LOMPAT PARTI JALAN PENYELESAIAN GEROMBOLAN
>> Monday, 25 January 2010
LANTAK KAU LAH INI LAH JALAN TERAKHIR UNTUK MENYELAMATKAN POLITIKUS HAMPA
MIC TIDAK RUGI APA-APA S.S SUBRAMANIAM SERTAI PKR?
MIC tidak rugi apa-apa dengan tindakan bekas naib presidennya Datuk S. S. Subramaniam yang keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.
Secara sinis, pemimpin tertinggi parti itu mengucapkan "tahniah" kepada Subramaniam dengan tindakannya itu.
"Kita (MIC) tidak rasa apa-apa atau rugi dengan tindakan itu dan selama ini pun beliau (Subramaniam) tidak aktif berkhidmat dalam memperjuangkan hak masyarakat India.
"Malah apa yang dilakukannya (sertai PKR) itu bagus dan saya ucapkan tahniah kerana berjaya mendapat jawatan di sana (PKR)," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen MIC Pulau Pinang Ke-63 di sini Ahad.
Semalam Subramaniam mengumumkan menyertai PKR dalam satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor, sambil mendakwa 10 cawangan MIC di Lembah Klang membabitkan 1,700 anggota akan turut menyertai jejaknya dalam tempoh terdekat.
Samy Vellu turut menafikan dakwaan Subramaniam kononnya 1,700 anggota MIC akan mengikut jejak langkahnya menyertai PKR, dan menegaskan sebenarnya kurang daripada 300 anggota saja yang terlibat.
"Dakwaan beliau yang 1,700 anggota kita akan sertai PKR itu hanya temberang dan MIC percaya mampu menarik lebih ramai anggota baru terutama dari kalangan golongan muda yang semakin menunjuk minat terhadap parti ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Samy Vellu berkata MIC bercadang meminda perlembagaan parti itu berhubung jumlah minimum anggota bagi mewujudkan sesebuah cawangan MIC.
"Ketika ini jumlah minimum diperlukan adalah seramai 110 orang dan jika dipersetujui oleh parti pada mesyuarat agung 12 dan 13 September depan, ia akan dikurangkan kepada 60 orang.
"Kita jangkakan dengan pindaan berkenaan, ia akan dapat menarik lebih ramai masyarakat India menyertai MIC terutama di kawasan tidak ramai penduduk India," katanya.
MIC kini mempunyai 3,700 cawangan dengan kira-kira 630,000 anggota. (BERNAMA)
Sumber di sini...
note:-
lantak kau lah gerombolan masuk keluar itulah korang tahu...!!!
nampak bagus sikit,sat lagi anwar ambil jadi calon....!!!
menang dengan selesa keluar masuk parti cinta malaysia...!!!
hak ptuih sungguh puak2 ni...!!!
dari gerombolan usah percaya sangat nanti parti merana...!!!
dari gerombolan usah percaya sangat nanti parti merana...!!!