Powered by Blogger.

Video nizar memalukkan umno Tualang Sekah

>> Monday, 14 May 2012

Versi video 




p/s : Mana yang baru tahu citer dan memang buat2 tak tahu atau baru nak tahu atau terlebih tahu elok lah klik sini dulu


Dan Versi youtube sini
Read more >>

Read more...

Tunku Abdul Aziz Keluar Parti

Kronologi Tunku Abdul Aziz

Asalnya:-

Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan tidak menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.

"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?

"Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya.

Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Tunku Abdul Aziz menegaskan, BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang.

Menurut Tengku Aziz lagi, keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga tidak terjamin.

Tambahnya, penganjur perhimpunan seharusnya menerima pelawaan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan himpunan tersebut di tempat yang lebih selamat.

"Sebenarnya mereka nak protes. Kenapa perlu lakukan di sana? (Dataran Merdeka) sedangkan DBKL sudah tidak membenarkan.

"Nanti akhirnya yang akan dipersalahkan ialah pihak berkuasa. Ini tidak adil.

"Mesti ada jalan lain tanpa melakukannya di jalanan... Ada saluran lain yang boleh digunakan seperti di Parlimen. Tetapi jangan melanggar undang-undang," tegasnya.

Sehubungan itu, Tunku Aziz berkata, walaupun beliau merupakan sebahagian daripada pimpinan Pakatan Rakyat, tetapi ia tidak menghalangnya untuk memberi pendapat peribadi.

Jelasnya, pendirian itu juga tiada kaitan dengan keputusan partinya.

"Walaupun kita daripada parti tetapi tidak bermakna kita perlu rasa bersalah dengan pendirian kita. Kadang kala kita sokong dan ada kalanya tidak," ujarnya.




Dan sini

Dan sini

p/s elok lah tu duk lama2 menyusahkan orang ramai  jer, walaupun kamu bagi pendapat pribadi. tapi harus di ingat  kamu tu adalah pimpinan. kalau kelah macai wa tatak helan maaaaaaa. Rembat sini

Read more >>

Read more...

Bila Politik Ngam Dengan Bola Sepak


BPL berakhir malam semalam dengan kejuaraan memihak kepada Manchester City dengan kebangkitan 5 minit terakhir yang mendebarkan.


Edin Dzeko dan Kun Arguero memastikan dua jaringan lewat mereka membolehkan Manchester United berputih mata meskipun mencatatkan kemenangan menewaskan Sunderland.


Season kali ini memang pawerrr sebab last game penentuan pemenang liga. Roberto Mancini dari Italy membawa kecemerlangan beliau membimbing Inter Milan ke City dengan menghadiahkan kejuaraan.


Hasrat United terkubur sekaligus mematikan keegoan Ferguson yang dilihat sebagai pakar dominasi bola sepak milenium di England kerana berjaya mengakhiri era lampau Liverpool yang sebelum itu menguasai zaman 80an.


Tapi yang penting season ni Uniteda xda piala utama sebab Chelsea menang FA Cup, Liverpool Carling Cup dan Manchester City menang BPL.


Ada jugak yang kata United menang Community Sheild awal season. Hello, xmasuk senarai cup tu sebab tidak ada perebutan kalah mati sebelum mara ke perlawanan akhir untuk mengucup piala berkenaan.


So kalau ditakdirkan season depan city dan chelsea xda piala even salah seorang daripada mereka menang final perisai komuniti, mereka dianggap tetap tidak ada piala. Hahahahhaa.


Tahniah kepada Robin Van Persie kerana menjadi penjaring terbanyak untuk musim ini


*Yang penting season ni A.B.U = Asal Bukan United
Read more >>

Read more...

Bila Lembu Pergi Bank




Mungkin isu RM250juta Pusat Fidlot Nasional (NFC) dah tahap suam-suam kuku tapi hari ini digemparkan dengan pendedahan terbaru individu yang disyakki kononnya membocorkan maklumat kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.


Seorang bekas kerani Public Bank cawangan Jinjang, Johari Mphamad telah mengambil keputusan meletakkan jawatan setelah didakwa mengakses data peribadi milik pelanggan yang bernama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan menyalurkan maklumat kepada Rafizi.


Tak kenal Salleh Ismail? kalau aku cakap Kak Jat sinsing lengan kenal tak? tu bini ku sayang beliau. Kalau xkenal gak, elok la  korang akan terus diperlembukan oleh Umno.


Isu kat sini kes ini sudah melibatkan Bank Negara apabila Johari telah disiasat di bawah Akta Bank Negara dan Institusi Kewangan (BAFIA) dan diminta melaporkan diri kepada Bank Negara.


