Powered by Blogger.

Budak sekolah dibayar menyertai BERSIH 3.0 apa nak jadi dengan PR neh

>> Tuesday, 19 June 2012





Apa nak jadi dengan Pakatan Rakyat neh opssss silap Ambiga sebagai pengerusi Bersih, kamu telah terbukti membayar budak sekolah untuk menghadirkan diri ke perhimpunan bersih lepas. weh korang bagi upah budak sekolah jek apsal aku tiga kali berturut-turut turun BERSIH 1,2 dan 3 tak pernah dapat. ini tak adil ini dah kira kronisme ini dah kira pilih bulu. arghhhh perangai NGO bersih neh sama jek macam BN, gambar bawah neh tiada kaitan dgn umno sebab ianya dirakam pada semasa himpunan sejuta belia baru2 neh kat putrajaya so tiada kaitan dengan BERSIH yang telah dibayar, saper yang bayar aku pun tak tahu. tuduh jer bukti lain citer.
Gambar neh masa himpunan sejuta belia 
Yang bawah neh pun tiada mengena dengan United monkeys Nasional Organiation dan tiada bukti bahawa budak sekolah neh dibayar oleh BN. bersangka baik budak neh dah habis sekolah. pakai baju pegang bendera dacing pun kebetulan terjumpa tepi longkang dipakai kerana masih nampak elok dalam bungkusan plastik seperti baru. asal free deer.


Ingat dalam BN tak main duit sana sini, kami berjuang dgn UMNO dan BN kerana Allah taala, kehadiran kami kesemua program anjuran parti adalah kerelaan hati kami dan tiada paksaan mana2 pihak dan tiada sedikit pun pembayaran macam PR buat<----kahkahkahkah orang giler jek cayer neh, tak pun dah nak mampus.

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Kanak-kanak sekolah, penyokong anti Barisan Nasional (BN) dan peserta yang dibayar adalah peserta penyokong perhimpunan Bersih 3.0, kata Datuk M. Kayveas, sambil menambah, 99 peratus yang menyertai perhimpunan itu tidak mengetahui tujuan perhimpunan tersebut pada 28 April.
Kayveas, ketua Parti Progressif Penduduk (PPP) berkata, mereka telah menutup mata mereka terhadap kebaikan BN, dan berniat menyalahkan kerajaan atas kegagalan mereka dalam hidup.
Beliau menjelaskan, dirinya berasal dari keluarga miskin dan hidup di kawasan setinggan selama 25 tahun, namun masih menyokong BN atas jasa yang mereka lakukan di negara ini.
“Kerana apa yang BN telah buat sejak 50 tahun lalu saya mampu menjadi diri saya sekarang. Tapi ada yang membesar dengan saya masih di sana ... mereka tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan.
“Mereka ini menyokong pembangkang, mereka merungut dan memberi alasan dari setiap kegagalan mereka untuk mengubah diri mereka. Mereka salahkan orang lain, atau cari orang lain untuk disalahkan,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini.
“Saya selalu berkata — dilahirkan miskin bukan satu dosa, untuk kekal miskin itu berdosa.”
“Penyokong buta” ini, tambah Kayveas, adalah mereka yang berada di jalanan untuk melanggar undang-undang kerana mereka tahu pemimpin mereka akan mempertahankan mereka di Parlimen.
Bekas timbalan menteri dan Ahli Parlimen Taiping ini menjelaskan penyokong ini juga sanggup “memukul polis” dan “memusnahkan kenderaan polis”, merujuk kepada keganasan yang muncul ketika perhimpunan Bersih, apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perusuh.
Namun, Kayveas turut menuduh pembangkang merupakan pihak bertanggungjawab mengarahkan penyokong mereka menentang BN dan melanggar undang-undang untuk menyebarkan maklumat palsu melalui media sosial.
“Mereka mencipta kumpulan yang menyokong mereka membuta tuli, tanpa menyedari kebenarannya,” tambahnya.
“Pembangkang mengajar itu. Bangun pada waktu pagi dan arah orang di Internet. Jika kamu tidak berjaya, kemudian turun ke jalanan.
“99 peratus mereka yang berhimpun dengan Bersih tidak tahu mereka di mana. Kamu berikan baju kuning, beberapa ratus ringgit dan mereka di sana.
“Ada pelajar sekolah ... apabila ditanya, mereka kata ibu bapa yang arahkan mereka pergi,” katanya.
Kayveas turut menyelar gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 2.0, kerana tindakan mereka yang dilihat tersasar daripada matlamat asal.
“Isunya pilihan raya adil dan bersih. Bukan Dataran Merdeka. Tapi kamu menegaskan untuk ke Dataran Merdeka jadi ia jelas menunjukkan matlamat utama telah tersasar, memutlakkan perkara yang salah, dan menidakkan perkara yang benar,” katanya.
Ribuan rakyat Malaysia turun ke jalanan pada 28 April untuk Bersih 3.0 duduk bantah.
Pembangkang menyokong perhimpunan tersebut, yang aman pada mulanya, namun bertukar ganas menjelang jam 3 petang apabila perusuh merempuh kawasan halangan yang didirikan pihak berkuasa.-tmi
p/s: memang betullah budak sekolah dibayar sini

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER