Powered by Blogger.

DAP bakal perdana Menteri, Pakatan Rakyat cari penyakit

>> Monday 11 June 2012


HIDUP UMNO kali neh UNDILAH UMNO


Kahkahkah memang sah cari penyakit Pakatan Rakyat, memang sah undi melayu akan cabut lari daripada undi Pakatan rakyat, undi melayu banyak beralih arah kepada UMNUUUUUUU Barisan nasional.

Abang k sdiri takkan undi PR kali neh disebabkan DAP konsisten nak jadi perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan putrajaya, tak caya baca bawah neh.

KUALA LUMPUR - DAP menegaskan bahawa mereka tidak akan merebut jawatan Perdana Menteri, sebaliknya menyerahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Paktan Rakyat konsisten dengan kenyataan sebelum ini bahawa sekiranya Putrajaya berjaya ditawan, yang mana hanya seorang sahaja layak sebagai Perdana Menteri iaitu Anwar sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, secara peribadi beliau tidak layak dan tidak berminat untuk menjawat jawatan tersebut.

"Ada ramai yang lebih layak dan berpengalaman untuk meneraju negara dan menjadi Perdana Menteri. Saya akan bertanya beliau apa jawatan atau kuasa yang akan diberikan kepada saya," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali minggu lalu, yang menyatakan bahawa Anwar akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas memenangi pilihan raya bagi memberi lalu kepada Guan Eng untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.-sh


p/s: Assan aqidah calon umno cadangan abang k, guaner?
Read more >>

Read more...

RM1.8 juta dibazirkan oleh kerajaan untuk BERSIH3.0-KDN


Mengaku pun pembaziran telah berlaku pada bersih 3.0, mana pemuda umno yang duk putar belit fakta sangat selama neh. skang nak percaya atau tidak bos anda sudah megeluarkan kenyataan.kehkhekeh.


KUALA LUMPUR 11 Jun: Sebanyak 967 butir gas pemedih mata telah dilepaskan dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Jumlah itu lebih tiga kali ganda berbanding dalam perhimpunan Bersih 2.0, iaitu sebanyak 262 butir.
Tembakan yang dilepaskan dalam Bersih 3.0 itu termasuk 909 butir ‘shell tear smoke’ dan 58 butir ‘grenade tear smoke’.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan.
Dalam jawapan itu, Hishammuddin turut memberitahu kerajaan telah menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penganjuran perhimpunan itu.
Menurut Harakah Daily, Fong Po Kuan dalam soalan lisannya meminta Menteri itu menyatakan jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota yang bertugas, perbelanjaan pada hari tersebut.
Sementara itu, Hishammuddin memandang serius sebarang pelanggaran Peraturan sedia ada (SOP) yang telah ditetapkan dan dua anggota polis telahpun didakwa di mahkamah.
“Sekiranya terdapat mana-mana anggota keselamatan terbukti bersalah melanggar SOP yang telah disediakan, tindakan undang-undnag akan tetap diambil terhadap anggota berkenaan,” katanya dipetik-Kd
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER