Ketika di kedai Mamak utk minum teh, ada sekumpulan warga Indonesia yg duduk di meja sebelah menonton perlawanan Indon vs Vietnam. Sempat juga bertanya kenapa org Indonesia x hormatkan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. Jawapan yang dapat.. “ Pak, lagu bapak itu dicopy dari lagu Terang Bulan karya dari negara kami. Lagu itu temanya biasa aja utk hiburan ditempat kami. Bukannya melodi itu utk dihormati. Cuba bapak bayangkan kalau lagu Aku Cinta Padamu milik Siti dibuat lagu rasmi negara kami, apakah bapak akan hormat? Malahan bapak akan ejek dan mentertawakan kami bukan? Kok lagu org bercinta mahu jadikan lagu rasmi negara?"... Hanya mampu tersenyum sahaja tatkala Admin mendengarnya kredit faceboker kbbut
KUALA LUMPUR, 19 Nov ― Sementara desakan meningkat agar 13 tahanan terbaru Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan, Dewan Ulama PAS mendesak Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan berkenaan penahanan individu terbabit, dipercayai pengikut atau penyokong parti itu, di Sabah awal minggu kerana disyaki sebagai militan.
Sebahagian daripada mereka dilaporkan rakyat tempatan dan merupakan guru agama.
Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS pusat Nazmi Nik Din berkata, penahanan mereka bercanggah dengan perutusan Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia September lalu.
“Kita harap Perdana Menteri tidak berbohong kepada rakyat Malaysia mengenai pemansuhan ISA,” kata Nazmi dipetik Harakahdaily.
“Kita mahu semua mereka yang bersalah dibicarakan di mahkamah, buat apa kita mansuh ISA tapi roh ISA masih ada, kita mahu roh dan jasad ISA dihapuskan, kita mahukan seseorang tidak dianggap bersalah kecuali diadili di mahkamah,” tegas beliau lagi.
Dalam Islam, kata Nazmi, seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali diadili di mahkamah.
Justeru, ujar beliau, kalau benar Malaysia memperjuangkan Islam, mengapa prinsip semudah itu tidak realisasikan.
Dalam pada itu PAS bercadang membawa isteri-isteri tahanan terbaru di bawah ISA ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri.
Ahli Jawatankuasa PAS pusat Mazlan Aliman berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada ahli-ahli Parlimen PAS dan pihaknya akan berbincang dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk memudahkan urusan membawa mereka dari Sabah.
“Saya sudah menghubungi Ahli Parlimen PAS dan kita akan bekerjasama dengan GMI untuk membawa isteri-isteri tahanan sementara sidang Parlimen masih berbaki dua minggu,” kata beliau.
Mazlan berkata, selain Najib, pihaknya juga mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima memorandum bantahan tersebut kerana mereka mungkir janji terhadap rakyat Malaysia.
Menyifatkan penahanan tersebut sebagai bercanggah dengan pengumuman Najib pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, beliau menuntut Najib memberi penjelasan berhubung penahanan tersebut.
“Kita minta Perdana Menteri jelaskan mengenai perkara ini kerana tindakan ini jelas menunjukkan sikap hipokrit mereka,” katanya.
PAS tegasnya mengulangi pendirian mahu tahanan dibicarakan di mahkamah jika benar dakwaan mereka terlibat dengan kumpulan militan.
“Apa yang malang, isteri mereka tidak tahu kenapa suami mereka ditangkap.
“Saya ulangi bagi pihak PAS kalau mereka ditahan kerana menggerakkan kumpulan militan seperti didakwa, bawa ke mahkamah,” tegasnya.
Suhakam dan Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) juga mahu mereka dibebaskan.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Hishammuddin berkata penahanan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.
Kelmarin, Ismail mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.
Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.
September lalu, Najib mengumumkan ISA dimansuhkan dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan sebarang individu semata-mata kerana ideologi politik.
Bagaimanapun, dua akta baru bagi menggantikan ISA perlu dikuatkuasakan dahulu sebelum pemansuhan ISA boleh dilakukan.TMI
Tahniah buat malaysia melayakkan diri ke FINAL setelah berjaya menewaskan Myanmar dengan jaringan 1-0 di ledapkan oleh Fakri sharani.Adakah Malaysia akan bertemu final dengan Indon musuh tradisi atau Vietnam? sama2 kito tunggu perlawanan malam ini samada final berpihak kepada tuan rumah atau Vietnam
KUALA LUMPUR: “Saya tidak berpuas hati dengan tindakan pasar raya yang hanya membenarkan tiga kilogram minyak masak dibeli setiap seorang,” kata peniaga, Ismawi Musa, 52, mengenai arahan sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama, di sini, yang mengehadkan pembelian minyak masak.
Menurut Ismawi, lebih 10 tahun berniaga kuih, ini kali pertama dia tidak dibenarkan membeli minyak masak dalam kuantiti yang banyak di pasar raya terbabit.
Difahamkan, sebelum ini kerap juga keadaan sama berlaku di pasar raya itu namun tidak mengehadkan pembelian barangan berkenaan.
“Saya membuat pembelian dua kali untuk mendapatkan lima kilogram minyak masak dan itu menyusahkan kerana memerlukan sekurang-kurangnya 10 kilogram minyak masak dalam tempoh dua hari.
“Saya minta untuk bersemuka dengan pengurus pasar raya berkenaan bagi mendapatkan kepastian namun alasan diberikan ia arahan pihak atasan,” katanya.
Katanya, banyak kali dia bertanya kepada pekerja di situ sama ada ia arahan pihak kementerian tetapi jawapan yang diberi adalah arahan pihak atasan.
“Saya tidak faham dengan maksud ‘arahan pihak atasan’ dan meminta sekali lagi untuk bertemu dengan ‘pihak atasan’ yang dimaksudkan namun hampa kerana masing-masing cuba mengelak.
“Saya berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya kepada pasar raya terbabit kerana seperti ada yang tidak kena dengan pengurusan mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan, Mohamad Mokhtar Yeop, ketika dihubungi berkata hanya pegawai pengawal harga dari kementerian yang boleh meluluskan syarat untuk menentukan kawalan pembelian minyak masak.
“Pihak pasar raya tidak boleh sewenang-sewenangnya menetapkan syarat pembelian tanpa mendapatkan kelulusan daripada pegawai pengawal harga.
“Kami akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pasar raya yang melanggar Akta Kawalan Bekalan dan kami akan menghantar pegawai untuk menyiasat pasar raya terbabit,” katanya.
Katanya, pengguna diminta melaporkan mengenai kawalan pembelian barang mentah yang diragui supaya pihak berwajib mengambil tindakan segera.{Metro}
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua Wanita PKR hari ini mendedahkan wang bantuan RM100 kepada murid sekolah diberikan di pejabat Umno.Zuraida mendakwa sebuah sekolah rendah di Ampang membawa pelajarnya ke pejabat Umno bahagian untuk mendapatkan wang bantuan terbabit.
Malah bantuan tersebut diberikan oleh Ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang di Jalan Bukit Belacan.“Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu,” kata Zuraida dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Tindakan itu disifatkan Zuraida sebagai petanda jelas Umno begitu terdesak untuk menipu rakyat bagi mendapatkan undi kerana ia sepatutnya disalurkan terus kepada sekolah dan tidak membabitkan campur tangan parti politik.
Diumum Najib
“Sepatutnya bantuan itu diserahkan oleh kakitangan kerajaan atau pun daripada Kementerian Pelajaran,” katanya.Wang bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 sepatutnya disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.
Wang bantuan itu akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.Manakala bayaran bantuan kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari tahun depan.{FMT}
'Kami tolak Azlan Man jadi MB' : umno perlis
-
SEMBILAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perlis
menolak pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar negeri itu.
Perkara i...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib
-
BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak,
tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681
million ...
KUASA DI TANGAN RAKYAT
-
“Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau
membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan
k...
Perebutan takhta.. Rakyat dapat apa??
-
Tak sangka pulak sekarang ni musim bekas*2* kerabat yang entah mana asal
usul mula menuntut takhta kerajaan negeri yang sejarah tercatat lama dahulu
yang S...
Analisa PRK DUN N.25 Kajang
-
Ini Keputusan RASMI Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
N.25 Kajang -:
Datin Seri DR. Wan Azizah Wan Ismail (PKR)- 16,741 Undi (-1,445)
...
DAP dedah satu lagi kes Umno beli tanah murah
-
Malunya DAP yang didakwa umno bahawa parti itu racist benci melayu, so
dengan pendedahan ini umno aan counter " ini cina dengki sama melayu..
ADUN Sekinc...