Powered by Blogger.

Wajib baca dan share sekiranya anda sayang saudara islam di Myanmar.

>> Tuesday, 12 June 2012


Kenyataan Media Bersama

SHURA dan MAPIM

10hb Jun 2012

SHURA , MAPIM KUTUK SEKERASNYA PEMBUNUHAN UMAT ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR 

Gambar antara 8 orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon ( ibu negera Myammar) melalui jalan darat tongu.Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman merekakencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas di Myanmar .

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.

Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine. 

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.

Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan. 

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.

Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. 

Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya. 

Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.

Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.


Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.

Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar. Ikram

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setuausha Agong MAPIM
Read more >>

Read more...

Fitnah plat WWW1: NIZAR bakal saman TV3, Utusan


Bukan senang nak makan duit orang beb, bukan senang nak dapatkan wang berjuta beratus ribu selain saman media umno, ini yang ditunggu-tunggu oleh geng Pakatan rakyat beb, maklum lah kerja dengan parti berapa sen sangat malah bukan gaji pun itupun elaun. so sumber neh mudah nak makan duit umno.

Kira hampir stele kes no plate WWW1 neh apabila MP Bukit gnatang itu ingin minta maaf pada sultan Johor. ini politik jahat umno menggunakan sultan sebagai senjata beliau menyakinkan penipuannya terhadap orang melayu, yang menjadi mangsa adalah sultan itu sendiri.

Aku rasa kali neh media umno bakal bankrap gitu jer. asyik2 kena saman, asyik2 kena kena bayar saman fitnah. Bankrap lah kamu kalau ikut telunjuk United Monkeys National Organozation.

Saper tak kenal media propaganda UMNO neh, hanya yang berotak lucah akan berkiblatkan media fitnah ini. saman nizar abang k support  datuk seri.



KUALA LUMPUR, 12 JUN: Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap media kawalan UMNO, TV3 dan Utusan Malaysia, kerana memutarbelitkan kenyataan tweet beliau berkaitan bidaan plat kereta WWW1.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit gantang berkata, pandangan peribadinya melalui tweeter tidak ditujukan kepada sesiapa pun tetapi merupakan pandangan seorang warga marhaen.

“Ramai yang salah anggap mengenai kenyataan tweeter saya dan saya akan menyaman TV3 dan Utusan kerana menimbulkan persepsi buruk ke atas saya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau juga bersedia untuk menghadap Sultan Johor bagi memohon ampun atas kekeliruan yang ditimbulkan TV3 dan Utusan, serta ingin menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Sementara itu, Dr Raja Ahmad Iskandar yang mewakili Dewan Pemuda PAS Perak mendedahkan bahawa sebenarnya isu mempersoalkan bidaan RM520,000 ini telah dimulakan oleh akhbar KOSMO yang dimiliki oleh Utusan Malaysia.

“Pada 8 April 2012, KOSMO mengeluarkan kenyataan di muka depan ‘Sanggupkah anda bayar RM520,000 untuk plat ini’.

“Pada 25 Mei pula, KOSMO sekali lagi mengeluarkan laporan yang memberitahu bahawa plat WWW1 sudah dibida dan membandingkan dengan empat perkara yang rakyat boleh diperoleh dengan sejumlah RM520,000 tersebut,” katanya.

Menurutnya lagi, pada 28 Mei 2012, KOSMO telah menyiarkan sebuah kartun yang dikaitkan dengan harga plat WWW1.

Dengan menunjukkan kepada pemberita semua keratan dari akhbar KOSMO tersebut, beliau menunjukkan bahawa pada hari berikutnya 30 Mei, akhbar tersebut telah mengesahkan bahawa tuanku sultan Johor merupakan pemilik WWW1 manakala pada 31 Mei, berita mengenai anakanda Sultan Johor mempertahankan ayahandanya dikeluarkan.

“Laporan mengenai dakwaaan Datuk Seri Nizar mengkritik Sultan Johor pula telah dikeluarkan pada 31 Mei 2012 sedangkan beliau tidak pun mengkritik Tuanku Sultan,” jelas beliau.

Dr Raja Ahmad yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat mempersoalkan mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap KOSMO sedangkan satu laporan polis telah pun dibuat oleh Pemuda PAS Perak pada 4 Jun 2012.

“Apa agenda sebenar KOSMO memainkan isu ini dan kita merasakan ada agenda tersembunyi untuk mengaibkan Sultan Johor,” soal beliau.

Raja Ahmad Iskandar juga berkata bahawa Pemuda UMNO Johor telah berbohong rakyat Johor dan Tuanku Sultan sehingga isu ini terus dimainkan dan menimbulkan persepsi buruk di kalangan rakyat.
“Kita juga sedia untuk berdebat dengan Pemuda UMNO Johor,” ujarnya.– Roketkini

p/s: tak bosan ker fitnah jer kerja
Read more >>

Read more...

Najib semakin Cemas hadapi pilihanraya, sanggup buat kerja gila terang2

Kecemasan najib setakat ini menghadapi pilihanraya umum ke 13 amat-amat cemas, Kecemasan najib tidak dapat dibendung lagi sehingga sanngup berani mengumumkan dalam dewan rakyat  bahawa Ahli Parlimen (BN) boleh beri wang tunai RM1,000 hingga RM5,000 kepada pengundi. ini kerja gila beb, dalam ramai2 perdana menteri, najib cukup2 berani declare kerja gila. inilah petanda begitu cemasnya Barisan Nasional nak menghadapi pilihanraya kali neh yang dijangka berubah pentadbiran Putrajaya.

Beb... bukan nama umno kalau tak merasuah.

KUALA LUMPUR 12 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Perdana Menteri kerana meluluskan wang berjumlah RM1.5 juta sebagai tambahan kepada setiap Ahli Parlimen BN untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13).
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, perkara tersebut menyalahi peraturan kewangan sekaligus menunjukkan Umno BN cemas dan terdesak dalam menghadapi pilihan raya.
“…Apa yang memeranjatkan (apabila) Najib beritahu Dewan Rakyat, Ahli Parlimen (BN) boleh beri wang tunai RM1,000 hingga RM5,000 kepada pengundi.
“Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang tidak mempedulikan peraturan kewangan kerana terlalu cemas menghadapi PRU13,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di bagunan Parlimen hari ini.
Turut serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Dalam pertemuan pre-coucil dengan Ahli-ahli Parlimen BN semalam, difahamkan Datuk Seri Najib Razak juga membenarkan mereka membelanjakan RM1,000 hingga RM5,000 secara tunai kepada pengundi.
Difahamkan juga, sejumlah RM300,000 akan diberikan pada peringkat awal kepada setiap Parlimen BN pada Khamis ini.
Dakwaan ini mungkin benar sebagaimana pendedahan bekas Menteri Kabinet yang isytihar keluar Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bahawa BN sedang menggunakan ‘taktik bom’ iaitu menabur wang untuk membeli undi di kampung-kampung.
“Dia (Najib) beritahu minta disegerakan dan tumpu kepada pemuda dan wanita dan kerajaan akan pertahankan tindakan itu.
“Langkah paling baik adalah bantahan rakyat dan pilihan raya,” kata Ketua Umum KEADILAN itu lagi.-kd


p/s Kerja gila tak dapat dibendung lagi dalam Barisan Nasional
Read more >>

Read more...

Segamat jadi Pekan koboi, Warga emas mati ditembak enam kali


Kejadian ini berlaku sekitar jam 8pagi tadi. Mangsa adalah seorang warganegara Malaysia, pemilik kedai Hardware Sieng Leong di Segamat. Ditembak sewaktu mengisi minyak di Mobil berhadapan bank OCBC, Segamat. Sejak bila Segamat jadi pekan Koboi ni?<---Sumber fb.

Wah wah wah terbaiklah jenayah Malaysia neh. dah sama taraf dengan negara jiran Thailand. 


SEGAMAT - Seorang warga emas dijumpai mati ditembak di sebuah stesen minyak ketika sedang mengisi minyak kenderaanya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 7.45 pagi ketika mangsa sedang mengisi minyak di Jalan Genuang di sini.

Siasatan awal mendapati mangsa, Lim Ching Hoon, 63, orang tempatan dari Kampung Paya Pulai telah didatangi oleh sebuah motorsikal yang masih belum diketahui identiti dan kenderaan.

“Pihak kami mendapati mangsa telah ditembak dari jarak dekat, enam das kesemuanya yang telah mengenai bahagian kepala dan kaki mangsa,” katanya kepada pemberita.-sh

Read more >>

Read more...

Nasib malang Najib, bakal menantu didakwa menipu


Apa yang malang sangat dengan nasib Najib neh, tak faham aku. nasib malang PM sebelum2 neh tak semalang anak Tun razak. kebongkaran demi kebongkaran ke atas beliau telah terselak mencemarkan nama beliau sebagai orang pertama dalam pentadbiran Malaysia.

Beb 100plus pun menerima nasib malang disebabkan letak gambar Najib pada minum tersebut baru neh<---kesan mendalam tu der.tahap mendalam betul rakyat benci kat Umno. 

Kemalangan demi excident terjadi ke atas saksi pembelian scorpene dengan kes Altantuya neh, kini bakal menantu pula didakwa telah menipu bapa tiri, ermmmm eloklah bapak mentua kencing berdiri bakal menantu kencing sambil tidor.

Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Bakal menantu najib
Menurut The New York Posthari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010. 

The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.-mkini

Layan video neh

p/s bubar parlimen now, rakyat nak hantam lu

Read more >>

Read more...

Nizar sedia mohon maaf kepada sultan Johor


Siyes aku tak faham undang-undang yang duk ada dalam malaysia neh, kat mana yang dikatakan Nizar menghasut? aku bukan nak cover Nizar atas kapasiti beliau geng Pakatan Rakyat tapi kat mana yang dikatakan menghina sultan johor. kalau nak ikutkan kurang ajar dgn sultan atau raja2 melayu umno lebih teruk sini bukti.

Sehingga sultan tak boleh ditegur langsung, weh... sultan ker menteri ke vvip ke tok bilal ke tok imam ingat Allah malu dengan kamu? sedangkan firaun Allah tak malu apatah kita yang papa kedana.

Bila kemelayuan terlebih dari agama inilah jadinya marah menegur sultan umpama marah hina Nabi. Bila orang hina Agama Rasul2 tak der pun set2 bengong neh nak mengamuk. tambah2 pERKASa


KUALA LUMPUR -  Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyatakan kesediaan untuk mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan no pendaftaran WWW 1.

   
Mohammad Nizar berkata pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi mengadap Sultan Johor dalam masa terdekat  bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut.
   
"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri.
   
"Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak...ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
   
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak kini disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan dakwaannya di twitter berhubung kejayaan Sultan Johor membuat bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 dengan harga RM520,000.
   
Sultan Ibrahim memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 dan kemudian Mohammad Nizar melalui twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah. - Bernama



p/s: Ingat soltan ingat pembaziran?
Read more >>

Read more...

Tolak Dakwaan Meninggal Dunia, Osman Kering Kritikal Di ICU


Memandai-mandai korang semalam kecoh kata Osman kering meninggal dunia, bersepah ruah masing2 duk update status facebook n twitter. Kononya nak tunjuk hebat, masing2 nak berlumba2 nak dapatkan berita paling pantas? weh soal mati neh kamu main2 soalah2 kamu mendoakkan. dapatkan berita soheh sebelum nak war-warkan der. 



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman kassim, 58, sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, Isnin.
Sehingga berita ini ditulis pada pukul 9.40 malam, keadaan Osman berada dalam keadaan kritikal dengan bantuan alat pernafasan.
Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin.
"Alhamdulillah, ayah masih hidup dan kini dibawah pemerhatian doktor di wad kecemasan dan akan dibawa ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di HUKM malam Isnin.
Amin menjelaskan, bapanya rebah sekitar pukul 6 petang Isnin di rumah mereka di Bandar Permaisuri, Cheras selepas mengalami batuk berdarah sebanyak dua kali.-mstar
p/s: semoga pak osman panjang umur
Read more >>

Read more...

Gempar...!!! Gambar dirakam bertukar lembaga mengerikan

Berita pelik di Perak yeop, Gambar yang dirakam telah bertukar dengan wajah yang mengerikan, weh gambar bertukar dgn Rosmah mansor abang k boleh terima lagi, kalau ini rhupanya teman pun laghi

IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.


Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.



Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.



“Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.


“Mulanya saya berasa pelik.


Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.

“Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

“Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

“Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan.-sh

p/s: makhluk Allah juga
Read more >>

Read more...

Kes RM3 Billion, kini Anwar berdepan dengan hukuman setimpal





Kemungkinan anwar bakal dipenjarakan diatas sebab dalam akaun bank miliknya yang didakwa oleh United Monkey Nasional Organization sebelum neh sebanyak RM3 billion mengagalkan hasratnya untuk menawan putrajaya bersama PAS dan DAP.

Isu neh agak menguntungkan Barisan Nasional dan terus meledak ibarat bom c4 keatas Pakatan rakyat. Isu neh check mate buat PR menawan hati rakyat yang digembar gemburkan  selama neh bahawa parti itu adalah terbaik. nah abang k kasi bukti Anwar bakal berdepan dengan hukuman berat.

dan neh
So buat penyokong dan pengundi2 Pakatan rakyat leburkan  saja niat anda nak menawan Putrajaya dan mari bersama-sama dengan umno kita tabur janji palsu, menipu melucah-lucah dan FITNAH.

p/s :Beb tak nama umno kalau tak buat kerja bangang, tak nama umno kalau bukan dari kalangan ahli2nya yang bodoh, tak nama umno kalau ahli2 nya tak memfitnah adu domba dan ugut sultan.

Isu neh sebenarnya isu bangang yang cuba di create oleh pencacai2 umno yang kini ketandusan idea nak memfitnah memalukan musuhnya secara gentleman. Gerombolan yang cuba nak bangkitkan isu neh sebenarnya masa Anwar dalam umno, dia pun masa tu kencing tak buih lagi.

So isu neh juga membuka mata pengundi2 atas pagar dan sdikit cerdik pandai dalam umno buka mata agar berubah memilih PR PRU13 nanti dari mengundi BN yang terkenal dgn kebodohannya. sumber teh tarik mat said

p/s kalau cerdik tak masuk umno der
Read more >>

Read more...

PANAS ...!!! bukti umno derhaka dan ugut Sultan

Nah VIDEO INSIDE, nak sangat. mana pergi makcik2 kampung dalam umno? mana pergi makcik2 felda yang taksub pada BN?. Isu raja2 cukup sensitif buat orang melayu, umpama kalau derhaka sultan ibarat derhaka pada Allah, malah lebih dari itu.

Skang neh terbukti pendedahan sendiri oleh kerabat diraja nogori sombilan beb, apo fitnah bakal dilemparkan keatas beliau. misi seterusnya kita jejak, kita bongkar kita dedah siapakah yang mengugut sultan itu.


KUALA LUMPUR, 11 JUN: Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993.

Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja’afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.
Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja’afar sendiri melalui satu panggilan telefon.

“Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.
“Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.

“Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?
“Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.

“Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah,” ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu.

Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program “Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai” semalam.

Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.

Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa.

“Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing,” kata beliau.

Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.



p/s: semakin tenat umno, kuburkan BN pru13
Read more >>

Read more...

Polis yang memukul Kugan hanya dipenjara tiga tahun


Kugan telah mati beb, polis yang mencederakkan beliau hanya dipenjara selama tiga tahun. mungkin kugan mencederakkan diri sendiri sebelum mati, mungkin itu kata-kata tertuduh semasa dalam kandang saksi. itu biasa untuk defend  diri malah tak mustahil, kalau aku sdiri terdesak pun alasan sama.
Tak tahu menahu aku akibat kematian, samaada diseksa sehingga mati atau  beliau bunuh diri tapi yang aku tahu Kugan mati dalam tahanan polis, so PDRM bertanggungjawab, adakah dikenakan hukum keatas konstabel navindran kes ini ditutup rapat? Ker dah jadi black goat?

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas konstabel V. Navindran selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan pilihan menyebabkan kecederaan terhadap seorang tahanan tiga tahun lalu.
Navindran dituduh mencederakan suspek kes curi kereta mewah, A. Kugan yang mati ketika berada dalam tahanan polis.
Hakim Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati keterangan tertuduh bagi pertuduhan pertama adalah penafian semata-mata.
Malah, tindakan pihak pembelaan yang memanggil isteri dan bapa saudara tertuduh untuk menyokong keterangan bahawa dia tidak berada di tempat kejadian adalah tidak mematuhi Seksyen 402A Kanun Prosedur Jenayah.
Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman, sementara menunggu proses rayuan tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM20,000.
Navindran, 30, didakwa atas dua tuduhan pilihan iaitu menyebabkan kecederaan ke atas Kugan, 23, di bilik soal siasat jenayah berat (D9), Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya dekat sini pada pukul 7 pagi dan 4 petang, 16 Januari 2009.-ks
p/s: berapa ramai yang mati dalam tahanan PDRM, SPRM? 
Read more >>

Read more...

Kerana utusan Meloya, saksi malu mengaku fitnah Mat Sabu


Berapa kali nak tolong ingatkan, berapa kali aku nak maki hamun kepada yang bodoh2 dalam umno neh. kalau cakap dikatanya fitnah, mengada-adakan cerita , nah bukti dah jelas saksi pun dah ngaku so tak celaker lagi kah utusan propanganda orang melayu neh?
Utusan hanya untuk manusia-manusia bodoh jer membaca.

BUTTERWORTH - Perbicaraan hari pertama membabitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkaitan isu kenyataan berkenaan dengan komunis Bukit Kepong di Mahkamah Butterworth di sini, hari ini yang awalnya dijangka akan berlangsung panas bertukar mengejutkan banyak pihak.
Ini kerana saksi pertama,Visva Nathan,75, pesara polis yang dipanggil memberi keterangan, tiba-tiba mengejutkan semua yang hadir mengikuti perbicaraan itu apabila membuat pengakuan memfitnah Mohamad, yang turut dikenali sebagai Mat Sabu, dan  pada masa yang sama, meminta maaf kerana membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut semata-mata.
"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," katanya di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin di Mahkamah Sesyen di sini hari ini sebaik selesai membaca dua laporan akhbar berbahasa Melayu dan teks ceramah Mat Sabu yang jelas menyatakan tiada perkataan komunis yang tertera dan diucapkan oleh tertuduh yang menjadi asas pendakwaan itu.
Pengakuan pesara polis dari Raub, Pahang itu dibuatnya selepas diasak bertubi-tubi oleh peguam bela Muhammed Hanipa Maidin yang mewakili Mat Sabu, berkaitan ketiadaan perkataan komunis yang diungkapkan oleh Mat Sabu dalam akhbar yang menyiarkan berita berkenaan.
Malah saksi itu juga mengaku tidak terdapat perkataan komunis dalam teks ucapan Mat Sabu selepas ditunjukkan kepadanya semua dokumen berkenaan semasa berdiri dalam kandang saksi dalam prosiding, hari ini.
Beliau turut berkata, dakwaan terhadap Mat Sabu yang terkandung dalam laporan polis yang dibuatnya pada 27 Ogos tahun lalu berkaitan isu itu hanya bersandarkan pada laporan akhbar bahasa Melayu yang dibacanya.
Pada awal perbicaraan beliau menjawab dengan tenang semua soalan yang dikemukan oleh Muhammed Hanipa, tapi nadanya bertukar sebaliknya sebelum didengar mengiyakan dan memohon maaf atas perbuatannya itu.
Sebaik Nathan berbuat demikian,suasana mahkamah yang hening sebelumnya bertukar menjadi hampir bising apabila hadirin mula menghela nafas termasuk berpandangan antara satu sama lain dan berada dalam kehairanan.
Bagaimanapun suasana berjaya ditenangkan oleh pegawai polis yang bertugas dengan meminta hadirin diam dan menumpukan perhatian kepada perbicaraan.
Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.
Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.
Mat Sabu diwakili oleh barisan peguam yang terdiri dari Muhammed Hanipa, Nasar Khan Mirbas Khan dan Aminuddin Zulkifli manakala pendakwaan dikendalikan oleh Yusaini Amer Abd Karim.
Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 13, 16 dan 17 Jun ini untuk sambungan perbicaraan.
Sementara itu Muhammed Hanipa yang ditemui berkata, pihaknya akan tetap membuat rayuan kedua di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk mengenepikan dakwaan yang dikenakan terhadap Mat Sabu selepas usaha pertama berbuat demikian di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 Februari lalu ditolak.
Mat Sabu yang mengenakan baju kemeja putih dilihat sering tersenyum sepanjang prosiding berlangsung termasuk ketika berada dalam kandang orang kena tuduh.sh
p/s: Akibat kebodohan diri, malu boleh
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER