Powered by Blogger.

JAWATAN KOSONG SEGERA DIPERLUKAN

>> Tuesday, 29 December 2009



Anak Sarawak akan isi kekosongan Timbalan Menteri Pelancongan - bijan



                                 PROJEK MEMUJUK BIN RASUAH


KUCHING 29 Dis. - Anak kelahiran Sarawak akan mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan yang dilepaskan oleh Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata pengganti Sulaiman akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.
"(Nama) lebih kurang (tahu) tapi tidak boleh umumkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Dewan Suarah Kuching di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai nama pengganti Sulaiman, yang juga anak lelaki sulung Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang meletak jawatan atas alasan peribadi.
Pada 10 Dis lalu, Taib berkata Sulaiman terlalu sedih selepas kehilangan ibunya, Puan Sri Laila Taib, yang meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu.

Sulaiman, 41, yang juga Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri pada 19 Mac 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri, dan apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri April tahun ini, Sulaiman dikekalkan.

Sulaiman adalah Anggota parlimen Kota Samarahan yang pernah diwakili oleh ayahnya. - Bernama

note:-
ini berita baik...!!!
ini berita bagus...!!!
anak2 sarawak duduk semananjung balik segera...!!!
umpan cacing untuk anak sarawak...!!!
tukang kebun,tukang cuci ayuh isi borang...!!!
rezeki menanti mu...!!!
tapi awas...!!!
sarawak bakal anak emas...!!!
Read more >>

Read more...

SARAWAK BAKAL DISERANG

BN tekan dua prinsip untuk kekal relevan

                             MASJID BUJAL DIRAKUS OLEH BN


KUCHING: Barisan Nasional (BN) sebagai tunjang utama kepada kerajaan yang memerintah negara ini perlu berpegang kepada dua prinsip iaitu sentiasa berpandangan jauh ke hadapan dan mengutamakan kehendak serta keperluan rakyat melalui sistem penyampaian yang lebih berkesan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Beliau berkata, untuk menjadi kerajaan yang lebih baik, BN tidak seharusnya menoleh ke belakang sebaliknya perlu melihat apa yang harus BN buat untuk rakyat hari ini dan pada masa hadapan.


"Tidak dinafikan BN banyak sumbangan kepada rakyat sebelum ini, tapi dengan meningkatnya tahap pendidikan rakyat melalui pembangunan prasarana pendidikan yang dibangunkan oleh BN, rakyat mahu melihat apa yang akan kita (BN) buat hari ini dan masa akan datang," katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Dewan Suarah Kuching di sini, hari ini.

note:-
kini pilihanraya sarawak sudah tidak lama...!!!
janji manis akan lebat menyebabkan banjir besar di sana...!!!
bodoh,boggok,biggai siapa termakan janji ubn yang dah hampir pupus...!!!
ayuh sarawak bangkit lawan pemimpin mu yang kaki korup...!!!
jangan jadi bodoh setelah 50 tahun lebih sarawak dijajah oleh dajal umno...!!!
Read more >>

Read more...

INGATKAN SEKS BEBAS

SPRM Cadang Lantik Pegawai Pendakwa Bebas



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercadang melantik pengarah undang-undang dan pendakwa bebas bagi mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan suruhanjaya berkenaan.


Melalui cadangan seperti yang dibangkitkan oleh Makmal Rasuah di bawah enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) memerangi jenayah itu, pengarah bebas itu berkuasa memutuskan sesuatu kes tanpa merujuk kepada Peguam Negara.


Ketua Pasukan Pembantu makmal, Abdul Samat Kasah berkata, pegawai baru itu akan menentukan sama ada kes-kes tertentu perlu diteruskan ke mahkamah atau tidak.


“Ini bukan usaha mengambil alih kuasa Peguam Negara. Kuasa mutlak untuk mendakwa masih di bawah Peguam Negara dan cadangan ini tidak bertentangan dengan Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

note:-
buatla cam mana pun memang dasar penipu...!!!
selagi bekerjasama dgn umanok usah cakap banyaknanti aku ludah...!!!
sprm dah dicop umno cawangan...!!!
pas tu nak suruh rakyat percayakan umno...!!!
lu memang silap...!!!
lu gila kot...!!!
satu dunia tahu siapa umno,siapa gerombolan penyangak ...!!!
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER