Powered by Blogger.

DAP dedah satu lagi kes Umno beli tanah murah

>> Friday 6 July 2012


Malunya DAP yang didakwa umno bahawa parti itu racist benci melayu, so dengan pendedahan ini umno aan counter " ini cina dengki sama melayu..


ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan satu lagi dakwaan urusniaga tanah yang menurutnya tidak wajar, melibatkan Umno bahagian Tanjung Karang di Selangor, yang membabitkan 1.2 hektar yang dibeli oleh bahagian tersebut pada harga diskaun sebanyak RM3.17 juta pada tahun 2001.

Umno bahagian berkenaan hanya membayar premium sebanyak RM130,244 untuk tanah komersial sewaktu pentadbiran BN sebelumnya, walaupun harganya pada awalnya telah ditetapkan pada RM3.3 juta, berdasarkan nilai pasaran.

Ng berkata Umno Bahagian Tanjung Karang pada mulanya memohon untuk membeli tanah kerajaan negeri berdekatan Jalan Sungai Kajang pada 31 Mac 2001, dan ADUN Sungai Burong pada masa ini, dari Umno, Datuk Mohd Aini Taib merupakan orang utama dalam urusniaga tersebut.

Kerajaan negeri Selangor, melalui majlis tindakan ekonominya, meluluskan permohonan itu pada 3 Julai 2001 dan satu penilaian pasaran dibuat oleh jabatan berkaitan, yang meletakkan harga tanah itu pada RM3.3 juta.

Bagaimanapun, bahagian Umno tersebut merayu supaya harganya dikurangkan dan kerajaan negeri meluluskannya pada bulan April 2002.

"Akhirnya, kerajaan negeri membenarkan premium bagi tanah itu dikurangkan kepada RM1 satu kaki persegi, dan Umno bahagian hanya perlu membayar sejumlah RM130,244," kata Ng ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ng menggesa ketua Umno bahagian Tanjung Karang sekarang, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Tani, Datuk Noh Omar, supaya menjelaskan mengenai urusniaga tanah tersebut.mkini

p/s: semakin dekat PRU semakin tak bermaruah umno
Read more >>

Read more...

Pelajar 16 tahun melahirkan bayi dalam tandas


Berlaku kat Terengganu kalau ianya kat kelantan tak ke gila umno dibuatnya? Buang orang macam makan nasi boh.


KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini sama sekali tidak menduga beg sandang yang diserahkan seorang rakan sekolahnya untuk disimpan rupa-rupanya mengandungi mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan.
Rahsia tersebut hanya terbongkar selepas 17 jam mangsa yang berusia 16 tahun menyimpan beg tersebut di bilik asramanya sebelum dia menerima panggilan daripada pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang memintanya menghantar beg sandang tersebut ke hospital.
Doktor yang memeriksa beg sandang itu menemui mayat seorang bayi perempuan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, sebelum kejadian, seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas asrama sekolahnya pada pukul 1 pagi Selasa lalu.
Menurut beliau, pelajar itu kemudian pergi ke HSNZ pada pukul 6 petang hari sama selepas mendakwa sakit perut.
“Doktor yang memeriksa pelajar itu mendapati pelajar terbabit sebenarnya baru melahirkan bayi,” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Katanya, selepas ditanya oleh doktor yang merawatnya, pelajar itu mengaku dia melahirkan seorang bayi perempuan dan menyimpan bayi itu di dalam beg sandang. kosmo
p/s: Kami mahu hudud islam bukan hudud pas atau umno.
Read more >>

Read more...

Minyak petrol ron 97 turun mulai esok

>> Wednesday 4 July 2012


Saper pakai minyak ron97? mulai esok ron 97 yang rata2 orang kampung dan golongan marhaen tak guna akan turun, ini adalah gula-gula pilihanraya, ini adalah hadiah rosmah mansor menghadapi kemarahan rakyat yang nak menghukum beliau PRU 13 nanti.


KUALA LUMPUR, July 4 –  Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa harga runcit bagi RON97 akan menelan kos 20 sen ditolak pada RM2.60 seliter mulai esok.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata harga yang lebih rendah adalah sejajar dengan kejatuhan harga purata minyak mentah global pada bulan Jun.

Beliau berkata harga runcit bagi RON97, pada dasarnya, yang ditetapkan apungan terurus berdasarkan harga bulanan adalah Manakala berketentuan dilombong mengikut kuasa pasaran.

p/s: menanti bilalah RON95 turun
Read more >>

Read more...

Bendera PAS PKR dibakar dikoyak di negeri sembilan

>> Tuesday 3 July 2012


Nak berdebat den takut nak berhujah dengan fakta den sogan, jalan sonang den bakar den koyak jer bendero pombangkang, ado den kisah?


KUALA KLAWANG - Pas Kawasan Jelebu melahirkan kekesalan apabila mendapati sembilan bendera parti itu dan PKR dirosakkan malam kelmarin.


Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Noranif Selamat berkata, kejadian disedari pada malam 30 Jun lalu ketika dia dalam perjalanan ke tapak ceramah Pakatan Raya (PR) yang diadakan di Kampung Bukit, Ulu Jelebu.



Menurutnya, ketika melalui simpang ke Kampung Dulang kira-kira jam 8 malam, dia mendapati bendera parti yang dipasang sudah dirosakkan.sini


p/s: tak tuduh umno tapi rasa nak tuduh, bersangka baik mungkin Unitd Monkeys National organization
Read more >>

Read more...

VIDEO Pelakon Hairie Othman bakal sertai PAS

>> Thursday 21 June 2012

Pelik weh terik2 ning ramai sunggu pelakon2 sohor masuk PAS PKR. tapi dop sohor pun kalu masuk UMNUUUUUUUUUU sebab sekejap jer galmour masuk United Monkeys to. tahniah beb anag k support



Batu Gajah: Pelakon, seniman, sastrawan kini berbondong-bondong menyertai PAS dan yang terbaru, pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman pula akan menyertai PAS.

Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 julai ini.

Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja sertai PAS, semalam.

Turut menyampaikan ceramah ialah Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mat Jam, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Bekas Setiausaha Dewan Negara, Salleh Bakar.

Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri.

"Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin.

Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan.

Anak kelahiran Negeri Kedah ini sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS ini bukanlah untuk berdakwah sebaliknya untuk berpolitik.

"Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan?

"Saya telah memberikan komen tentang kenyataan menteri itu di facebook dan ramai yang menyokong komen saya itu," jelasnya.

Hairie berkata, ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas komen-komennya dalam laman facebook seolah-olah pro kepada pembangkang.

"Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari ini, hari bersejarah saya berucap pertama kami dipentas PAS," katanya dalam nada gembira.

Beliau mengakui tindakan ini akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya.

"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah ," jelasnya.

Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah.

"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya. -Muhammad Faeez



 p/s Mufti keluar fatwa haram masuk PAS
Read more >>

Read more...

Astaka di Jertih runtuh, enam terperangkap



Runtuh pulok dosssssssss, semakin terkenal Terengganu darul runtuh al idris jusohi wal mat saidddddddd


BESUT - Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.
Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.


Pasukan penyelamat telah mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dan mangsa hanya mengalami kecederaan.


Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa warga Bangladesh dikenali sebagai Zilo, 40, yang tertimbus dalam runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Padang Astaka, Kampung Raja di Besut,


p/s: petanda BN nak runtuh
Read more >>

Read more...

Tv3 putar belit kenyataan Ahli parlimen Pakatan Rakyat

>> Wednesday 20 June 2012



Selaku penyiaran rasmi dakyah Umno


KUALA LUMPUR 20 Jun: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berkata, TV3 telah memutar belit kenyataan kononnya beliau berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat.

“Semalam apabila (TV3) tanya saya adakah TOL (Lesen  Pengendalian Sementara) itu perlu diberi, saya sebut saya tak boleh komen apa-apa, sebab kalau boleh Lynas perlu melaksanakan lab untuk menunjukkan berapa sebenarnya sisa, tahap radiasi luaran dan sebagainya.

“Bila dia (Lynas) buat ekstrak, maka dia ada sisa, kemudian sisa air…bagaimana dia buat rawatan dan akhirnya dia kata yang bersih itu masuk ke dalam Sungai Balong.

“Sebab itu saya sebut lab bukan TOL,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Turut serta Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut Che Rosli, laporan PSC yang dibentang Parlimen semalam, ada memuatkan masalah yang disuarakan masyarakat dan NGO, bagaimanapun ia tidak mencukupi.

“Jawapan ini tidak cukup dengan statistiknya. Umpamanya mengenai kebimbangan kesan sinaran di Bukit Merah. Kena ada statistiknya…barulah kita terangkan kepada masyarakat tidak ada radiasi.

“Tapi masalahnya, saya difahamkan di Bukit Merah itu masih tersimpan ekstrak nadir bumi yang mengandungi aktiviti yang agak tinggi,” katanya.
Beliau berkata, PSC terlalu cepat memutuskan Lynas perlu diberi TOL sebelum Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Negara (AELB) mengesahkannya.

Tambah beliau lagi, walaupun PSC mendakwa radiasi Lynas adalah rendah, namun ia tidak bermakna projek itu selamat kerana banyak lagi aspek-aspek yang perlu dikaji.kd
Read more >>

Read more...

RM100 juta Anwar akan saman Nallakaruppan dan utusan





Kahkahkahkah saman jer jangan biarkan,pandai buat pandailah tanggung bankrup nanti, bagi pakatan Rakyat utusan adalah lubang terbaik mencari dana.
Tanpa utusan, Pakatan Rakyat terus miskin dengan adanya akhbar propaganda United monkeys Nasional ORganization neh boleh juga cari dana tambah-tambah dekat nak pilihanraya neh...kahkahkah mampus kau kali neh utusan


KUALA LUMPUR 20 Jun: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 1 November depan untuk perbicaraan kes saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Presiden Parti India Malaysia, Senator Datuk S Nallakaruppan dan dua lagi.
Memetik laporan sebuah portal, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu hari ini selepas peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memaklumkan bahawa pihaknya telah memfail afidavit jawapan terhadap pernyataan pembelaan Nallakaruppan.
Pada 26 Mac, Anwar memfail saman terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung perkataan-perkataan beliau (Nallakaruppan) yang mencemar nama baiknya melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata, perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.
Beliau menuntut gantirugi am berjumlah RM100 juta, selain gantirugi teruk, gantirugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.kd
p/s: Macam2 akhbar umno neh
Read more >>

Read more...

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad diugut ejen BN


Tengoklah anak muda malaysia, hari neh siapa mengotorkan politik tanah air kiter, siapa memBabikan Negara kalau bukan BArisan Nasional berteraskan United Monkeys Nasional Organization. 

Kepada yang tak tahu citer sebenar abang k ada dedahkan surat menyurat fakta bukan auta bahawa Datuk Murad neh dah mengaku Anwar tak bersalah sini

Datuk Abdul Murad

KUALA LUMPUR 20 Jun: Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid telah diugut untuk membuat akuan bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion.
“Murad ini kita tahu, dua tiga hari lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi…Kita tahu nama pegawai ini, ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian.
“Walaupun dia (Murad) telah mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut…Kita tahu semuanya. Tapi tak mengapa, teruskan permainan,” kata Saifuddin.
Beliau berkata demikian ketika memohon laluan semasa perbahasan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen hari ini.
“Saya minta izin kepada Permatang Pauh, terima kasih…Oleh kerana sebelah sana (Ahli Parlimen BN (MP BN)) tak berani bangun, maka saya bangun. Kerana ia cabaran terbuka,” katanya selepas MP BN gagal berdiri apabila dicabar Anwar membangkitkan isu tersebut.
“Saya berpendapat, kita harus tunggu cabaran daripada Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk kita dedahkan pula. Berani tak mereka membuat cabaran terbuka seperti ini? soal Saifuddin.
Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mencabar MP BN berdiri membangkitkan isu tuduhan kononnya beliau menyorokkan RM3 bilion.
Berikutan kegagalan kesemua MP BN menyambut cabaran Anwar itu menyebabkan Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN menyambung hujah menangkis tuduhan tersebut dengan membacakan pengakuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris. kd
p/s: dah tahap tak boleh sebut nama umno dah
Read more >>

Read more...

Mencuri kerana lapar, sultan menteri tahu ke ada rakyat macam neh?


Bila mencuri ditangkap kantoi macam2 alasan diberi untuk lepaskan diri beb,  itu biasa protect diri. masih muda takkan tak larat keja oit cari rejeki halal, poei rembat barang orang neh cari penyakit namonya.

Tapi itulah hakikat yang berlaku dalam malaysia. andaikata menteri yang suka boroskan bini dan sultan kononya berjiwa rakyat tak suka membazir walaupun menggunakan duit sdiri terbaca berita macam neh mesti rasa keinsafan kan?<---bersangka baik weh. dan mesti rasa nak tolong.

Asyik anak bilis jer kena jerat, bilo jerung berkolar putih nak kena neh, sabar menanti najib dipintu besi.

opssss takde kena mengena pun dengan citer bawah neh. kan ada plak kata aku sokong perbuatan mamat yang mencuri neh


KUALA TERENGGANU - “Saya terpaksa mencuri kerusi itu kerana terlalu lapar, hasrat saya hendak jual kerusi itu untuk dapatkan duit beli makanan sahaja, tidak lebih dari itu.

Demikian alasan diberikan tertuduh, Mohd Razif Md Lazim, 32, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Mohd Razif yang beralamat dari Kampung Langkap Baru, Bandar Permaisuri, Setiu, memberi alasan itu selepas mengaku bersalah mencuri sebuah kerusi kayu milik seorang peniaga ikan air tawar di Jalan Sungai Rengas, Kubang Tangga, disini, Sabtu lalu.

Dia yang masih bujang itu mengaku bersalah mencuri kerusi milik Idhar Mohamad bernilai kira-kira RM30 di gerai jual ikan air tawar di tepi jalan Sungai Rengas, Kubang Tangga, 16 Jun lalu, kira-kira jam 8.15 malam.

Dengan itu, yang didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM200 atau jika gagal membayarnya, dikenakan penjara seminggu lagi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala tertuduh tidak diwakili
peguam.

Berdasarkan fakta kes, pemilik kerusi berkenaan telah ternampak tertuduh melarikan kerusi miliknya dengan mengikat kerusi itu pada basikal yang dibawanya. Bengang menyedari hartanya dicuri, mangsa nekad mengejar tertuduh dan menangkapnya, seterusnya dibawa ke Balai Polis Chabang Tiga, untuk tindakan selanjutnya.sh

p/s: Ada lagi rakyat susah  wahai soltan dan menteri2.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER