Powered by Blogger.

saya dipukul menggunakan pistol oleh polis

>> Saturday, 19 May 2012


Ini yang dikatakan ikut SOP



KUALA LUMPUR 19 Mei: “Saya dipukul dengan pistol oleh polis yang beruniform. Akibatnya, saya mengalami kecederaan di dada dan berbekas hingga ke hari ini,” kata Mohd Saufi, 26, yang berasal dari Pulau Pinang.Mohd Saufi yang ketika itu sedang berjalan pulang dari himpunan Duduk Bantah 28 April lalu, ‘dikeroyok’ sekumpulan anggota polis di hadapan bangunan Bank OCBC, Jalan Tun Perak, kira-kira jam lima petang.

“Saya dipijak dan ditumbuk hingga jatuh. Hidung saya berdarah dan mata luka,” kata Saufi.
Beliau antara 19 mangsa keganasan polis  yang tampil dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.

Manakala Lee Teck Yai, 39, seorang ejen insuran yang berasal dari Kuala Lumpur, mendapat lima jahitan di belakang telinga, selain lebam di muka dan badan selepas ditolak oleh Polis dari tangga LRT Masjid Jamek.

“Kira-kira jam enam petang, saya hendak pulang ke Pandan Jaya. Saya lihat ada keganasan oleh Polis terhadap peserta himpunan, lalu saya merakam aksi tersebut.

“Anggota Polis yang nampak tindakan saya menyerbu untuk menahan. Mereka paksa saya ikut. Ketika sedang dibawa untuk ditahan, saya ditumbuk, ditendang dam ditolak hingga jatuh,” jelas Lee.

Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais menjelaskan, tindakan ganas tersebut dirancang, berdasarkan pengesahan mangsa bahawa anggota Polis yang memukul mereka tidak mempunyai nama dan nombor anggota di uniform mereka.

“Mereka juga secara tersusun merampas kamera dan kad memori bertujuan menghilangkan bukti,” tegas Hishamuddin.

Sehingga kini, Bersih bersama Suaram, Jawatankuasa Hak Asasi KLSCAH dan Lawyer For Liberty telah mendokumentasi 80 kes keganasan Polis terhadap peserta himpunan ‘Duduk Bantah’ sini

Contoh video kekejaman polis bersih 3

p/s: try pukul hishamuddin dgn cotta apa macam?
Read more >>

Read more...

Tamparan lebih hebat buat umno, kini di Sabah


Gua cabar tv perdana haram jaddah najib siarkan malam ini



BUKIT GARAM : Demi membela maruah rakyat Sabah yang terhina di bawah pemerintahan UMNO dan BN, Bekas Ketua Anak Negeri N48 Sukau, Sairin Muyong bertindak keluar UMNO dan menyertai PAS bersama 23 orang penyokongnya.

Borang penyertaan Sairin dan penyokongnya diserahkan kepada Bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Sapawi di rumahnya di Kg Bukit Garam.
Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Kinabatangan, Innah Tuton turut menyampaikan ucapan dalam majlis ringkas tersebut melahirkan rasa bangga atas penyertaan Sairin yang diyakini bakal memperkukuhkan PAS Kawasan Kinabatangan.

“Rakyat Sabah sering dipermainkan oleh pemimpin BN bermula zaman Tun Datu Mustapa sehinggalah kini dengan janji-janji pembangunan yang mengkayakan pemimpin tertentu sahaja. Rakyat Sabah terus hidup melarat dihimpit kemiskinan,” jelas Sairin yang juga bekas Setiausaha Parti Berjaya Kinabatangan.

Ketika ditanya, penyertaannya ke dalam PAS kerana berminat untuk menjadi calon PAS di N48 DUN Sukau, Sairin menafikan dakwaan itu kerana PAS sebuah parti yang cukup cermat dalam pemilihan calon dan matlamat perjuangannya adalah jelas untuk Islam.

Penyertaan beliau adalah untuk mencari redha Allah dengan baki kesihatan yang dianugerahkan Allah ini, namun Sairin berjanji akan bersungguh-sungguh menggunakan pengalaman politiknya untuk membantu PAS dalam pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Bekas Ketua Cawangan UMNO itu juga melahirkan keyakinan kepada PAS yang dilihat lebih telus dalam pengurusan dan sentiasa mendidik pemimpin dan ahlinya supaya amanah dalam memikul tanggungjawab Negara, di samping keikhlasan ahlinya berkorban untuk meninggikan syiar Islam.

Ketika menyerahkan borang keahliannya kepada Ustaz Azman, Sairin berkata, “saya menyerahkan borang ini berserta dengan jiwa dan raga saya kepada perjuangan Islam yang dibawal oleh PAS,” lalu disambut dengan laungan takbir oleh hadirin yang hadir.

Sementara itu, Ustaz Azman turut melahirkan kegembiraan atas kesediaan Sairin dan penyokongnya untuk menyertai PAS. Senario penyertaan masyarakat kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin rancak, bahkan di mana-mana yang beliau pergi, masyarakat akan bertanya tentang tarikh pilihanraya. Ini membuktikan rakyat sudah muak dengan UMNO BN dan sudah tidak sabar-sabar untuk menguburkan parti yang memerintah sekarang ini.

Menurut Ustaz Azman lagi, rakyat semakin takut dengan gaya pemerintahan BN yang boros dan bocor di mana-mana.

“UMNO BN bergaduh dengan semua peringkat masyarakat, bermula dengan pelajar university sehinggalah peneroka FELDA sehingga tergamak mengeluarkan kata-kata kesat kepada peneroka FELDA,” jelas Ustaz Azman lagi. sini

p/s: Apa tinggal dalam umno hanya lembu2 NFC . 27 tahun bersama umno kini keluar parti sini
Read more >>

Read more...

Tv3 pengecut dayus tak lapor berita ini


Perdana menteri pertama diburu polis international.




Media antarabangsa melaporkan, Mahkamah Perancis memulakan perbicaraan rasuah USD200 juta (RM800 juta) pembelian dua kapal selam dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Laporan daripada The Vancouver Sun itu menyebut Hakim Roger Le Loire dan Tournaire Serge, yang sangat berpengalaman dalam penyiasatan kes rasuah dan hak asasi manusia, cuba mendapatkan bukti jika syarikat pembuat kapal Perancis DCNS membayar rasuah untuk mendapatkan kontrak membekalkan dua kapal tersebut kepada tentera laut Malaysia.

Siasatan mereka akan mengambil masa dua tahun dengan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.

“Perjanjian itu dilakukan ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian difokuskan kepada peranan yang dimainkan oleh rakan rapat Najib dan penasihat dasar, Abdul Razak Baginda,” laporan itu dipetik.

Laporan itu juga menyebut, mahkamah mahu mendapatkan bukti mengenai pembayaran USD46 juta kepada syarikat Terasasi milik Abdul Razak dan bapanya,  Abdul Malim Baginda yang pada asalnya diperbadankan di Malaysia, tetapi kemudian didaftarkan di Wan Cai, Hong Kong.

The Vancouver Sun menyebut, dalam surat tulisan tangan yang ditemui selepas kematian model Mongolia itu berkata, Altantuya berhasrat berjumpa Razak Baginda untuk menuntut USD500,000 sebagai komisen perjanjian Scorpene.

Laporan itu dipetik berkata, Razak Baginda dan dua pengawal peribadi Najib iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, telah didakwa membunuh Altantuya. Bagaimanapun, Razak kemudiaannya dibebaskan tanpa perlu membela diri. Azilah dan Sirul pula dijatuhi hukuman mati.

“Mereka merayu keputusan itu, tetapi perbicaraan ditangguhkan. Ramai meramalkan rayuan tidak akan didengar selepas pilihan raya yang dijangka pada Jun (ini),” kenyataan itu dipetik.

The Vancouver Sun adalah akhbar harian utama di British-Columbia, yang dimiliki syarikat Rangkaian Postmedia, berpangkalan di Kanada. Rembat sini

p/s: Muhyiddin yasin tersenyum lebar
Read more >>

Read more...

selama 27 tahun bersama umno akhirnya ditinggalkan juga

Berita tak keluar di tv3



BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.

“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir. Rembat sini

“Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat. video

p/s: Parti lebih 50 tahun gagal menolong orang melayu? ini sah tak dapat projek<---- kata ahli umno ..kahkahkah tahniah2

Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER