Anwar lawan bekas pembantu di Kerdau
>> Thursday, 3 March 2011
Jika Pakatan Rakyat menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai senjata terakhirnya, BN juga mempunyai keupayaan yang sama dalam pilihan raya kecil Kerdau yang kini masuk hari-hari terakhir.
Bukan sahaja saksi penting perbicaraan liwat 1998 Ummi Hafilda Ali turun ke DUN itu, dua lagi bekas pembantu Anwar Rahimi Osman dan Rashid Rosdi juga berikrar berkempen bagi menafikan "fitnah" ketua pembangkang itu.
"Temerloh ini memang kampung saya. Saya tak mahulah mereka termakan fitnah Anwar ini," kata Rahimi yang kini memakai baju BN.
Rahimi sebelum ini tampil mendakwa beliau dipaksa mengubah akuan bersumpahnya supaya mengaitkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes liwat.
Bercakap dalam sidang media di bilik gerakan induk BN di Kerdau, Rahimi berkata, beliau sudah dua hari berada di DUN itu dan akan memulakan ceramahnya esok.
Beliau bagaimanapun berkata tidak akan mengulas tentang kes liwat - di mana Anwar menjadi tertuduh - kerana ia masih dibicarakan di mahkamah.
Katanya, sambutan setakat ini menggalakkan.
"Tetapi kita tidak boleh pandang mudah sangat sebab sebelum ini menang pun tak banyak sangat," katanya.
Menurutnya, beliau akan mula mendedahkan "hubungan" Anwar dengan Israel.
"Buktinya ada. Saya pun kerja dengan dia," katanya yang mahu mendedahkannya sedikit-sedikit.
Ditanya bila menyertai Umno, Rahimi berkata ia berlaku sejak hari pertama lawan Anwar.
Rahimi juga menafikan dibeli oleh BN sebaliknya berkata, ia soal kesedaran.
Read more >>
Read more...

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata peningkatan harga makanan itu telah menyebabkan kesukaran yang amat sangat kepada kehidupan pengguna.
Katanya kajian yang dijalankan sekitar gerai-gerai di Pulau Pinang itu mendapati kenaikan bukan sahaja membabitkan kedai makanan orang Islam tetapi juga menjejaskan makanan orang Cina dan India.
"Harga kopi dan teh telah meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.
Sehubungan itu, SM Mohamed menggesa kerajaan mempertimbangkan perkara ini dengan serius bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi kenaikan kos.