Powered by Blogger.

F1-DUIT DIUTAMAKAN RAKYAT DIDUNGUKAN

>> Friday 18 September 2009

TEMERLOH, 16 Sept — Kerajaan Malaysia, di bawah teraju Najib Razak semalam mengumumkan bahawa Kerajaan dengan usahasama Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Permotoran Malaysia, Naza Motor dan Air Asia telah menubuhkan pasukan lumba kereta Formula 1 dengan nama 1Malaysia. Pasukan ini akan menyertai sirkit F1 pertamanya pada musim 2010.
Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang dalam reaksinya menyuarakan kegagalan rakyat untuk melihat apakah keperluan untuk membentuk sebuah pasukan lumba kereta yang biayanya sudah pasti mencecah jutaan ringgit dalam suasana ekonomi sekarang. Menurut Nizam, Najib dalam sidang medianya enggan memberitahu jumlah sebenar pelaburan kerajaan dalam projek ini, cuma memaklumkan ia dibuat melalui Proton.

Bagi Nizam yang juga Pemangku Ketua PKR Cabang Temerloh, jawapan Najib itu adalah sikap tipikal kerajaan pimpinan Umno dan BN yang tidak telus dan tidak bertanggungjawab. Tegas Nizam, apa yang beliau nampak melalui tindakan penyertaan kerajaan dalam projek F1 ini hanyalah pembaziran dan tidak memberi manfaat kepada rakyat, bila masa rakyat didahulukan?

Nizam tertanya-tanya siapakah pemberi nasihat kepada Najib yang mencadangkan pembabitan kerajaan dalam projek ini, sedangkan sepengetahuan beliau, Litar Antarabangsa Sepang itu sendiri sehingga ke hari ini menanggung kerugian mencecah jutaan ringgit sejak ia dibina.

Nizam bagaimanapun mengaku yang kerajaan punya hak untuk melaburkan wang yang diamanahkan kepada mereka, tetapi ia mestilah dilakukan secara berhati-hati, kerana wang itu adalah wang rakyat. Tambahan pula keadaan ekonomi sekarang agak tidak menentu, lihatlah keruntuhan Lehman Brothers, ujar Nizam. Nizam juga sempat memberi contoh tindakan terbaru Japan Airlines seperti dilaporkan BBC sedang memotong kos operasi mereka dengan memberhentikan 6,800 orang pekerjanya bagi berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang lemah.

Tentang kewajaran penglibatan kerajaan dalam usahasama projek F1 ini, Nizam mempersoalkan kenapa negara yang lebih maju industri automatifnya di sebelah rantau ini seperti Korea Selatan tidak pula beria-ria dan ghairah untuk sama terlibat dalam lumba kereta. Padahal dari segi keupayaan kejuruteraan dan teknologi, mereka jauh meninggalkan Malaysia.

Pantas Nizam merumuskan, tidak lain tidak bukan, inilah sifir ekonomi Najib, jika rugi sekalipun, rakyatlah yang akan menanggungnya, kerana wang yang dibelanjakan itu bukan milik Najib tetapi datang dari khazanah negara, dalam kes F1 ini, dari kocek Proton, Protonlah yang menjadi mangsa. Akhirnya 1Malaysia terpaksa berjimat, 1Malaysia menanggung beban kos kehidupan yang tinggi semata-mata kerana ego pemimpin negara yang senantiasa memikirkan nafsu megalomaniak mereka.

INI GUA BEMGGANG BEB...BODOH SUNGGUH LA PUAK2 NI...TENGAH2 EKONOMI BERAT ADA JE KERJA BODOOO...PANAS BEB GUA DENGAN PUAK2 BENGGONG NI
Read more >>

Read more...

KALUNGAN SELIPAR UTK CHEDET

>> Thursday 17 September 2009

KUALA LUMPUR 17 Sept. — Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau berkata bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, mungkin tidak mengambil kisah dengan cadangan seorang anggota MIC agar beliau (Dr. Mahathir) dikalungkan dengan selipar.
“Saya tak tahu. Saya ingat dia pun tak kisah, saya tak sempat tanya lagi,” katanya kepada pemberita di sini ketika diminta mengulas respon Dr Mahathir mengenai isu berkenaan.

GUA SOKONG 1000%PASAL BAB NI...KALUNGKAN SELIPAR JEPUN MASJID PUTRAJAYA JE WAKAKAKAKAKAKA...MADEQ2 LU IBARAT ANAK DARA TUA...HABIS MADU SEPAH DIBUANG WAKAKAKAKA
Read more >>

Read more...

7 POLIS MENYAMUN DITAHAN?

JOHOR BAHARU: Tujuh lelaki yang melakukan 21 kes samun jalanan di sekitar bandar raya ini dengan menyamar sebagai pegawai polis berjaya ditahan selepas polis menyerbu dua rumah di Kampung Melayu Pandan dan Taman Bukit Mutiara di sini, semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata semua mereka yang melakukan jenayah itu dalam tempoh empat hari sejak Ahad lalu, ditahan tengah hari semalam selepas polis menubuhkan satu pasukan khas.

INI GUA SOKONG LA KEJE POLIS...BARU NAMPAK KEJE SKIT KAN...JANGAN DUK ASYIK JAGA PEMIMPIN PR JE...NI PESAN GUA KAT POLIS SEMALAYSIA...LU POLIS JANGAN BERAT SEBELAH.
DAN INGAT KATA GUA JANGAN JADI ANJING SURUHAN SUDAH
Read more >>

Read more...

KEKALKAN KAMUNTING

Melihat kini hanya tinggal sembilan sahaja tahanan ISA saja menjadi penghuni Pusat Tahanan Kamunting ada yang mempersoalkan keperluan kerajaan mengekalkan pusat yang asalnya dibina pada zaman darurat dulu.

Namun yang pasti pusat tahanan yang terletak tidak jauh dari bandar Taiping itu akan kekal di situ sebagai satu simbol bagi memerangi sebarang ancaman terhadap keselamatan negara.Itu kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Rabu ketika diminta mengulas mengenai kedudukan pusat berkenaan selepas satu majlis di Putrajaya.

"Kamunting ada di situ ada bersebab kerana ia adalah bagi melindungi sebarang ancaman terhadap keselamatan. Mereka (tahanan yang ada) merupakan ancamana kepada keselamatan," katanya.


ELOK SUMBAT JE PAK2 MENTERI,GENG2 LEMBU NI KAT DALAM,KITA DENGAR APA DIA NAK KATA.TAPI GUA TAK LEH NAK BAYANG MUKA SIBIJAN,MAT PAMPERS,SI BEROK JALANAN NI....!!!

nota:-
layan orang bodo jadi bodo....wakakaka
Read more >>

Read more...

DIGANGGU KERANA MINTA SEBAT

IPOH: Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang mendakwa diganggu pelbagai pihak sejak dijatuhkan hukuman sebat kerana meminum arak, memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang jika mereka terus mengganggu ketenteraman beliau dan keluarganya.
Beliau mengeluarkan notis awal mengenai amaran itu dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Adham & Associate semalam, selepas berasa kedudukan diri dan keluarganya terganggu oleh pelbagai pihak, termasuk mendesaknya merayu supaya tidak dikenakan hukuman sebat yang bakal dilaksanakan selepas Aidilfitri.

Bagi menjaga kepentingannya, Kartika Sari, 32, melantik lima peguam sivil dan syarie, daripada firma berkenaan, iaitu Marlina Amir Hamzah, Adham Jamalullail Ibrahim, Siti Razasah Abd Razak, Zainul Rijal Abu Bakar dan Mohamed Haniff Khatri Abdullah.
Read more >>

Read more...

RASUL MELAYAU DITAHAN

>> Wednesday 16 September 2009

SHAH ALAM: Selepas lebih tiga tahun melarikan diri daripada dibicarakan atas tuduhan mengaku sebagai Rasul Melayu, menyebarkan doktrin palsu, menghina Islam, dan menghina pihak berkuasa Islam, akhirnya Abdul Kahar Ahmad ditahan, pagi tadi.
Tertuduh ditahan sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas melarikan diri ke rumah barunya di Sungai Long, Kajang.

LAMANYA....ZAMAN TOYO DULU JAIS TAK KERJA KE.....MACAM2
Read more >>

Read more...

7 TAHUN MERANA KINI BEBAS

Setelah tujuh tahun menyambut Syawal tanpa bersama keluarga, Mat Sah Mohamad Satray - yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam - bersyukur kerana dapat meraikan hari mulia itu kali ini di samping keluarga tercinta.

"Saya tak sabar-sabar untuk berjumpa dengan anak tunggal saya yang kini berusia 16 tahun. Masa saya tinggalkan dia, dia baru berusia 9 tahun.

"Rasanya banyak yang berubah. Tengoklah, saya pun dah berjambang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah bapanya di Ampang, Selangor.
Difahamkan, isteri (foto, kiri) dan anaknya kini berada di Sabah.

Menurut Mat Sah, beliau dimaklumkan tentang pembebasannya Sabtu lepas.

Mat Sah ditahan di bawah ISA kerana terlibat dengan gerakan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) pada April 2002.
Read more >>

Read more...

''WIRA KASUT''SEMBUNYI SELAMATKAN DIRI

BAGHDAD: Wartawan Iraq yang dipenjara kerana membaling kasut ke arah bekas presiden Amerika Syarikat, George W Bush dibebaskan semalam, tetapi kini meninggalkan Baghdad kerana bimbang keselamatan nyawanya.
Muntazer al-Zaidi yang menjadi hero dunia Arab selepas membaling kasutnya ke arah Bush 14 Disemer tahun lalu, tampil buat pertama kali dengan kehilangan gigi depannya.

Beliau memberitahu wartawan bahawa ketika di dalam penjara beliau didera termasuk menggunakan kejutan elektrik.


BILA BENDA NI NK BERLAKU KAT ONE MALAYSIA AGAK2 NYA?
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER