Powered by Blogger.

Fitnah plat WWW1: NIZAR bakal saman TV3, Utusan

>> Tuesday 12 June 2012


Bukan senang nak makan duit orang beb, bukan senang nak dapatkan wang berjuta beratus ribu selain saman media umno, ini yang ditunggu-tunggu oleh geng Pakatan rakyat beb, maklum lah kerja dengan parti berapa sen sangat malah bukan gaji pun itupun elaun. so sumber neh mudah nak makan duit umno.

Kira hampir stele kes no plate WWW1 neh apabila MP Bukit gnatang itu ingin minta maaf pada sultan Johor. ini politik jahat umno menggunakan sultan sebagai senjata beliau menyakinkan penipuannya terhadap orang melayu, yang menjadi mangsa adalah sultan itu sendiri.

Aku rasa kali neh media umno bakal bankrap gitu jer. asyik2 kena saman, asyik2 kena kena bayar saman fitnah. Bankrap lah kamu kalau ikut telunjuk United Monkeys National Organozation.

Saper tak kenal media propaganda UMNO neh, hanya yang berotak lucah akan berkiblatkan media fitnah ini. saman nizar abang k support  datuk seri.



KUALA LUMPUR, 12 JUN: Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap media kawalan UMNO, TV3 dan Utusan Malaysia, kerana memutarbelitkan kenyataan tweet beliau berkaitan bidaan plat kereta WWW1.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit gantang berkata, pandangan peribadinya melalui tweeter tidak ditujukan kepada sesiapa pun tetapi merupakan pandangan seorang warga marhaen.

“Ramai yang salah anggap mengenai kenyataan tweeter saya dan saya akan menyaman TV3 dan Utusan kerana menimbulkan persepsi buruk ke atas saya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau juga bersedia untuk menghadap Sultan Johor bagi memohon ampun atas kekeliruan yang ditimbulkan TV3 dan Utusan, serta ingin menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Sementara itu, Dr Raja Ahmad Iskandar yang mewakili Dewan Pemuda PAS Perak mendedahkan bahawa sebenarnya isu mempersoalkan bidaan RM520,000 ini telah dimulakan oleh akhbar KOSMO yang dimiliki oleh Utusan Malaysia.

“Pada 8 April 2012, KOSMO mengeluarkan kenyataan di muka depan ‘Sanggupkah anda bayar RM520,000 untuk plat ini’.

“Pada 25 Mei pula, KOSMO sekali lagi mengeluarkan laporan yang memberitahu bahawa plat WWW1 sudah dibida dan membandingkan dengan empat perkara yang rakyat boleh diperoleh dengan sejumlah RM520,000 tersebut,” katanya.

Menurutnya lagi, pada 28 Mei 2012, KOSMO telah menyiarkan sebuah kartun yang dikaitkan dengan harga plat WWW1.

Dengan menunjukkan kepada pemberita semua keratan dari akhbar KOSMO tersebut, beliau menunjukkan bahawa pada hari berikutnya 30 Mei, akhbar tersebut telah mengesahkan bahawa tuanku sultan Johor merupakan pemilik WWW1 manakala pada 31 Mei, berita mengenai anakanda Sultan Johor mempertahankan ayahandanya dikeluarkan.

“Laporan mengenai dakwaaan Datuk Seri Nizar mengkritik Sultan Johor pula telah dikeluarkan pada 31 Mei 2012 sedangkan beliau tidak pun mengkritik Tuanku Sultan,” jelas beliau.

Dr Raja Ahmad yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat mempersoalkan mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap KOSMO sedangkan satu laporan polis telah pun dibuat oleh Pemuda PAS Perak pada 4 Jun 2012.

“Apa agenda sebenar KOSMO memainkan isu ini dan kita merasakan ada agenda tersembunyi untuk mengaibkan Sultan Johor,” soal beliau.

Raja Ahmad Iskandar juga berkata bahawa Pemuda UMNO Johor telah berbohong rakyat Johor dan Tuanku Sultan sehingga isu ini terus dimainkan dan menimbulkan persepsi buruk di kalangan rakyat.
“Kita juga sedia untuk berdebat dengan Pemuda UMNO Johor,” ujarnya.– Roketkini

p/s: tak bosan ker fitnah jer kerja

0 comments:

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER