Melihat sambutan Ulangtahun Umno ke-66 yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil memberangsangkan, Presidennya, Datuk Seri Najib Razak secara berseloroh berkata beliau rasanya 'macam esok' ingin mengadap Yang Dipertuan Agong esok bagi mengadakan pilihan raya.
"Oleh kerana bahang pilihan raya dah dapat kita rasai dan ramai sudah kena demam pilihan raya, saya lihat malam ini hebat.
"Rasanya esok saya nak menghadap Yang di-Pertuan Agong," katanya sambil menerima sorakan dan tepukan hampir 100,000 ahli parti dari seluruh negara di majlis tersebut. Rembat sini
NOTA
Kesukaannya najib dgn majlis pertubuhan haram semalam aku dapat rasa dia tak dapat menglelapkan mata, tak habis2 mengira kehadiran yang disambut rakyat sehingga terasa beliau nak mengadap yang dipertua agong hari ini.
Nak jumpa tak nak jumpa rakyat tak kisah pun, yang rakyat kisah tarikh pilihanraya sampai bila nak berteka-teki, yang rakyat kesah tunaikan dulu lapan tuntutan BERSIH, lepas tunai lantak lah.
Bangganya perdana menteri Rosmah Mansor semalam melihat ramainya rakyat menyokong pentadbiran umno dengan kehadiran yang luar biasa, ada blogger umno kata 80k, 90k dan tak kurang juga 100k lebih. bukankah kerusi stadium bukit Jalil hanya menampung 87411 orang? dan bagaimana dengan gambar ini?
Biar Gambar mencerita
Jangan kata gambar ni sebelum acara atau selepas plak
Nasib baik kerusi warna merah dapat juga cover
Cuba tengok kerusi blakang dua orang menteri korang ni, kalau tanya umno depa kata tidak kurang 100k yang hadir, kerusi bukit jalil juga menjadi ahli umno semalam.
p/s: Kerusi pun kerusilah kahkahkah
Gelombang Merah Umno Terhempas Di Tol Rasah
Dua buah bas yang membawa pulang penyokong-penyokong Umno Terengganu dari perhimpunan di Stadium Bukit Jalil telah terlibat dalam satu nahas jalan raya di exit Tol Rasah awal pagi ini.
Menurut Cikgu Bard melalui tweeternya nya, sebuah bas yang membawa penyokong Umno Terengganu (Kuala Terengganu) telah merempuh sebuah treler yang dipercayai berjalan perlahan dari arah belakang.
Ini diikuti pula oleh sebuah lagi bas yang membawa penyokon Umno Kuala Berang merempuh dari belakang bas tersebut.
Cikgu Bard beserta beberapa aktivis SAMM Negeri Sembilan yang dalam perjalanan pulang dari Johor terserempak dengan kejadian tersebut serta merta turut membantu mangsa nahas yang terlibat.
Setakat ini tiada kematian dilaporkan, cuma beberapa mangsa dipercayai mengalami kecederaan yang agak serius. Beliau juga mendoakan agar mereka semua selamat!
p/s
Semoga kalian mendapat hidayah pasni. rembat
sini
Read more >>
Read more...