Bila umno dipenghujung hayat kata2 menjadi bahan ketawa
>> Thursday, 24 November 2011
KOTA BHARU - Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika Pas dan UMNO boleh menjadi satu pasukan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.
"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis yang diadakan sempena lawatan sehari Muhyiddin ke Kelantan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan Dan Dakwah Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Muhyiddin berkata dengan kerjasama sebagai satu pasukan itu, ia akan memudahkan lagi segala urusan pentadbiran dan politik tanpa sebarang masalah.
Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.
Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan.{sinar}
Ulasan Admin:-
Manusia bila terdesak dengan orang gila depa sanggup mengaku saudara terdekat janji org gila itu berharta yg diwarisi oleh pusaka.umno sudah terlanjang berbogel tunggu masa untuk ditalkin kan ajer.apa masalah dalaman atau luaran umno yang tak terbongkar,umno dengan kata pendek complete set ada pada batang tiang benderanya rasuah, bunuh,zalim atau habiskan duit rakyat.bila anak muda dah bangkit kesedaran baru teringat kat PAS nak bersatu.adakah sejarah 1969 perikatan akan berulang kembali???
Kalau nak persoal isu melayu negeri kelantan MB melayu kamu patut tolong tanpa diskriminasi selangor MB melayu so kenapa mengkucar kacirkan negeri2 melayu.jangan menipu umno rakyat skang tak macam zaman mahathir.maklumat di button mouse.