Johari menerima surat daripada majikannya pada 24 April 2012 kerana didakwa melanggar tatacara disiplin tempat kerja berikutan satu aduan yang telah dibuat oleh Mohamad Salleh.


*Dulu Salleh ni kata beliau tak dendam dengan siapa-siapa. Tetapi sekarang kenapa libatkan Bank Negara? RM250juta duit rakyat. Bukan duit kamu.

Lanjut di SINI
Read more >>

Read more...

Aku dah cakap polis memang kerja untuk umno

Nah bukti  kau ingat aku menuduh ker? kau ingat aku fitnah ker? dari dulu aku kata polis bermati-matian bekerja untuk umno bukan untuk rakyat.

Mungkin polis tak perasaan selama ini rakyat yang bayar gaji mereka bukannya umno, sanggup menjadi balaci umno.


--->Peniaga tak melakukkan kesalahan kerana berniaga ditempat awam. tapi perhimpunan bersih dalam hutan ker?

--->Selagi mereka (peniaga burger) tak menggangu ketenteraman awam. so ambiga tu bukan orang awam? tak menggangu ker peniaga-peniaga duk meniaga depan rumah dia?

--->Dibawah akta perhimpunan aman 2011,semua orang boleh berhimpun. So BERSIH 3.0 tak beri notis ker nak berhimpun di dataran?

--->Mereka tidak menganggu orang awam...jadi tidak menjadi kesalahan. <----ulang suara Ambiga bukan orang awam ker?Kalau diberi dataran merdeka  iaitu tempat orang awam tanpa provokasi polis sendiri adakah menganggu orang awam?


p/s : tahu lama dah polis terbaik untuk umno
Read more >>

Read more...

Kes Bersih 3.0, Anggota polis menyerah diri

Itulah menteri dari kerajaan Barisan nasional. Siapa nak percaya cakap menteri ini merangkap anak-beranak najib ni. Tengok macam betul tapi bila dibaca kelakar bunyi. Ini adalah menteri sembunyi semasa bersih tempoh hari.



Macam kes Pembunuhan Altantuya dimana sirul dan Azhar didakwa kerana membunuh dan dijatuh hukuman oleh mahkamah tapi sampai skang siapa tahu kambing hitam itu? entah wujud atau tidak si tertuduh dan dimana ianya skarang. Almaklum pegawai peribadi (polis) najib.

So berbalik isu dikatakan polis menyerah diri kerana kesalahan perhimpunan bersih baru ini, umpama Rosmah   pulas telinga najib.

p/s: polis siasat polis<---kahkahkah, tak kelakar tapi rasa juga nak gelak. ermmm SPRM siasat polis . polis siasat SPRM. Adoi negara gua

Read more >>

Read more...

Suasana hambar di pesidangan UMNO Kapar

Aku tak tahu gambar ni bila tapi ianya dikongsi oleh pengirim email agar mendedahkan gambar mesyuarat umno kapar yang suram, lantak lah suram ke apa ker janji aku dah tunai hajat mereka agar mendedahkan pic ini.

Gambar yang dirembat dalam akaun facebook Dato' Sri Johari, erm aku pun tak tahu saper mamat johari ni ketua bahagaia atau jkk kawasan tersebut.



  Dato' Johari kepanasan kebarangkalian nampak seksi bila butang baju terbuka.



 Gambar yang menarik perhatian jkk dengan gelagat anak muda yang sokong umno ini


Tahniah anak muda yang malas berfikir, teruslah sokong parti yang no akal

p/s; Sokong lah umno kalau anda rela dilabelkan diri anda sebagai bodoh, bebal, no otak dan melayu hampas. 
Read more >>

Read more...

Lesen pukul peserta demonstrasi diberi kepada DBKL

Satu lagi projek Barisan Nasional

Dipukul polis, adakah DBKL bakal mencontohi ?

Bila masa demonstrasi haram? perlembagaan mana menteri gelap ni pakai buat hujah? adakah akta polis lebih hebat dari perlembgaan Malaysia?

Weh balik hafal rukun negara lah...!!!



--->Satu lagi projek barisan nasional yang bangsat
--->Satu lagi projek menghabiskan duit rakyat
--->Satu lagi menguntungan menteri BN


Hati-hati korang pasni DBKL dah pandai pukul orang , tok guru beliau yang akan melatih, Polis Raja Di Malaysia, tok alim yang mengepalai mereka adalah kaki pukul berlesen. Rembat sini


DBKL = Dengan Berlesen Kiter Lanyak
Read more >>

Read more...

Malunya umno malam tadi, syabas Ds Nizar


KANTOI LAGI UMNO....!!




Sejarah Telah Tercipta. Malam Tadi, Sedang Sibuk YB UMNO Menghentam DS Nizar Jamaluddin Dalam Ceramahnya Yang Berjudul "NIZAR PEMBOHONG BERSIRI"..., Tiba-Tiba Dato Seri Nizar Datang Dan Duduk Di Meja Utama. Penceramah UMNO Yang Toleh Kebelakang Melihat, Tiba-Tiba Tergamam Dan Menurut Twitter DS Nizar, Penceramah Terus Kelu Dan Pucat.




Adduuuhhhh...!! 

Tiba2 DS Nizar ada dipentas utama dalam ceramah 
UMNO.
Banyak yang hadir ceramah UMNO oleh Ketua Bahagian Hanafiah Man. Orang Tualang sekah termasuk ketua bahagian kampar, amat kenal saya & kluarga saya!sebab tu bila saya hadir mlm tadi mereka terus diam! YB Shaarani Mohammad memfitnah saya orang Luar. DS Mohammad Nizar Jamaluddin. Rembat sini dan twitter Ds Nizar


p/s: Ambik atas muka kena.bercakap sesorang boleh lah, skang nah jawab lah,kenapa takut dah terkencing dalam seluar...aku hanya mampu kahkahkah

Read more >>

Read more...

Apa masalah Azmin Ali tetiba suruh...?

Sesaja nak mengacah atau serius ni bhai?


Betul-betul aku tak faham dengan timbalan presiden PKR ni sorang. bukan kah kiter baru berdemo BERSIH tempoh hari? bukan kah kiter berjaya mengumpul ratusan ribu orang di ibu kota april lepas? so apa tujuan perhimpunan itu? Apa tujuan rakyat rata ceruk datang ke KL? bukankah  satu pembaziran wang mereka yang hadir kerana semata-mata nak berkumpul. apa tujuan apa tujuan mereka hadir?<---saudara Azmin kena jawab.


Bukankah kiter menuntut pilihanraya yang adil dan bebas? bukankah kiter menuntut agar SPR betul2 bersih baru diadakan PRU, bukankah kiter menuntut lapan tuntutan dari pihak SPR sebelum pilihanraya diadakan? pasang nawaitu betul-betul.


Aku rasa, ni saja Azmin nak acah kat Najib sebab najib cakap besar baru ni di stadium bukit Jalil gua faham gua dah study tapi andai kata najib betul2 bubar parlimen esok tak ke banggang jadinya? sib baik najib ke London tadi --->sini


p/s: jangan tergopoh gapah bhai.buat rosmah mimpi malam ni betul2 nak bubar esok amacam?
Read more >>

Read more...

Siapa cakap parlimen bubar esok, tengok sini

Siapa memandai-mandai kata, esok Rosmah bubar parlimen?


Ramai hari ni duk kecoh kata najib akan bubar parlimen esok, hahahhaha menunggu lagi sehingga Rosmah mansor bagi signal, jangan harap selagi rosmah tak kenyit mata selagi tu Najib tak berani bubar parlimen weh.

Najib ke Uk hari ni tengok bola, menyaksikan perlawanan bolasepak antara Manchester United dan  Sunderland  di Stadium of Light, Sunderland, England.

Menurut seorang sahabat yang berada disana untuk menyaksikan perlawanan itu beliau telah terserempak dengan Najib bersama dengan Tony Fernandez di pintu masuk Stadium tersebut. nasib baik mu kalah kahkahkah<--- peminat Mu nombor satu tu. Rembat sini

p/s Terus berteka-teki, demokrasi sangat katakan

Mana2 rakan blogger yang ingin exchange blog sila komen sini

Read more >>

Read more...

Pesanan terakhir Allahyarham sebelum ke perhimpunan umno ke 66


BATU PAHAT – “Jaga diri baik-baik, nenek dah nak pergi ni,” itulah pesanan terakhir Allahyarham Roa Dol, 79, kepada cucu kesayangannya, Puteri Nuraqilah Mohd Khutatu, 11 bulan, sebelum menghadiri Sambutan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil kira-kira jam 9 pagi, semalam.



Allahyarham Roa Dol, 79 mangsa kemalangan di Kilometer 258.8 Lebuh Raya 
Utara Selatan 


Namun malang tidak berbau, dalam perjalanan pulang daripada sambutan berkenaan, Roa terlibat dalam kemalangan di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar ke Port Dickson pada jam 2.58 dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.


Kemalangan tersebut yang membabitkan dua bas dan sebuah lori treler turut menyebabkan 77 lagi cedera.


Menantu Allahyarham Roa, Nurul Arina Mohd Yusof, 20, berkata, dia tidak menyangka itu adalah kata-kata terakhir untuk anaknya yang merupakan cucu bongsu mangsa. rembat sini

p/s Setiap yang hidup pasti mati
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER