Powered by Blogger.

PILIHANRAYA UMUM KE 13 LEBIH AWAL?

>> Thursday, 4 March 2010

Oleh:Tranungdaily

Penulis dapat maklumat bahawa PRU 13 akan diadakan lebih awal iaitu seawal-awalnya Mac 2011. Ini berdasarkan kepada 'iddah' PRU 13 selama 3 tahun penuh. PRU 12 yang lalu berlaku pada Mac 2008. Penulis diberitahu oleh rakan2 dalam PAS bahawa PAS Pusat mula buat countdown yang akan berakhir pada 11 September 2011.

PERSEMPADAN SEMULA

Kalau nak pakai teori PRU 13 akan diadakan sebaik sahaja selepas persempadan semula diluluskan, maka kena ambil kira tempoh 8 tahun yang ditetapkan. Seingat penulis, tahun terakhir persempadan semula ialah pada 2003. Ini bermakna memang munasabah PRU13 dijangka pada tahun 2011.

Adapun tempoh maksimum bagi kerajaan buat PRU13 ialah tahun 2013. Kerajaan akan menjadi tidak sah sekiranya PRU tidak dibuat selepas 2013.

Jadi, untuk lebih 'ihtiyat', maka adalah lebih baik disasarkan ia berlaku Mac 2011. Kempen daftar pengundi dan keahlian parti-parti pakatan rakyat harus digiatkan untuk ke arah itu. Serangan-serangan mesti diatur dan dilancarkan. Papan Skor sepatutnya sudah dinaikkan. Elakkan kita menari mengikut gendang musuh. Fokuskan kerja. Jauhi percanggahan dan perbezaan yang meluaskan jurang antara parti pakatan. Lupakan sengketa. Jauhi menyerang sesama sendiri. Tumpukan muncung pistol dan senapang ke arah musuh yang Satu(Malaysia) iaitu UMNO Barisan Nasional.



!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

DAH PANDAI UGUT-MENGUGUT PULAK DAH

Oleh:KetuaPolis

note:
macam2 alasan lu ni zul...nak kuar jangan buat onar...kuar je kalau lu anak kulim...usah mencari alasan-alasan yang menganggu jiwa orang ramai...kehkehkeh...tumpang tanya...kenapa tak singgah semasa perhimpunan anak felda kat suhakam baru ni...takkan lalu dan tengok je kot...yb tian chua dengan yb sallehudin pun ada...ke gua salah mata memandang kot...kehkehkeh...ooo mungkin uzur syarie kot

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin melangkah keluar dari mesyuarat jawatankuasa displin Parti Keadilan Rakyat sebagai membantah kehadiran bukan  Islam dalam panel itu.

Zulkifli berkata panel siasatan harus terdiri dari orang Islam sepenuhnya kerana salah satu dari pendakwaan yang beliau hadapi adalah isu kalimah Allah.

Menurutnya, panel sedia-ada terdiri dari seorang Muslim, dua pengaaut Kristian dan seorang beragama Hindu.

Panel bagaimanapun menolak tuntutan itu dan berkata kuasa untuk melantik panel terletak dalam bidang kuasa Majlis Pimpinan Pusat.

Demikian itu, Zulkifli menyeru MPP untuk melantik panel baru sebelum Selasa minggu hadapan. Jika tidak, beliau akan meletak jawatan.tvselangor

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

GARA-GARA BERMUKA BUKU,TERKANTOI PULAK

OLeh:KetuaPolis

BAITULMAQDIS:Tentera Israel menyatakan rancangan untuk menyerang sebuah perkampungan di Tebing Barat terpaksa dibatalkan selepas seorang askar Israel mendedahkan maklumat itu di Internet.

Tentera itu berkata, askar tempur terbabit menyiarkan waktu dan lokasi serangan itu pada laman Facebook miliknya selain menyatakan pasukan tentera sedang merancang untuk `membersihkan’ perkampungan tersebut.

Beberapa askar lain telah melaporkan kebocoran maklumat itu kepada pihak berkuasa tentera, yang kemudiannya membatalkan serangan itu selepas khuatir maklumat itu mungkin akan sampai kepada tentera musuh.

Askar terbabit telah dibicarakan di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 1o hari. / AP

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak...!!!
Read more >>

Read more...

BEKERJA UNTUK NAJIB ATAU RAKYAT

Oleh:KetuaPolis

note:
Lu polis harus ingat saper yang bayar gaji lu...jangan jadi bodoh kerana gaji tak seberapa...pakatan rakyat pun bayar gaji untuk lu...cina,india,tok imam,jkk,semua bayar gaji lu...jangan sampai gua menyumpah lu kena stroke...kehkehkeh...yela lu polis buat baik pun rakyat kutuk lu...sebab lu sudah sinonim dengan polis raja di malaysia yang sombong,berlagak,tidak mesra rakyat dan suka menibai...hakkkk ptuiiiiiiiiiiiiiiiihhh sohai lu...kehkehkeh

PULAU PINANG 4 Mac - Tindakan pihak polis menyoal siasat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang berhubung kandungan ceramah mereka adalah satu taktik Umno dan Barisan Nasional untuk menjatuhkan dan merampas kerajaan negeri sebagaimana yang dilakukan di Perak.

Terbaru Ketua Menteri Lim Guan Eng, Ahli Dewan Negeri Sim Tze Tzin, ADUN Kebun Bunga Jason Ong dan ADUN Batu Uban S. Raveentharan akan disoalsiasat polis pada pukul 12 tengahari hari ini di Pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Komtar.

Sim ketika dihubungi Suara Keadilan berkata ceramah dan penerangan yang diberikan merupakan sebahagian daripada tugas asas sebagai wakil rakyat.

Kata beliau antara isu yang diterangkan kepada rakyat termasuklah isu semasa berhubung ekonomi dan politik termasuk perbicaraan Konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita yakin kita hanya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat untuk memberi penjelasan yang betul kepada rakyat.

"Tindakan polis ini hanya satu bentuk tekanan yang dikenakan sebagaimana mereka lakukan kepada Sivarasa dan Salehuddin tempoh hari tetapi kita akan tabah melalui semua tekanan ini," tegas Sim.

Pada 23 Februari lalu Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan Ahli Parlimen Kubang Kerian
Salehuddin Ayob disoalsiasat di bawah Akta Hasutan 1948 di bangunan Parlimen selama sejam oleh dua pegawai polis berhubung ceramah mereka di Seberang Jaya 7 Januari lalu.

Sim berkata pihak polis juga mahu menyiasat Jason ong kerana mengadakan majlis sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

"Inilah pertama kali dalam sejarah saya mendengar ada sambutan Tahun Baru Cina haram!," katanya sambil ketawa.-suarakeadilan

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!









Read more >>

Read more...

MANA PERGI GUA PUNYA POSTING "BEKERJA UNTUK NAJIB ATAU RAKYAT"

note:
tionaseng ...sudah hilang maa...mungkin para pembaca atau blogger sempat membaca artikel tu...tiba2 je hilang selepas gua posting artikel baru bertajuk "2 ORANG LAGI BAKAL MP PKR AKAN KECUNDANG KE TANGAN NAJIB"  ...tolong gua kemana hantu tuya sembunyikan artikel gua...kemana dia merajuk...pertama kali terjadi kat blog gua...mana2 blogger yang pernah kena macam gua tolong royak,habaq mai,kabor sikit...gua sudah pening atau pun gua akan buat report polis mengatakan blog gua di hack...pinto punya ker?...kehkehkeh...tolong gua beb.
Read more >>

Read more...

2 ORANG LAGI BAKAL MP PKR AKAN KECUNDANG KE TANGAN NAJIB

Oleh:KetuaPolis

note:
Mana tidaknya kemungkinan besar ahli parlimen batu itu akan tersungkur di penjara sg buloh...dan kemungkinan bersama-sama ketuanya anwar turut sekali...inilah strategik najib seboleh-bolehnya menidakkan rayuan tian chua akan ditolak mentah oleh mahkamah yang dikatakan ADIL...Kepada anwar lu juga bakal meringkok sekali lagi dalam jeriji besi...maka pilihanraya di kedua-dua tempat ini mungkin akan diadakan secepat mungkin...najib mengejar-ngejar majoriti 2/3 parlimen bagi ianya terus berkuasa...dengan itu kita dapat melihat perubahan persempadan semula untuk memecahkan pengundi...maka dengan itu rakyat akan melihat umno berkuasa dan makin kuat kembali walaupun dengan cara yang tidak sah atau haram jaddah...bagi rosmah haram apa ada hal...kehkehkeh

KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan rayuan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berhubung kes gigit tangan polis akan diputuskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Rayuan yang sepatutnya diputuskan pada 29 Januari lepas ditangguhkan berikutan laporan penghakiman kes tersebut belum disiapkan oleh Mahkamah Seksyen.

Tian Chua didapati bersalah pada 22 Oktober 2009 oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan penjawat awam dalam satu operasi polis dua tahun lalu.

Majistret Mohd Faizi Che Abu memutuskan beliau dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM3,000. 

Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman tersebut ditangguhkan bagi memberi peluang kepada beliau memfailkan rayuan. 

Tian Chua atau nama sebenarnya Tian Chua Chang, 46, didakwa kononnya mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar ketika beliau sedang menjalankan tugasnya pada satu perhimpunan di Parlimen pada 11 Disember 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-suarakeadilan

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER