Powered by Blogger.

Rm 1.4 juta beli ahli PKR akan didedahkan.

>> Wednesday, 9 March 2011



KUALA LUMPUR, 9 Mac: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan mendedahkan satu persatu bukti yang diperolehinya berhubung seorang ahli parlimen (MP) parti itu yang melompat kerana dibeli.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau mempunyai maklumat lengkap berhubung perkara itu dan akan mendedahkan secara berperingkat.
"Kita akan dedah berperingkat-peringkat. Saya pun nak buat macam Datuk Seri Anwar dedah kes VK Lingam," katanya.
Semalam, beliau sewaktu mewakili Ketua Pembangkang membahaskan Titah Diraja, mendedahkan dua salinan cek masing-masing bernilai RM700,000 setiap satu yang didakwa dibayar kepada seorang ahli parlimen PKR untuk lompat parti.
Ditanya lanjut hari ini, beliau berkata cek pertama bertarikh 12 Januari 2010 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua pula bertarikh sah laku pada 15 Mac 2011.
"Kita juga mendapat satu salinan perjanjian antara MP ini dengan pemilik tanah.
"Perjanjian itu dibuat Mei tahun lepas yang menuntut MP itu membayar RM1.5 juta dalam masa 60 hari, iaitu Julai tahun lepas," katanya.
Bagaimanapun tiada sebarang bayaran dibuat oleh ahli parlimen itu sehinggalah mendapat cek tersebut pada Januari 2011.
"Memang tak ada duit, MP PKR tak ada duit, Julai tak ada bayaran, dia masih dengan PKR.
"Penghujung 2010 sikap MP ini mula berubah, serangannya kepada PKR mula menggila.
"Tiba-tiba, 12 Januari 2011 dia ada duit RM700,000," katanya lagi.
Dalam perjanjian itu juga katanya, ahli parlimen tersebut menggunakan alamat kediamannya sebagai alamat syarikat.
"Kita pertahankan bahawa alasan mereka tinggalkan parti adalah kerana dibeli.
"Walaupun mereka sanggah, tetapi buat julung kalinya semalam saya menunjukkan dua keping cek itu," tegasnya sambil menunjukkan semula salinan cek tersebut.
Read more >>

Read more...

Hadiah kemenangan Be End di dua PRK

Hadiah cukong buat Barisan Najib.




KUALA LUMPUR, 8 Mac — Dr Hsu Dar Ren, pemimpin pusat Gerakan, memutuskan untuk keluar parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dengan menuding jari ke arah Umno, yang menurutunya mendominasi kuasa politik perikatan tersebut.

Dr Hsu mengumumkan keputusan mengejutkan ini ketika genap tiga tahun negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 di mana BN kehilangan tambahan empat negeri dan majoriti dua pertiga di Parlimen pada 8 Mac 2008.


p/s
Hadiah buat najib sekor atas kemenangan dua prk.rakyat ternanti2 ingatkan ada kenaikan minyak.tapi hampeh buet bik mama.please najib naikkan la minyak sikit.dahaga rakyat dengan minyak.kalau naik minyak pun rakyat akan sokong ekau lagi.so apa nak takut.rakyat mesia bengap,tahi pun dikatakan pisang goreng sebab tu Bn leh bertahan sampai 53 tahun jib.

Bodoh rakyat mesia di kawasan FELDA2,HULU,PENDALAMAN.....cis inilah rakyat memang suka  menjadi bodoh.baik ekau jadi lembu lagi bagus.cukup time korban.haprak melayu.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER