Powered by Blogger.

saya dipukul menggunakan pistol oleh polis

>> Saturday, 19 May 2012


Ini yang dikatakan ikut SOP



KUALA LUMPUR 19 Mei: “Saya dipukul dengan pistol oleh polis yang beruniform. Akibatnya, saya mengalami kecederaan di dada dan berbekas hingga ke hari ini,” kata Mohd Saufi, 26, yang berasal dari Pulau Pinang.Mohd Saufi yang ketika itu sedang berjalan pulang dari himpunan Duduk Bantah 28 April lalu, ‘dikeroyok’ sekumpulan anggota polis di hadapan bangunan Bank OCBC, Jalan Tun Perak, kira-kira jam lima petang.

“Saya dipijak dan ditumbuk hingga jatuh. Hidung saya berdarah dan mata luka,” kata Saufi.
Beliau antara 19 mangsa keganasan polis  yang tampil dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.

Manakala Lee Teck Yai, 39, seorang ejen insuran yang berasal dari Kuala Lumpur, mendapat lima jahitan di belakang telinga, selain lebam di muka dan badan selepas ditolak oleh Polis dari tangga LRT Masjid Jamek.

“Kira-kira jam enam petang, saya hendak pulang ke Pandan Jaya. Saya lihat ada keganasan oleh Polis terhadap peserta himpunan, lalu saya merakam aksi tersebut.

“Anggota Polis yang nampak tindakan saya menyerbu untuk menahan. Mereka paksa saya ikut. Ketika sedang dibawa untuk ditahan, saya ditumbuk, ditendang dam ditolak hingga jatuh,” jelas Lee.

Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais menjelaskan, tindakan ganas tersebut dirancang, berdasarkan pengesahan mangsa bahawa anggota Polis yang memukul mereka tidak mempunyai nama dan nombor anggota di uniform mereka.

“Mereka juga secara tersusun merampas kamera dan kad memori bertujuan menghilangkan bukti,” tegas Hishamuddin.

Sehingga kini, Bersih bersama Suaram, Jawatankuasa Hak Asasi KLSCAH dan Lawyer For Liberty telah mendokumentasi 80 kes keganasan Polis terhadap peserta himpunan ‘Duduk Bantah’ sini

Contoh video kekejaman polis bersih 3

p/s: try pukul hishamuddin dgn cotta apa macam?

2 comments:

Anonymous,  Saturday, May 19, 2012  

semua polis2 tu memang dungu...keturunan bodo..

Anonymous,  Sunday, May 20, 2012  

bersih lg trok r , bersih lancau.

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER