Powered by Blogger.

Video:Event pertandingan ratu cantik maknyah

>> Monday, 4 April 2011

AMARAN OLEH PENULIS BLOG JIKA ANDA TIDAK MAMPU MENAHAN KETERLAMPAUAN INI SILA ANGKAT KAKI DAN KELUAR DARI SINI!!! PAPARAN YANG SETERUSNYA AKAN MEMBUATKAN ANDA PENGSAN SELAMA 100 HARI. FIKIR DULU SEBELUM TERUSKAN MEMBACA!! ADA FAHAM????

Helloo nyahhh.. malam neh mak nak promote sket rancangan yang berlaku 6,7 bulan lepas. Alah takanlah taktahu rancangan apa nyahhh? You all neh tak satu malaysia lah nyah.. neh yang mak nak marah neh.. eeee geram mak..nyah.. tak kuasa youuu.. nyampah!!

Neh hah rancangan miss bapok malaysia 2010 yang berlaku di pahang beberapa bulan lepas. Kurang promosi nyah. Neh yang mak nak kasi boom rancangan neh nyah. Harap nyah-nyah semalaysia boleh support mak untuk promote rancangan neh ya nyah.. nanti i loikeeee you all nyah.. auwww..

Tengok gambar-gambar kat bawah neh dulu nyah ;











Gambar kat atas neh adalah gambar bapok-bapok semalaysia. Dari atas kelantan, langkawi, melaka, terengganu, yang neh mak lupa nyah dari mana, perak, pengacara program dan kedah. Sebenarnya ada ramai nyah.. semua negeri pun ada nyah.. tengok dalam video bawah neh tapi jangan pengsan sudahlah nyah.. ;Sumber sozcyili


Read more >>

Read more...

Tak umno ler kalau gitu

Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah serta peguam beliau, Mohd Hafarizam akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (SELCAT) atas tuduhan menghina Dewan Undangan Negeri Selangor.
Dalam pembentangan usul menghadapkan Badrul ke jawatankuasa tersebut, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat tersebut yang ditujukan kepada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim mengandungi unsur-unsur yang tidak senonoh, biadab serta bertujuan mengugut.
“Mereka secara berasingan atau bersesama melakukan kesalahan menghina Dewan dengan menghantar sepucuk surat bertarikh 29 Mac 2011 kepada Tuan speaker Dewan ini yang berbahasa amat tidak senonoh, biadab dan mengugut,” tegas beliau.
Kata beliau, jawatankuasa tersebut perlulah dipengerusikan oleh Adun Kota Alam Shah, M Manoharan menggantikan Chang Khim.
“Tuan Speaker dinamakan di dalam surat berkenaan bukan dalam kapasiti peribadi tetapi dalam kapasiti sebagai Speaker Dewan. Notis yang begitu tidak senonoh, kurang ajar dan bersifat mengugut dengan niat membawa keaiban, menghina, mengejek Dewan atau mengurangkan kuasa dewan jelas merupakan satu tindakan menghina Dewan, terutamanya apabila notis tersebut dihantar semasa persidangan Dewan kali ini,” kata beliau lagi.
Khalid yang menemui wartawan selepas menangguhkan DUN memberitahu Chang Khim telah melucutkan jawatan BAdrul sebagai Adun Pelabuhan Klang selepas berpuashati bahawa Badrul sememangnya tidak hadir ke sidang DUN lebih daripada tempoh yang sepatutnya.
Badrul pula telah membawa isu tersebut ke makhamah serta meminta kos yuran guaman sebanyak RM40 ribu daripada Chan Kim dan menghantar notis mengatakan sekiranya tidak dibayar, Badrul akan mengambil tindakan memfailkan bankrupsi terhadap Chang Khim.
“Kalau tidak dibayar, dia menjalankan usaha bankrupsi. Dari segi etika perundangan, bankrupsi ini langkah paling akhir dalam menuntut bayaran, selalunya notis dihantar dengan mengatakan ‘kalau tidak membayar, akan diambil tindakan selanjutnya’. Tetapi surat itu dikeluarkan semasa persidangan dewan dan persidangan dewan, dia tidak menghantar surat kepada Teng sebagai Teng sendiri, tetapi sebagai peranan speaker,” jelas beliau.
Tambah beliau, tindakan Badrul jelas menampakkan keegoan beliau yang tidak menghormati dewan serta kerajaan negeri Selangor.
Read more >>

Read more...

Pendidik yang beragamo Ameno...wal hasil

Muahahahaha setelah 53 tahun menjadi rejim zionis, maka dapatlah hasil didikannya.cuba korang teko sekolah mano yang malang sangat dapat cikgu-cikgi rupa ini beb. Den kalo tahu jo sekolah ank den,mahu den arahkan najib serto merto gantung jawatan cikgu2 ni.


p/s
Menteri-menteri cek dengan kadar segero keruntuhan moral cikgu2 berperangai rupa ini.Den tak sangup klik replay buat tontonan dua kali.sebut kato cikgu terbayang orang2 tua, mak bapak,mesti terbayang seorang yang tahu agama walaupun bukan ustaz atau ustazah,bijak pandai,tak do sosial.tapi ala pemerintahan bik mama ni semua leh jadi beb.kau tengok isteri rosmah mansor udah ler.rupa mano orang nya.muahahahahaha.


UMNO SUKO NI bagi dio itu hak masing-masing pahalao doso tu hak individu....banggang bonar orang berkefahaman sekular ni bhai....Ayuh sarawak u ken du it...muahahahhaha
Read more >>

Read more...

Iban tekad tumbangkan BN

Padah buat taib mahmud bhai.



SARAWAK: Masyarakat Iban yang sebelum ini dianggap penyokong kuat Barisan Nasional (BN) kini berpaling tadah dan bertekad untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat bagi memberi pengajaran kepada kerajaan negeri sedia ada yang bersekongkol merampas tanah adat mereka.
Ini dapat dilihat menerusi sokongan yang melimpah ruah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan di sebuah kampung yang menempatkan Rumah Panjang Bama Nanga Risau Awik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seratok, sedangkan ceramah Pakatan Rakyat sebelum ini langsung tidak mendapat sambutan.
“Kalau dulu, nak dapat 20 orang hadir ke program Keadilan, memang susah. Tapi sekarang, dengan notis singkat pun kita berjaya kumpulkan seluruh penduduk kampung.
“Ini melambangkan harapan rakyat Sarawak untuk berubah,” kata Ketua Umum KEADILAN itu pada program ramah mesra bersama mereka yang majoritinya berketurunan Iban.
“Sebab apa kita nak ubah, nak perintah? Kita sendiri tahu masalah tanah adat di Sarawak. Tanah orang Ibanlah yang paling banyak dirampas.Anwar berkata, masyarakat Iban harus berhenti memberi sokongan kepada BN yang menindas rakyat dengan merampas tanah adat kaum etnik di negeri itu dan memberi peluang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baru.
“Sebab itu, kita nak angkat wakil rakyat yang amanah. Yang betul-betul merasai, memahami dan boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Bukannya pemimpin yang hanya tahu berjanji, kemudian ambil balak, ambil tanah orang kampung,’ katanya kepada kira-kira 300 hadirin.
Terdahulu, Anwar singgah di Kampung Tuie, Saribas dan turut menerima sambutan memberangsangkan apabila kira-kira 500 penduduk kampung hadir meskipun ceramah diadakan di kawasan tidak berbumbung dalam cuaca terik.
Dalam ceramah, beliau mempersoal gelagat pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang melakukan jenayah dengan merampas hak rakyat tanpa rasa bersalah.
“Kalau orang Kampuiung Tuie curi motor, kena tangkap. Tapi, kenapa bila orang kaya curi balak, tak kena tangkap. Bahkan dinaikkan pangkat. Ini negeri ada undang-undang. Tak mengapalah kalau Sarawak lambat berbanding Semenanjung, asalkan mereka sanggup berubah,” katanya.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER