Tiada unsur pecah amanah yang dilakukan oleh keluarga Shahrizat kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.berita ini harus dipercayai oleh rakyat malaysia,ini sumber timb ketua polis so wajib percaya kalau tak caya kamu sdiri jadi polis.kalau kamu tak percaya dimana lagi sumber kamu nak percaya,ingat....!!! setiap statement atau keputusan dikeluarkan oleh kerajaan, hamba rakyat kena paksa diri percaya bulat.
sumber Lidah umno
74 individu yang dimaksudkan adakah termasuk jabatan audit negara? PDRM jangan buat lupa,isu ini dibangkitkan oleh jabatan kerajaan sendiri,jangan memandai putar alam dikatakan Pakatan rakyat yang memfitnah.jangan jadi macam shahrizat dalam PWTC ingatkan nak perjelas isu NFC rupanya mengLEMBUkan puteri dan wanita umno....kahkahkahkah
Admin;ermmmmmmmm agaknya bila lah jentera kerajaan BEBAS dari cengkaman UMNOO
SUBAHANALLAH...!!! SEJARAH DIKAJANG Hujan lebat selepas solat jumaat hari ini mengakibatkan sungai kajang berada pada paras bahaya dan amaran bahaya dikeluarkan.banjir kilat itu menyebabkan ramai terperangkap,harap2 semuanya selamat.di harap pihak berkuasa dapat memberi bantuan secepatnya. saksikan video dan gambar dibawah:-
Bilo artis masuk umno confirm semakin teruk dan jahil.dari mendedah aurat semakin ketara dedah aurat bila masuk dalam team United Malay Nasional Organisation.berbezo dengan artis lain bila bersama PR khususnya PAS mencari pahala agenda utama.
Artis idola anak mudo
Bob Lokman, setelah keluAr dari dunia arTis yang menGlalaikan
Ustaz azhar Idrus penceramah bebas dari Terengganu mendapat pingat sebagai tokoh ANAK MUDA jasanya mengajar ilmu Allah
ARTIS CONTOH PALING TERBAIK... !!!!...alahai rezeki datuk mano plak pasni
LISA SURIHANI (kiri) menerima anugerah Artis Wanita Muda Cemerlang daripada Rosnah di PWTC sempena muktamar UMNO yang ke berapa den sdiri lupo
KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO mengiktiraf bakat pelakon wanita popular tanah air, Lisa Surihani Mohamed, menerusi anugerah Artis Wanita Muda Cemerlang sebagai menghargai kejayaannya dalam bidang lakonan.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selepas beliau menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu, Lisa Surihani, 25, berkata, ia secara tidak langsung memberi semangat kepadanya untuk terus mengorak langkah dan bekerja keras dalam bidang yang diceburinya.
"Anugerah ini memberi semangat kepada saya dan mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni.
"Bagaimanapun, saya menasihati golongan muda yang ingin menjadi pelakon agar tidak meninggalkan pelajaran mereka," katanya.{kosmo}
Ulasan admin:-
ANAK MUDO yang berfikiran waras, pilih lah mano jalan ekau nak menghalo,baik buruk semuo ado. nak jahat ket jalan P.Ramlee dengan jalan bangsar bersepah majlis-majlis Syaitan. lagi dasyat dan hino umat Islam hari ini khususnya islam di Malaysia dengan tertegaknya panji maksiat iaitu Genting kasino pusat berjudi lebih tinggi dari masjid surau rumah Allah.adakah tak menghina islam ?
Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari kedua hari ini bermula dengan penyambungan perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden.
Antara mereka yang membahas hari ini, adalah perwakilan Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz.
Beliau memulakan perbahasan dengan membidas kerajaan negeri Selangor yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa terbabit dengan pelbagai salah-laku dan penyelewengan.
azlan“Penjualan aset-aset PKNS dan Yayasan Selangor dipergadai. Dalam manifesto PRU12, mereka berjanji sediakan premis yang cukup dan latih usahawan.
“Sewa premis di bangunan PKNS dinaikkan 300 peratus. Menipu rakyat turunkan cukai pintu kediaman. Penyangak tidak berhenti di situ saja, sekarang nak ambil alih padang awam di Kelana Jaya,” katanya.
Tak hebat mana
Menurut Johan lagi, kerajaan Pakatan di Selangor tidaklah sehebat mana dan Umno Selangor telah bermuhasabah setelah kekalahan pedih semasa pilihan raya umum 2008 yang lalu. Dakwanya, mereka kini sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini.
“Kami di Selangor amat rasa pedih akibat kalah pada PRU12. Kami cemburu dengan negeri-negeri yang menang, rasa tersiksa di bawah pembangkang. Kami sudah bermuhasabah dan sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini.“Pembangkang tak hebat pun. DAP yang rasis, PKR dengan masalah peribadi pemimpin dan PAS yang tidak tetap pendirian. Pembangkang boleh perlekeh Sultan," katanya.
azlanTurut menjadi sasarannya adalah pakar perlembagaan dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang tidak menyebelahi kerajaan.
“Saya cabar profesor Melayu ini letak jawatan segera dan masuk politik sebenar. Jangan guna institusi akademik untuk perlekeh kesultanan Melayu. UMNO akan pertahankan raja-raja Melayu
“Daulat Tuanku... Daulat Tuanku...” laungnya.
Beliau juga membidas kerajaan negeri Selangor yang meletakkan semua projek mega di bawah MBI (Menteri Besar Incorporated).
Selain itu, dakwanya, pusat-pusat maksiat tumbuh “macam cendawan tumbuh musim hujan” di bandar-bandar utama seluruh Selangor.
prostitution, desa mentari, police raid“Selangor lubuk maksiat. Lesen hiburan dulu 400 sekarang 4,000 lebih. (Ini belum lagi jumlah) rumah urut, pusat video game.
“(Rakyat) miskin bandar dan luar bandar masih ketara. Saya nak cadangkan jika benar nak kembalikan Selangor dan negeri-negeri yang tewas, kerajaan perlu dan wajib melipatgandakan peruntukan,” katanya.
Tikam belakang
Menurut Johan, bagi merampas semula Selangor, ahli Umno dan juga komponen BN tidak harus menikam belakang manakala kerjaan pusat perlu meningkatkan peruntukan kepada negeri itu.
“Kalau nak menang jangan tikam belakang, jangan main belakang. Saya pastikan rakan-rakan negeri Selangor berpendirian yang sama. Selangor tak main belakang, yang pasti kami tikam dan main depan, bukan belakang,” katanya sambil disambut gelak ketawa perwakilan.
NONEJohan juga meminta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno supaya turun padang bagi berkempen dan tidak mengharapkan tanggungjawab itu dipikul semata-mata oleh presiden dan timbalan presiden.
“Kalau nak perubahan besar ia mestilah bermula dari atas. PM dan TPM tak menang tangan turun padang di Selangor. Ahli Majlis Teringgi bantulah terutama di negeri-negeri yang tewas.
“Kalau gerak kerja seperti pemilihan Umno, sudah pasti kita boleh menang besar bukan sahaja di negeri yang menang, malahan di negeri kalah.
“Kalau MT sanggup berkorban 10 kali ganda, kami sanggup keluarkan 100 kali ganda,” katanya.
'Kami tolak Azlan Man jadi MB' : umno perlis
-
SEMBILAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perlis
menolak pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar negeri itu.
Perkara i...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib
-
BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak,
tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681
million ...
KUASA DI TANGAN RAKYAT
-
“Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau
membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan
k...
Perebutan takhta.. Rakyat dapat apa??
-
Tak sangka pulak sekarang ni musim bekas*2* kerabat yang entah mana asal
usul mula menuntut takhta kerajaan negeri yang sejarah tercatat lama dahulu
yang S...
Analisa PRK DUN N.25 Kajang
-
Ini Keputusan RASMI Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
N.25 Kajang -:
Datin Seri DR. Wan Azizah Wan Ismail (PKR)- 16,741 Undi (-1,445)
...
DAP dedah satu lagi kes Umno beli tanah murah
-
Malunya DAP yang didakwa umno bahawa parti itu racist benci melayu, so
dengan pendedahan ini umno aan counter " ini cina dengki sama melayu..
ADUN Sekinc...