaan sokong PR dikira bercanggah tak gitu?

kahkahkah lawak mat Kijal siotttttt...!!!

Bila anda menyarung baju unirform automatik anda wajib sokong BN walaupun najib suruh anda menjaga konsert telanjang atau program memaki hamun ulama'2 itu wajib.

Bila anda baru lepasan rekrut army atau polis anda secara sah automaticaly wajib bukan harus menjilat segala perbuatan terkutuk barisan nasional.

Mari sini mat said weh baca apa itu demokrasi berparlimen, Menteri besor natang apa yang bodo sangat har?

 Ciri-ciri demokrasi berparlimen di Malaysia?
--->Rakyat Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara.
--->Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
--->Peluang Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Pilih  Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Sokong  Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. 
--->Lambang   Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
--->Tertinggi  Raja menjadi pemerintah tertinggi negara dan negeri. 
--->Kuasa  Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. 
--->PM  Perdana Menteri menjadi ketua kerajaan. 
--->Parlimen Parlimen bertindak menggubal undang-undang negara. P  
--->Pilihan raya diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri. 
--->Parti  Parti-parti politik ditubuhkan untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing. 
--->Kebebasan  Menjamin kebebasan asasi rakyat seperti yang termaktub dalam  perlembagaan negara.

Baca apa yang abang k bold kan warna oren tu. kalau masih belum faham, memang sah kamu berpolitik menggunakan tumit kaki.

p/s: Pepatah melayu sudah bertukar bermula hari neh "bodoh macam mat said" bukan macam lembu lagi.


Read more >>

Read more...

Mat Said mengamuk dua pelajar bakal menjadi mangsa

Berita bernama melaporkan bahawa Mb terengganu Mat Said dapat mengesan dua orang pelajar tajaan yayasan Terengganu menyertai Bersih 3.0 baru2 ini.

Yang menjadi kemarahan Mat Said oleh kerana pelajar tersebut ditaja oleh yayasan terengganu di bawah kerajaan negeri gtersebut.

Mungkin Mat Said dah lupa bahawa kerajaan adalah hak milik penuh dan kekal oleh BN atau keturunan beliau. 

Mat said dah lupa kerajaan itu adalah hak rakyat dan perhimpunan itu juga hak rakyat<---mudah jgn nak memeningkan kepala.



So apa kesalahan pelajar2 ni beb, berhimpun? kalau kesalahan kerana berhimpun, bukankah termaktub dalam perlembagaan Malaysia hal perhimpunan aman?<---search google kalau benak sangat. mana lebih besar undang2 mat said atau perlembagaan Malaysia?

Aku tak nampak dengan jelas apa bukti kukuh bahawa pelajar2 ini melakukkan kesalahan sehingga Mat Said nak ambil tindakkan tegas terhadap pelajar ini dan kemngkinnan biasiswa tajaan yayasan akan ditarik balik itu aku nampak, tak mustaghil beb.

p/s: pelajar oh pelajar dah tahu UMNO tengah menggila  babi, yang telampau berani upload gambar kat fb kenapa? kan kan kan kan.

Read more >>

Read more...

12 rakyat Indon dan 2 wanita tempatan ditahan di pusat perlacuran Brickfields



KUALA LUMPUR — Polis menahan 12 wanita rakyat Indonesia dan dua wanita tempatan dalam serbuan di sebuah rumah kedai yang dijadikan pusat pelacuran di Jalan Thambypillai, Brickfields, malam tadi.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Deputi Superintenden Azman Mohd. Isa berkata, wanita berusia lingkungan 22 dan 46 tahun itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan melakukan aktiviti tidak bermoral.

Beliau berkata, turut ditahan dua penjaga premis bersama empat pelanggan berusia 20 hingga 30 tahun.

"Pusat pelacuran ini sudah beberapa kali kita serbu, kali terakhir pada 25 Mei lepas. Tetapi mereka tetap berdegil dan terus menawarkan khidmat seks dengan harga serendah RM30,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Operasi sejam yang berakhir 9.30 malam itu disertai empat pegawai dan 16 anggota IPKKL. Azman berkata, polis turut merampas beberapa bungkusan kondom dan semua yang ditahan dibawa ke IPKKL untuk siasatan lanjut.-BERNAMA

p/s: Pusat perlacuran Jalan Brickfields lali dah abang k dengor. serbu hari ini esok buka, roboh petang ni malam karang bina balik. dah bertahun dah berjaman  kirung nak habaq anggg. untuk pengetahuan hampa  pusat ni duk bawah jajahan wilayah persekutuan bukan selangor, mana poie jawi? Mana poei raja nong Chik? Hassan Ali mungkin dah tidor.
Read more >>

Read more...

Himpunan Hijau tak boleh lawan himpunan umno beb- Menteri KDN


Himpunan Hijau Tindak Balas Terhadap Gelombang Merah - Hishammuddin

Add caption
Takde modal nak serang agaknya

JITRA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman dekat sini pada Jumaat malam, sebagai tindak balas terhadap 'gelombang merah' yang melanda Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei lepas.

budak sekolah pun dipaksa berpolitik oleh umno

"Ini adalah tindak balas kepada apa yang mereka lihat sebagai satu gelombang dan kesedaran orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Cara kaedah kempen mereka gunakan (iaitu tema) warna hijau, perhimpunan yang ada unsur-unsur program dengan yang muda, apa bezanya dengan program yang kita dah buat?" katanya kepada pemberita selepas program BN Pilihan Orang Muda di sini.

twitter beliau

Perhimpunan 11 Mei lepas menyaksikan lebih 100,000 anggota Umno berpakaian merah berhimpun bagi sambutan ulang tahun ke-66 parti itu.

100 ribu dimaksudkan oleh hisamuddin

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, berkata PAS juga sudah tidak mempunyai modal kerana terpaksa mengikut kaedah serta ciri program anjuran B Nuntuk mendekati golongan muda.

"Kita tengoklah siapa yang sebenarnya ikhlas dan yang betul-betul berjuang untuk orang ramai," katanya.

Mengulas program BN di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman hari ini, beliau berkata semangat dan gelombang yang ditunjukkan golongan muda cukup membanggakan.

Beliau berkata semangat itu harus diteruskan dan diperluas bukan sekadar melibatkan anggota BN malah mendekati golongan muda lain.

Ini yang dimaksudkan beliau suntikkan semangat
Katanya, pendekatan itu sangat membina selain menyuntik nilai mulia dan murni dalam meniti arus perubahan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui program transformasi. BERNAMA

p/s: Apakah hishamuddin dah buta otak malah ilmu hisab? perhimpunan hijau di Kodah bukan nak berbanding bilangan mana sikit mana lebih besar? tapi rakyat yang matang melihat mesej yang disampaikan hasil perhimpunan itu. ANTARA PROGRAM MAKSIAT VERSI UMNO ATAUPUN MAJLIS ILMU ALA PAS? BERUK BOLEH MIKIR KAHKAHKAH.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER