Powered by Blogger.

Titah Yang Di Pertuan Agung tepat atas kepala umno

>> Monday, 7 March 2011

Sebut je umno teringat Fitnah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata titah ucapan yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai budaya fitnah di dalam masyarakat sangat relevan dengan suasana politik hari ini.

Menurutnya, Malaysia  sudah terbabas dari landasan demokrasi sebenar kerana kekuatan politik kini tidak lagi berteraskan kepada intelektual, tetapi berasaskan kepada budaya politik ganas dan fitnah.

“Maka bila disebut dan diperingatkan baginda tentang masalah fitnah, bagi saya sangat wajar untuk diberi perhatian kerana yang mutakhir seperti berlaku di Merlimau dan di Kerdau apabila pemimpin seperti Tuan Ibrahim difitnah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas titah baginda ketika upacara pembukaan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-12, hari ini.

Di dalam titah tersebut, baginda menyentuh meliputi pelbagai isu dan masa depan negara, termasuk menyeru semua pihak mengekalkan keharmonian serta tidak terpengaruh dengan budaya fitnah.

“Ini satu perkara yang saya fikir tidak sewajarnya berlaku dalam negara Malaysia. Jadi dalam usaha untuk mencapai negara maju, kita tak boleh maju berasas kan fitnah dan rasuah,’ tegas Mahfuz.

Keduanya, katanya, titah baginda berkaitan soal masa depan negara maju juga harus diberi perhatian serius terutama dalam meletakkan keutaman kepada sistem pendidikan separa profesional.

“Kerajaan harus memberi perhatian serius kepada persoalan penting untuk mencapai status negara maju. Hari ini usaha ke arah mewujudkan pendidikan yang bersifat separa profesional agak kurang khususnya untuk mewujud kan lebih banyak politeknik di dalam negara kita.

“Jadi saya mengharapkan kerajaan membelanjakan lebih banyak peruntukan untuk mewujudkan politeknik sebagai memenuhi dan mencapai matlamat kita sebagai sebuah negara maju,” katanya.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER