Powered by Blogger.

Rm26 juta dihabiskan oleh najib untuk ke luar negara

>> Tuesday, 19 June 2012


Kahkahkah inilah wasatiyah al-rosmahi. yang dipertua izinkan abang k nak  mencelah, bilangan pegawai berjumlah 1108 termasuh Rosmah Mansor ke tak? saya rasa tak termasuk <---(nada bersangka baik) sebab kalau rosmah ikut  lagi menelan belanja berlipat kali ganda.



KUALA LUMPUR: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke luar negara dalam tempoh empat tahun sejak 2009 telah menelan belanja sebanyak RM26,080,144.39.

Demikian dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Jumlah itu mewakili keseluruhan 74 kali lawatan Najib yang turut diiringi para pegawainya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang meminta perdana menteri menjelaskan senarai semua lawatannya ke luar negara sejak April 2009, saiz rombongan dan kos terlibat.

Mengikut pecahan tahunan, Nazri memaklumkan bahawa pada 2009 perdana menteri melakukan 22 kali lawatan ke luar negara dengan 306 orang pegawai yang menelan kos RM3,442,343.68.

Pada 2010 pula sebanyak 17 kali dengan 252 pegawai dengan kos RM5,133,875.99.

Tahun 2011 adalah paling kerap iaitu sebanyak 27 kali dengan 425 pegawai mengiringi dengan kos RM12,568,227.49.

Manakala untuk separuh tahun 2012, sebanyak 8 kali lawatan bersama 125 pegawai dengan kos RM4,935,697.23.-hd

p/s: membazir amalan sOltan dan UMNO

Read more >>

Read more...

Ahli Dewan Undangan Negeri Chenor meninggal dunia.


Al-Fatihah

TEMERLOH – Exco Pahang  Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak, 64, meninggal dunia pagi ini di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini pada 8.55 pagi ini setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi  (ICU) pada 8 Jun (Jumaat) lalu.
Allahyarham adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Peneroka Felda Negeri meninggalkan seorang balu, Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak, manakala anak sulungnya sudah  meninggal dunia.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor dibawah pengawasan doktor pakar dilaporkan tenat semalam dan masih dibantu dengan mesin sokongan pernafasan sebelum ini dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Anak saudaranya, Saiful  Azman Mokhtar Affendi, bapa saudaranya itu dikatakan turut mengalami komplikasi penyakit lain termasuk jantung dan kencing manis dimasukkan ke Hoshas kerana mengalami cirit birit dan muntah muntah serta badannya lemah.

Tan Aminuddin adalah Ketua UMNO Bahagian Maran menjadi wakil rakyat sejak lima penggal dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar adalah anak jati Chenor.

Beliau adalah  anggota EXCO paling kanan dan lama berkhidmat dalam kerajaaan negeri selain Menteri Besar.

Sementara itu, isterinya kini turut mendapat rawatan di hospital yang sama akibat tekanan darah tinggi

Read more >>

Read more...

Pejabat Nizar digeledah, weh...!!! tapi polis takut dengan mamat neh





Pejabat beliau diserbu oleh pihak polis kemungkinan bersabit kes no plate WWW1 yang telah dimiliki oleh sultan johor, yang buat kes adalah  twitter beliau bukan pejabat beliau, kalau polis cerdik dan bukan barua umno dia akan godam twitter Nizar bukan godam pejabat. adakah nak wujudkan bukti baru untuk memfitnah memandangkan isu Nizar neh menemui jalan penyelesaian?

Owhhh kalau nulis blog twitter atau facebook kata kat sultan atau mana2 menteri bodoh umno polis kena geledah opis ek? polis kena serbu opis bagi menakutkan anak bini ek? bagi orang kampung pandang buruk ek?

Ermmm polis tak dapat tuan bau tahi pun jadi yer. ini betul2 buat kerja ikut arahan tanpa selidik neh, ini kerja membodohkan diri beb. twiter punya pasal opis kena serang...kahkahkah apa bodoh sangat kerjaya polis hari neh. nung diluar sana adakah anak bini kamu orang awam masih selamat kalu begini gaya kerja kamu terlalu menjaga kerja politik orang bangang.



IPOH – Tiga pejabat operasi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang digeledah polis Johor, semalam.


Sinar Harian dimaklumkan, operasi yang bermula kirakira jam 11.30 pagi itu dibuat di Pejabat Pas Negeri, di sini, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.

Turut menerima situasi sama, kediaman Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di Sungai Rokam di sini, bagaimanapun tiada sebarang serbuan dilakukan berikutan ketiadaan Mohammad Nizar di rumah berkenaan.
Jurucakap Pas Perak, Safarizal Saleh ketika dihubungi berkata, sepasukan polis berkenaan hadir bersama waran kebenaran daripada mahkamah yang menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.sh
Polis take note video neh


Dah jelas, so apa tindakan polis terhadap madey neh? adakah polis untuk mendakwa orang awam dan pembangkang?

p/s: pshyyyy jangan kejut firaun sedang tidor
Read more >>

Read more...

Budak sekolah dibayar menyertai BERSIH 3.0 apa nak jadi dengan PR neh





Apa nak jadi dengan Pakatan Rakyat neh opssss silap Ambiga sebagai pengerusi Bersih, kamu telah terbukti membayar budak sekolah untuk menghadirkan diri ke perhimpunan bersih lepas. weh korang bagi upah budak sekolah jek apsal aku tiga kali berturut-turut turun BERSIH 1,2 dan 3 tak pernah dapat. ini tak adil ini dah kira kronisme ini dah kira pilih bulu. arghhhh perangai NGO bersih neh sama jek macam BN, gambar bawah neh tiada kaitan dgn umno sebab ianya dirakam pada semasa himpunan sejuta belia baru2 neh kat putrajaya so tiada kaitan dengan BERSIH yang telah dibayar, saper yang bayar aku pun tak tahu. tuduh jer bukti lain citer.
Gambar neh masa himpunan sejuta belia 
Yang bawah neh pun tiada mengena dengan United monkeys Nasional Organiation dan tiada bukti bahawa budak sekolah neh dibayar oleh BN. bersangka baik budak neh dah habis sekolah. pakai baju pegang bendera dacing pun kebetulan terjumpa tepi longkang dipakai kerana masih nampak elok dalam bungkusan plastik seperti baru. asal free deer.


Ingat dalam BN tak main duit sana sini, kami berjuang dgn UMNO dan BN kerana Allah taala, kehadiran kami kesemua program anjuran parti adalah kerelaan hati kami dan tiada paksaan mana2 pihak dan tiada sedikit pun pembayaran macam PR buat<----kahkahkahkah orang giler jek cayer neh, tak pun dah nak mampus.

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Kanak-kanak sekolah, penyokong anti Barisan Nasional (BN) dan peserta yang dibayar adalah peserta penyokong perhimpunan Bersih 3.0, kata Datuk M. Kayveas, sambil menambah, 99 peratus yang menyertai perhimpunan itu tidak mengetahui tujuan perhimpunan tersebut pada 28 April.
Kayveas, ketua Parti Progressif Penduduk (PPP) berkata, mereka telah menutup mata mereka terhadap kebaikan BN, dan berniat menyalahkan kerajaan atas kegagalan mereka dalam hidup.
Beliau menjelaskan, dirinya berasal dari keluarga miskin dan hidup di kawasan setinggan selama 25 tahun, namun masih menyokong BN atas jasa yang mereka lakukan di negara ini.
“Kerana apa yang BN telah buat sejak 50 tahun lalu saya mampu menjadi diri saya sekarang. Tapi ada yang membesar dengan saya masih di sana ... mereka tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan.
“Mereka ini menyokong pembangkang, mereka merungut dan memberi alasan dari setiap kegagalan mereka untuk mengubah diri mereka. Mereka salahkan orang lain, atau cari orang lain untuk disalahkan,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini.
“Saya selalu berkata — dilahirkan miskin bukan satu dosa, untuk kekal miskin itu berdosa.”
“Penyokong buta” ini, tambah Kayveas, adalah mereka yang berada di jalanan untuk melanggar undang-undang kerana mereka tahu pemimpin mereka akan mempertahankan mereka di Parlimen.
Bekas timbalan menteri dan Ahli Parlimen Taiping ini menjelaskan penyokong ini juga sanggup “memukul polis” dan “memusnahkan kenderaan polis”, merujuk kepada keganasan yang muncul ketika perhimpunan Bersih, apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perusuh.
Namun, Kayveas turut menuduh pembangkang merupakan pihak bertanggungjawab mengarahkan penyokong mereka menentang BN dan melanggar undang-undang untuk menyebarkan maklumat palsu melalui media sosial.
“Mereka mencipta kumpulan yang menyokong mereka membuta tuli, tanpa menyedari kebenarannya,” tambahnya.
“Pembangkang mengajar itu. Bangun pada waktu pagi dan arah orang di Internet. Jika kamu tidak berjaya, kemudian turun ke jalanan.
“99 peratus mereka yang berhimpun dengan Bersih tidak tahu mereka di mana. Kamu berikan baju kuning, beberapa ratus ringgit dan mereka di sana.
“Ada pelajar sekolah ... apabila ditanya, mereka kata ibu bapa yang arahkan mereka pergi,” katanya.
Kayveas turut menyelar gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 2.0, kerana tindakan mereka yang dilihat tersasar daripada matlamat asal.
“Isunya pilihan raya adil dan bersih. Bukan Dataran Merdeka. Tapi kamu menegaskan untuk ke Dataran Merdeka jadi ia jelas menunjukkan matlamat utama telah tersasar, memutlakkan perkara yang salah, dan menidakkan perkara yang benar,” katanya.
Ribuan rakyat Malaysia turun ke jalanan pada 28 April untuk Bersih 3.0 duduk bantah.
Pembangkang menyokong perhimpunan tersebut, yang aman pada mulanya, namun bertukar ganas menjelang jam 3 petang apabila perusuh merempuh kawasan halangan yang didirikan pihak berkuasa.-tmi
p/s: memang betullah budak sekolah dibayar sini
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER