Powered by Blogger.

SELCAT-Ketirisan sejumlah RM500 juta bawah pentadbiran Barisan Nasional

>> Tuesday 6 March 2012



SHAH ALAM, 6 MAC : Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki mendakwa ketirisan sejumlah RM500 juta daripada Yayasan Selangor dari 1991 hingga 2008 berlaku semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan menyarankan ia disiasat segera oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau membuat dakwaan demikian di sesi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang sedang berlangsung di sini, hari ini.

Pengerusi Selcat, Datuk Teng Chang Kim, dalam reaksi balasnya memberitahu jumlah yang dimaklumkan oleh Ilham itu adalah satu nilai yang besar dan sebagai seorang pengurus beliau telah membuat kajian mengenai ketirisan tersebut. 

"Saya cadangkan supaya audit bebas dilantik untuk menjalankan forensik audit, saya rasa itu lebih sesuai kerana melibatkan jangka masa yang begitu panjang. Kalau kita nak libatkan pihak kerajaan mungkin makan masa tapi melibatkan kos yang tinggi (lantikan audit bebas). Saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak kerajaan samada ini harus dilaporkan atau tidak mengikut dakwaan Iham," ujarnya.

"Kajian kami menunjukkan dari tahun 1991 hingga Mac 2008 terdapat ketirisan berjumlah hampir RM500 juta di Yayasan Selangor.

"Kami sudah melaporkan perkara ini kepada SPRM tetapi tiada tindakan selanjutnya diambil sehingga kini. Saya simpan berkota-kotak dokumen bukti dalam pejabat saya." katanya lagi di sesi berkenaan.
Read more >>

Read more...

Umno kelantan salah guna kuasa lagi

>> Sunday 4 March 2012

Kalau perkara demikian berlaku keatas parti Pakatan rakyat memang setengah abad citer ni berkumandang kat media2 UMNOPRNO. tapi apakan daya dan apa boleh buat ekau kono terimo bulat2 ini adalah negaro jakun ini adalah negaro mak datuk nenek umno.

Mano poie menteri pendidikan takkan senyap hal demikian berlaku ke atas permis bawah jagaan ekau. ekau selak lah haji lebai google mano menghalalkan cara umno menggunakan sekolah unutk tujuan berpolitik. arghhhhhhhh den tulis panjang2 pun takdo guno kan.ekau dah sodio maklum dah tahu undang2 malaysia. budak bawah umur mano boleh berpolitik...!!!






Karnival Keluarga Muda Transformasi 1Kelantan

p/s: menteri pelajaran tolur ekau dan kocut ko apo?
Read more >>

Read more...

Cubaan najib menipu klate nampaknya gagal.

>> Saturday 3 March 2012


Sebelum tu baca leteran dari meiarasmi umno kat bawah ni

BACHOK 3 Mac – Kira-kira 47,000 keluarga miskin di Kelantan berpeluang memiliki rumah sendiri atau membaik pulih rumah yang hampir roboh sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Husin berkata, tawaran itu akan dimasukkan dalam manifesto BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Rakyat Kelantan termasuk bukan bumiputera perlu yakin dengan janji itu kerana BN tidak mungkir janji,” katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di Kampung Bekelam di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan sehari ke negeri ini semalam, yang antaranya akan memberi keutamaan untuk membina lebih banyak rumah rakyat di negeri ini sekiranya BN diberi peluang mentadbir Kelantan.

Dalam lawatan ke tiga daerah iaitu Jeli, Pasir Mas dan Kota Bharu, Najib turut memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah bekalan air, ladang rakyat dan infrastruktur. – BERNAMA

Rasuah datang lagi di kelantan hari ini. "you help me,me help you...kahkhaakhkha... sebelum ni cubaan nak rasuah stadium baru di kelantan. semalam janji untuk rakyat kelantan menyediakan rumah untuk orang2 miskin...kalau orang miskin felda  dan pendalaman den  akui akan termakan janji palsu abang najib ni. cover begitu baik yang seblum ini mengutuk negeri itu yang paling miskin.
Read more >>

Read more...

Najib menipu rakyat lagi selepas menghina kelantan


Baca bawah ni petikan media pengampu tahap jilat menjilat kat bawah ni


KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi.

"Walaupun saintis sudah mempunyai bukti termasuk akuan dari badan-badan antarabangsa sisa buangan itu selamat tetapi kerana masih ada orang yang tidak puas hati yang membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan kena pindahkan sisa buangan itu ke tempat yang lebih jauh," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama Profesional Kelantan di sini hari ini.

Najib berkata, kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak. - BERNAMA



Dah baca dah faham? apa yang den nampak jelas dan padat penipuan berlaku lagi  kat atas ni. najib kata Lynas ni tak merbahaya dan selamat. kalau selamat jangan buat jauh-jauh dari penempatan penduduk. den cadangkan ekau buat jer kat pokan dan ekau selaku PM anak jati pahang stakat nak cari seluas tanah takdo masalah.

kalau ekau masih tak memahami apo den cakap ni silo poie ambik wuduk pastu ekau tahajjud duo rakkat insyallah paham lopeh ni. ini adalah berita mengembirakkan rakyat ini adalah janji pilihanrayo.adakah ekau konal Bn baru semalam? kenapo ekau tak cakap jer dopan2 rakyat Kuantan? phuihhhh politik bulshitttt

Read more >>

Read more...

NGO lapor polis Anwar menghina kaum India

>> Friday 2 March 2012



KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung  penyebaran video di laman web Youtube yang menunjukkan beliau mengeluarkan kata-kata lucah menghina kaum India.

Laporan polis tersebut dibuat oleh NGO, Alternative Action Team (AAT) dan Kelab Perpaduan Insan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.
Presidennya, B Kalaivanar berkata, Ketua Umum PKR itu didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam ceramahnya ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang pada 9 Oktober 2009.

Rasis dan mengancam keharmonian
“Laporan ini dibuat supaya pihak polis mengambil satu tindakan tegas terhadap Anwar yang begitu rasis dan mengancam keharmonian yang dibina di Malaysia.

“Saya mahu polis merakamkan percakapan beliau dan Peguam Negara buat pertuduhan mahkamah terhadap Anwar,” tegasnya.


Katanya setakat ini sebanyak 27,000 penonton telah menyaksikan ucapan tersebut sejak video itu dimuat naik dalam Youtube sejak minggu lalu.

Ditanya sama ada pihaknya akan menarik balik laporan sekiranya Anwar memohon maaf secara terbuka, Kalaivanar bagaimanapun berkata itu terpulang kepada Anwar.

“Tetapi kita tetap tak boleh terima kerana beliau selama ini telah menyinggung perasaan masyarakat India,” katanya yang turut menyifatkan Anwar sebagai ‘pelakon handalan’- fmt
Read more >>

Read more...

[video Inside] Demo membantah LGBT di Masjid negara Tadi



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menggesa kerajaan menolak resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Malaysia dijangka akan menyertai Persidangan Sesi Ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang akan berlangsung mulai 5 Mac 2012 di Geneva, Switzerland.


Pengerusi Pembela Amiruddin Yahya berkata pihaknya khuatir tunduk terhadap tuntutan PBB yang mahu Malaysia mengiktiraf hak LGBT.


Sekaligus membenarkan aktiviti LGBT terus berleluasa di negara sedangkan Malaysia adalah negara Islam.

“NGO yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia akan mengambil kesempatan mengelirukan masyarakat dengan menekan kerajaan supaya tunduk kepada dikatakan “international standards and laws” untuk membenarkan seksual songsang diamalkan di negara kita.

“Kami juga mendesak masyarakat Malaysia agar membantah sekeras-kerasnya bukan sahaja terhadap resolusi PBB tersebut, tetapi juga terhadap sebarang usaha untuk mengenengahkan orientasi songsang LGBT ini sebagai suatu cara hidup masyarakat Malaysia,” katanya di perkarangan Masjid Negara.
Salah pemimpin Islam

Katanya, Pembela dan 46 NGO Islam lain bertegas dalam isu ini mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan yang tidak menghalalkan amalan songsang.


Beliau turut mengajak semua masyarakat lain menentang LGBT memandangkan amalan songsang ini turut tidak diterima oleh mana-mana agama lain selain Islam.


Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Syed Hassan Syed Ali berkata masalah ini berpunca daripada pemimpin Islam sendiri yang menyokong polarisme.


“Kalau amalan ini diamalkan maknanya umat Islam salah pilih pemimpin,” tegasnya.

Sebelum itu, kira-kira 50 penyokong Pembela dan Perkasa sebelum itu berdemo diperkarangan Masjid Negara selepas solat Zuhur membawa sepanduk ‘tunduk pada Allah bukan PBB’ dan ‘say no to LGBT’.




sumber: jkk
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER