Powered by Blogger.

PKR BUAT HAL LAGI

>> Thursday 29 October 2009

ALAHAI BADRUL,BRERAPA DAPAT?

Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

Badrul menang kerusi DUN Pelabuhan Klang dalam pilihan raya umum dengan majoriti 4,407 undi, ekoran rasa tidak puashati terhadap bekas ADUN kontroversi Umno, Datuk Zakaria Md Deros.

Badrul merupakan ADUN pembangkang kelima yang keluar parti, selepas tiga ADUN di Perak (dua PKR, satu DAP) dan seorang lagi ADUN PKR di kedah dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Sidang akhbar Badrul
Tindakan Badrul Hisham ini mencemarkan lagi imej PKR yang kini sedang bergelut dengan beberapa konflik dalaman yang negatif berhubung kepemimpinan di Sabah dan juga spekulasi peletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Badrul Hisham berkata keputusan beliau keluar PKR berkuatkuasa serta merta dan kini menjadi wakil rakyat bebas yang 'mesra' BN.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan meletak jawatan, kerana menurutnya, PKR tidak boleh memaksanya berbuat demikian.

Sebaliknya, Badrul Hisham berkata beliau adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Badrul juga menafikan beliau terbabit dalam kemalangan dan sedang menjalani rawatan psikitrik sehingga tidak mampu menjaga kawasan pilihan rayanya.

Badrul menuding jari kepada Menteri Besar selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang didakwanya turut mencabar kapasiti mentalnya.

Beliau yang membaca kenyataan yang telah disediakan berkata tindakan Khalid itu, sebagai seorang ketua PKR, adalah tidak bermoral.

Badrul juga menafikan bahawa beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab dari Khalid.

Sebaliknya, beliau mendakwa telah menjawab surat tunjuk sebab itu pada 2 September.

Badrul berkata, beliau ada pengesahan penerimaan surat jawapan itu dari pejabat Khalid serta setiausaha agung PKR.

Oleh itu, katanya, menteri besar Selangor itu tidak ada hak untuk membuat tuduhan seumpama itu.

Dalam sidang akhbar itu, Badrul ditemani oleh isterinya yang berkaca mata hitam dan bekas setiausaha PKR Selangor, Nizam Rosli yang rapat dengan bekas ketua Pemuda PKR yang kini menyerta Umno, Mohd Ezam Noor.

Badrul mengadakan sidang akhr itu beberapa jam selepas Khalid mencadangkan kepada PKR supaya meminta Badrul melepaskan jawatan ADUN kerana didakwa prestasinya tidak baik.
Read more >>

Read more...

MENANTI DGN PENUH DEBARAN

>> Wednesday 28 October 2009

APAKAH BERLAKU DALAM PAS MALAM INI?

Oct 28 — Mulai Jam 8.30 malam ini, para pemimpin utama PAS akan berhimpun di Tingkat 5, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Mereka akan berhimpun untuk menyertai satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat yang dipanggil presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang menjadi tumpuan malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah menulis dalam blognya mengkritik pimpinan utama PAS dan mencadangkan agar diadakan satu muktamar khas untuk menukar mereka.

Beliau yang berlepas dari Kota Bharu petang tadi dijangka akan menyertai mesyuarat ini walaupun pada awalnya tidak bercadang untuk berbuat demikian.

Bahkan beliau telah memberikan pesanan kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS, apa yang hendak beliau sampaikan kepada pucuk pimpinan PAS.

Namun, selepas dinasihatkan oleh para pegawainya, Nik Aziz akan menyertai mesyuarat pada malam yang dipengerusikan oleh Abdul Hadi sebagai presiden PAS.

Turut serta dalam mesyuarat ini adalah semua AJK PAS Pusat dari presiden, timbalan, naib-naib presiden, ketua-ketua dewan dan AJK yang lain. Di samaping mereka, sebagaimana biasa, turut serta dalam mesyuarat ini adalah 13 para pesuruhjaya PAS negeri-negeri.

Apakah yang akan berlaku malam ini? Inilah yang hendak diketahui oleh semua mereka yang berada di luar bahkan yang bakal berada dalam mesyuarat ini.

Menurut kebiasaannya, sebagai pihak yang memulakan sepak bola isu ini, Nik Aziz dijangka akan memberikan penjelasan kenapa beliau menulis sedemikian.

Kenapa beliau mencadangkan presiden, timbalan dan setiausaha agung PAS ditukar.

Sudah tentu Nik Aziz akan memberikan sebab-sebabnya yang sehingga kini orang luar hanya boleh meneka sahaja. Misalnya, Nik Aziz marah cara para pimpinan PAS mengendalikan isu Datuk Dr Hassan Ali di Selangor.

Pokok isu kini adalah apakah Nik Aziz berjaya mendapatkan apa yang disebutkan dalam blognya iaitu satu muktamar khas untuk menukar pimpinan PAS yang ada.

Nampaknya, berdasarkan mood yang ada, amat sukar. Bukan kerana mereka tidak bersetuju dengan pandangan Nik Aziz itu tetapi persoalannya siapakah ganti kepada Abdul Hadi misalnya.

Apakah orang itu terlebih baik dari Abdul Hadi. Menurut Prof Abdul Aziz Bari, sebagaimana yang dinyatakan dalam tulisan asal yang menjadi rujukan Nik Aziz, Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah lebih baik dari Abdul Hadi berdasarkan kerajaan Kedah lebih baik dari kerajaan Terengganu pimpinan Abdul Hadi dahulu.

Benarkah begitu? Adakah ahli mesyuarat ini akan bersetuju jika dibawa pandangan sebegitu. Adalah diyakini, jika mengundi, akan terlebih ramai ahli mesyuarat ini akan memihak kepada Abdul Hadi.

Namun begitu, sebagaimana yang dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya baru-baru ini, jarang sekali pengundian berlaku dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka akan cuba mencapai kata sepakat dalam membuat sesuatu keputusan bukannya mengundi.

Ramai juga yang menimbulkan persoalan, kalau begitu apa yang akan dicapai dalam mesyuarat ini. Adalah diyakini, dalam mesyuarat ini yang dicari mereka adalah kata sepakat. Untuk itu, sebagaimana keputusan mesyuarat Dewan Pemuda PAS malam tadi, mereka akan berterus terang malam ini.

Pokoknya adalah pendekatan yang PAS mahu ambil dalam menentukan halatuju parti. Hendak berbaik-baik dengan Umnokah sebagaimana yang digembar-gemburkan atau benar-benar memperkuatkan Pakatan Rakyat.

Adalah diyakini, PAS akan berpendirian memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang diputuskan muktamar yang lalu dan mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba mendekati Umno.

Kalau benarlah ini yang dicapai, Nik Aziz akan berpuashati dan tidak perlulah muktamar khas itu.
Read more >>

Read more...

BERBAIK SANGKALA

>> Monday 26 October 2009

SORANG MAIN RAGBI SORANG MAINBOLA JARING

Bagaimanakah PAS akan menyelesaikan persoalan yang berbangkit dalam parti itu sekarang? Inilah soalan yang dibangkitkan oleh banyak pihak ekoran kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bagi saya kita kena kembali kepada pokok masalahnya. Apa masalahnya sehingga Nik Aziz membuat kenyataan dan cadangan sedemikian.

"Bagi saya kerana beliau tidak berpuashati dengan cara pemimpin PAS mengendalikan isu di Selangor. Kalau begitu selesaikan isu di Selangor," kata seorang penganalisa.

Bagi beliau, sebagaimana ramai pihak di luar PAS, Nik Aziz sangat risau dengan apa yang berlaku di Selangor. Ia telah menghasilkan satu persepsi umum yang kurang baik kepada PAS.

Ia bermula dengan siri-siri kenyataan dan pendirian Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dalam hal ehwal Selangor.

Yang terakhir adalah serangan Hassan, exco kerajaan negeri Selangor ke atas Selcat yang ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menghadapi serangan ke atas kerajaan negeri itu.

Mereka beranggapan, Umno telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menekan pimpinan kerajaan negeri Selangor.

Padahal, yang paling banyak membuat penyelewengan adalah kerajaan Selangor yang dipimpin oleh BN sebelum ini. Antaranya menghabiskan peruntukan kerajaan negeri untuk setahun dalam tempoh tiga bulan sahaja iaitu habis pada Mac 2008 sahaja.

Ini semua didedahkan dalam sidang Selcat yang dipimpin oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chan Kim.

Hasan melalui satu sidang medianya telah menyerang cara Selcat mengendalikan penyiasatan awamnya sehingga memalukan pegawai kerajaan yang memberikan keterangan dalam sidang Selcat.

Padahal, sebagai Exco, Hasan boleh bangkitkan rasa tidak puashati beliau itu dalam mesyuarat Exco yang diadakan saban minggu. Ini tidak, dalam mesyuarat Hasan hanya mendiamkan diri tetapi cukup hebat dalam membuat kenyataan-kenyataan media.

Apabila Hasan menyerang Selcat melalui media, sudah pasti rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat di Selangor akan marah. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika bercakap dengan wartawan Singapura tidak memberikan ulasan pedas tetapi berkata:

"Inilah masalah kami. Kami main bola tetapi tiba-tiba ada antara ahli pasukan kami main ragbi," katanya.

Khalid juga telah menghantar satu surat khas kepada Presiden PAS berkaitan dengan isu ini.

Apa yang berlaku di Selangor telah memberikan signal yang negatif terhadap PAS dalam bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan. Dalam masa yang sama, apa yang berlaku di negeri ini juga menjadi contoh penting kepada seluruh negara.

Ia disahkan lagi melalui keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang apabila PAS kalah teruk di situ. Antara puncanya kerana dikatakan pengundi Cina dan India tidak memberikan sokongan penuh kepada calon PAS. Dengan mudah jari ditunjukkan kepada Hassan Ali sebagai puncanya.

Kalau begitu, apa pula yang Nik Aziz marahkan kepada pimpinan PAS. Nik Aziz marah kerana beliau melihat para pemimpin PAS yang ada semacam membela Hasan pula. Ini kerana, bagi beliau, semua pemimpin kanan PAS yang ada sekarang rakan sepasukan Hasan dalam isu kerajaan perpaduan.

Bahkan pihak yang dianggap sebagai musuh Hasan dalam politik Selangor, iaitu Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam diserang oleh pemimpin PAS dalam beberapa siri mesyuarat Pakatan Rakyat.

Kalau begitu bagaimana cara menyelesaikan perkara ini? Mesyuarat agung luar biasa yang bakal berakhir macam MCA atau bertindak tanpa perlukan mesyuarat sebegitu.

Menurut seorang ahli Parlimen PAS di Selangor, sesaorang harus di hukum dan bertanggungjawab ke atas segala masalah ini untuk mempastikan semua yang lain termasuk nama baik parti terselamat. Beliau mencadangkan, Hasan Ali yang mesti dihukum.

Beliau mencadangkan agar Hasan melepaskan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri Selangor kerana nampak sangat beliau tidak boleh lagi bekerja dalam pasukan Pakatan di Selangor.

"Dia sudah main ragbi ketika ahli pasukan lain main bola. Jadi dia yang kena kad merah," kata beliau.
Read more >>

Read more...

SIAPA DALANGI TGNA

ANA DAH TUA

“Saya dah tua tak perlu jadi didalangi orang dah. Seperti yang saya katakan saya hanya hendak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila bila. Masalah letak jawatan tu… Selagi umur saya ada, banyak lagi perkara yang belum berakhir.”

Inilah penegasan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beberapa kenyataan kononnya bukan Nik Aziz yang membuat kenyataan agar diadakan satu mesyuarat khas untuk menukar kepimpinan partinya.


Nik Aziz menafikan tuduhan kononnya dia telah didalangi pihak tertentu dalam membuat kenyataan atau cadangan tersebut dan tindakannya itu adalah sebagai tindakan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan.

Antara yang membuat kenyataan seolah-olah Nik Aziz hanya membuat kenyataan berdasarkan pandangan orang lain adalah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir yang tidak percaya kenyataan itu datang dari Nik Aziz sendiri.

Harun berkata, beliau tidak percaya Nik Abdul Aziz yang menulis di dalam blog berhubung muktamar khas itu.

“Setakat ini saya masih tak percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz buat keputusan seperti itu,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di Dewan Banat Maahad Darul Quran, Rusila, petang ini.

Katanya, walaupun perkara itu terdapat di dalam blog tok guru, namun siapa sebenarnya yang menulis tidak diketahui.

“Saya tak percaya tok guru kata. Saya rasa bukan tok guru (tulis). Saya kenal tok guru,” ujarnya.

Baginya, dengan kecanggihan yang ada sekarang, sesiapa sahaja boleh menulis dan memasukkannya ke dalam blog Menteri Besar Kelantan itu.

Kenyataan kedua-duanya membayangkan seolah-olah Nik Aziz dipergunakan oleh sesetengah pihak yang rapat dengan beliau untuk membuat kenyataan sebegitu. Yang menjadi sasaran adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dianggap sangat rapat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

Ketika ditanya media mengenainya, Nik Aziz menegas, beliau sudah tua dan tidak perlu jadi dalang orang.

Beliau memberitahu, apa yang diluahkan tidak ubah sebagai melontarkan buah pikiran demi menjaga keluhuran parti kerana parti PAS adalah sebuah parti yang dihormati oleh seluruh masyarakat.

Dan umumpun sudah maklum bahawa PAS sebelum ini memang bertindak dalam membuat sesuatu keputusan ialah secara kolektif iaitu malaui Majlis Syura yang juga berfungsi sebagai tempat membuat dasar.

“Jadi kalau ada orang yang tidak setujupun tidak mengapa, saya tidak kecewa. Saya Cuma beri idea bila timbul sesuatu yang memaksa saya buat begitu,” katanya yang juga sedikitpun tidak merasa kesal terhadap penolakan PAS Selangor mengenai cadangan itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian masjid baru, masjid Nuraini di Pasir Hor, dekat sini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen.

Semasa menjawab soalan media kemungkinan menarik balik cadangan itu atau mungkin ada pendekatan lain dalam usaha menjernihkan keadaan Nik Aziz yang juga Menteri Besar tetap bertegas tidak ada sebab untuknya menarik balik kenyataan itu kerana baginya ia adalah realiti di dalam PAS, dan juga tidak ada pendekatan lain perlu dilakukan kerana ia adalah hanya satu teguran, bukan satu perbalahan.

Dalam pada itu Nik Aziz yakin perkara yang berbangkit itu adalah bukan satu gambaran konflik dalaman membawa kepada perpecahan PAS.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berharap perkara tersebut tidak dimanipulasikan oleh semua pihak termasuk ahli PAS sendiri sebelum kenyataan rasmi parti dikeluarkan.

Selari dengan kenyataan Nik Aziz, beliau juga menafikan wujudnya perpecahan di dalam parti.

“Saya rasa tidak ada isu dalaman parti” jelasnya ringkas sambil memaklumkan akan membawa amanah Nik Aziz berhubung perkara berkenaan kepada parti samaada presiden ataupun pucuk pimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat ini.
Read more >>

Read more...

BILA TUAN PRESIDEN BERBICARA

SELESAIKAN EGM SECARA MUSYAWARAH

KUALA LUMPUR, 25 Okt- Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya dalam kenyataan media di sini, pada hari Ahad.

Ini merupakan kenyataan pertama Abdul Hadi selepas Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan dalam blognya, www.bloktokguru.com supaya Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya itu ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Abdul Hadi berkata beliau telah pun mengarahkan Mustafa supaya menentukan tarikh yang sesuai dalam masa terdekat untuk diadakan mesyuarat bagi membincangkan permasalahan yang timbul.

"Kita berdoa agar Allah sentiasa memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti," katanya.

Cadangan Nik Abdul Aziz itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada anggota parti itu, manakala individu-individu yang dikaitkan sebagai 'pemimpin bermasalah' setakat ini mengambil pendekatan sama ada untuk berdiam diri atau mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenyataan berkenaan.

Naib Presiden parti itu Salahuddin Ayub pula hari ini dilaporkan berkata isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana parti itu sebaliknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu dalaman parti seperti yang disarankan Nik Abdul Aziz dalam pertemuan mereka di Kota Baharu semalam.
Read more >>

Read more...

BAJET NAJIB ATAU 2010

>> Friday 23 October 2009

BAJET 2010 BUKTI KERAJAAN UBN GULA2 RAKYAT

KUALA LUMPUR: Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah "Bajet Untuk Rakyat" yang jelas membuktikan komitmen kerajaan ke arah mengutamakan kebajikan rakyat.

Ia turut memberi manfaat kepada golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana serta menyediakan peruntukan besar kepada bidang pendidikan, pertanian, infrastruktur dan kesihatan dan secara tidak langsung memberi banyak faedah kepada negeri-negeri.

MAKA MENTERI BESAR HARAM PUN BODEK....ALI AL-KETAMI AL-RASUAHI MULA BERKOKOK SEDANGKAN EKOR PENUH DGN TAHI... ISA AL PERLISI AL-SABU TURUT SERTA DALAM UPACARA PEMBODEKKAN SEDUNIA HARI INI...RM191 BILLION UNTUK AKU RM0.5 BILLION KRONI MAAAA...
Read more >>

Read more...

TERGEMPAR-TERGEMPAR

TGNA SYORKAN ADA PEMILIHAN PUCUK PIMPINAN PAS BARU

KUALA LUMPUR, Okt 23 — Cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk menentukan hala tuju kepimpinan PAS dipercayai ekoran kekesalan pemimpin veteran PAS itu terhadap apa yang berlaku di Selangor.

"Saya percaya Nik Aziz sangat kesal dengan apa yang berlaku di Selangor. Yang lebih dikesalinya adalah beliau tidak nampak ada sebarang kenyataan apatah lagi tindakan dari pemimpin PAS terhadap Hasan Ali yang menggoncang kerajaan Selangor dari dalam itu. Padahal muktamar PAS telah memutuskan untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat.

"Ia menjadi semakin parah apabila PAS kalah di Bagan Pinang. Salah satu puncanya dikatakan kerana kekurangan sokongan orang bukan Islam. Salah satu puncanya pula dikatakan kerana mereka tidak berpuashati dengan apa yang berlaku di Selangor," kata seorang penganalisa politik PAS.

Beliau mengulas tulisan Nik Aziz dalam blognya semalam. Nik Aziz dalam tulisan itu mencadangkan agar diadakan satu mesyuarat agung khas untuk memilih kepimpinan PAS yang baru.

Tulisan Nik Aziz dipercayai dibuat bagi mengulas tulisan Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam sebuah akhbar harian yang melebelkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebagai pro Umno.

Ekoran itu, Aziz mencadangkan agar PAS membuat perubahan pimpinan dan mencadangkan nama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak sebagai ganti Abdul Hadi kerana bagi beliau Azizan lebih terbuka dan PAS Kedah pula lebih tersusun berbanding PAS Terengganu.

Tulisan Aziz diserang hebat oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam web PAS, Harakahdaily. Harakahdaily juga menyiarkan tulisan sebuah badan PAS dari Terengganu yang juga menyerang Aziz.

Semalam, Harakahdaily menyiarkan pula tulisan yang pro kepada Aziz yang dibuat oleh AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin. Tulisan Hanipa mengambil sikap terbuka dengan tulisan Aziz sebagai satu kritikan untuk mematang dan membetulkan PAS.

"Saya yakin Nik Aziz kesal dengan apa berlaku di Selangor dan dia tidak lihat apa pemimpin PAS yang ada buat untuk membetulkannya," kata penganalisa itu.

Sementara itu, menurut sumber, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menghantar sepucuk surat kepada Abdul Hadi dan lain-lain pimpinan utama Pakatan Rakyat untuk memperbetulkan apa yang berlaku di Selangor.

Beliau dikatakan merujuk kepada kes Hasan Ali dan meminta PAS khasnya membuat satu Standard Operating Procedure (SOP) dalam kes membuat kenyataan akhbar di kalangan pimpinan parti untuk mengelakkan pertembungan berlaku lagi di kalangan pimpinan Pakatan.

Namun, The Malaysian Insider difahamkan, Abdul Hadi belum menjawab surat itu dan pejabat MB Selangor dikatakan ternanti-nanti apakah reaksi PAS terhadap surat itu.

Namun begitu, The Malaysian Insider di fahamkan, tindakan telah diambil oleh PAS melalui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya bersama Abdul Hadi dan Lim Kit Siang telah memberikan amaran agar para pimpinan Pakatan Rakyat berhati-hati dalam membuat kenyataan media.

Beliau meminta agar semua masalah sesama mereka diselesaikan menerusi mekanisma Pakatan.

Menurut sumber, Pakatan Rakyat telah menubuhkan Majlis Bersama Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh 33 anggota iaitu 11 dari setiap parti.

Ia juga akan ditubuhkan di peringkat negeri untuk menjadi platform antara mereka.
Read more >>

Read more...

APA UMNO NAK KATA

>> Thursday 22 October 2009

AZIZ BARI: HUJAH BN PERTAHANKAN SPEAKER HARAM GANESAN TUNGGANG LANGGANG-malaysiabebas

KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Barisan Nasional (BN) cuba menegakkan benang basah apabila memberikan pelbagai hujah Dato' R. Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri(Dun) Perak yang sah.

Lebih malang lagi katanya mahkamah mengesahkan tindak tanduk BN menjadikan kuasa mahkamah itu juga agak 'tunggang langgang'.

"Sewaktu Speaker Sivakumar menggantung Dato' Zambry Abdul Kader dahulu, BN menyatakan mahkamah boleh campur tangan dalam isu tersebut. Tetapi apabila timbul isu R. Ganesan ini, pihak mahkamah mengatakan tidak boleh campur tangan isu ini.

"Jadi, mana satu yang betul? Mahkamah mengatakan boleh campur tangan apabila hanya boleh memenangkan BN. Kita tidak mahu mengatakan BN berat sebelah tetapi itulah perkara yang berlaku. Sebenarnya apa yang betul ialah mahkamah tidak boleh campur tangan,"katanya sewaktu dihubungi Harakah.

Jelas Aziz, tidak ada satu masa pun menununjukkan berlaku kekosongan Speaker Dun Perak. Malah katanya, tidakan mengusung keluar Sivakumar tidak menandakan Speaker Dun Perak itu tidak sah. Situasi ini menegaskan lagi pelantikan Ganesan adalah tidak sah.

"Ketidaksahan itu berkait-kait daripada istana, daripada SUK dan daripada polis kerana masalah pencerobohan sewaktu sidang Dun dan Speaker Sivakumar diangkat keluar oleh pegawai polis.

"Daripada segi tindakan pihak polis yang menceroboh, tindakan itu memang tidak boleh dan polis telah melakukan jenayah. Dan daripada sudut lain, apakah perkara yang boleh menyatakan Ganesan sah sebagai Speaker sedangkan daripada awal lagi beliau tidak sah sebagai Speaker. Ini kerana pelantikan sebagai Speaker harus dibuat melalui pemilihan,"katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menegaskan Ganesan juga telah melanggar undang-undang kerana masih mengamalkan karier guamannya sewaktu 'dilantik' sebagai Speaker.

"Sudahlah dia melanggar undang-undang, pelantikannya juga tidak sah. Dalam erti kata lain Ganesan ini memang bukan Speaker Dun Perak. Dan Sivakumar masih Speaker yang sah.

"Oleh kerana beliau dihalang daripada melaksanakan tugasnya, sama ada di bawah pokok atau di hotel, persidangan tersebut tetap sah. Malah prosiding mahkamah juga pernah diadakan di dalam hospital dan ia tetap sah,"tegasnya.
Read more >>

Read more...

RAKYAT SEMAKIN BINGGUNG

HARGA MINYAK MENTAH CECAH AS$82 SETONG

NEW YORK: Harga minyak mentah dunia terus melonjak ke paras tertinggi tahun ini, iaitu AS$82 setong semalam.

Kontrak hadapan New York bagi minyak 'light sweet crude' untuk pengagihan bekalan Disember naik AS$2.25 untuk ditutup kepada AS$81.37 setong.

Ketika dagangan semalam, harganya mencapai AS$82.00 setong, paras tertinggi pernah dicatat sejak Oktober 2008.

Kontrak London Brent North Sea untuk pengagihan bekalan Disember pula menyaksikan harga meningkat AS$2.45 kepada AS$79.69 setong.

Selain disebabkan kelemahan mata wang Dollar AS ketika ini, minyak mentah melonjak berikutan laporan bekalan mingguan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat menunjukkan bahawa rizab minyak negara itu sudah menyusut 2.3 juta tong seminggu sejak 16 Oktober lalu.

KEPADA RAKYAT JANGAN BUAT2 TERKEJUT LA LEPAS NI...JANGAN DUK SIBUK2 NAK BUAT DEMO SANA SINI...KERAJAAN DAH BANKRAP TAK LEH NAK TAMPUNG SUBSIDI LAGI...PAK MENTERI UDAH SONGLAP...PAK-PAK MENTERI DAH STANDBY JAWAPAN UNTUK WARTAWAN DAN KORANG SEMUA
Read more >>

Read more...

BERITA MASIH PANAS

>> Wednesday 21 October 2009

PAS BAWA LAPORAN KETUA AUDIT KE SPRM

21-okt,Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendedahkan bahawa semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian Bahan Api yang dikeluarkan oleh pihak pembekal pada tahun lepas mendapati sebanyak 24 kes pengisian bahan api dalam tempoh kurang dari lima minit melibatkan lima buah kenderaan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.

Kereta-kereta terbabit dikenalpasti sebagai Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah membuat sebanyak 18 kes pengisian bahan api dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah kos sebanyak RM4,177, Proton Perdana CBB37 dan Proton Perdana CBR1993, iaitu sebanyak dua kali yang memakan belanja lebih RM300 setiap buah, serta sekali bagi Proton Perdana CBD1003 dan Proton Perdana CBD23 yang melibatkan kos antara RM200 dan RM100.

Berikutan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Pahang hari ini telah membuat laporan kepada SPRM berikutan dengan kemungkinan penyelewengan yang berlaku yang didedahkan oleh laporan tersebut.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim dalam kenyataannya menjelaskan bahawa tindakan membawa kes ini ke SPRM adalah bertujuan untuk meminta SPRM menyiasat andai ada penyelewengan yang berlaku, ia penting kerana melibatkan soal kewangan kerajaan.

Abdullah kesal kerana dalam keadaan kewangan Negeri Pahang yang begitu teruk, yang mengalami defisit sepanjang 12 tahun kebelakangan ini, ada lagi kalangan pemimpin kerajaan negeri yang berbelanja secara tidak berhemah. Kerajaan Pahang patut merasa malu kerana ditegur oleh Ketua Audit Negara.

Kewangan kerajaan bukan sekadar duit kerajaan, ia adalah duit rakyat, tegas Abdullah, Dewan Pemuda PAS Pahang sangat berharap SPRM akan segera membuat siasatan dan sekiranya penyelewengan benar-benar berlaku, mereka yang bersalah patut diheret ke muka pengadilan.

AKU PERCAYA SPRM SIASAT MACAM SIPUT BABI PUNYA...CAM NAIK KERETA SORONG...BINAWE PUNYA SPRM
Read more >>

Read more...

NASIB KATAK PASIR MAS

LU MEMANG PENKHIANAT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali tidak bercadang menyertai Umno tetapi akan memberi sokongan kepada kepemimpinan Umno meskipun sebagai wakil rakyat Bebas.

Bercakap pada sidang media di lobi Palimen, hari ini, beliau berkata keputusan untuk menyertai semula Umno tidak perlu kerana berpendapat parti itu di bawah kepimpinan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan lebih kuat.

Beliau berkata, Umno kini lebih terbuka dan mereka boleh ditegur atau dikritik berbeza dengan Pas.

WAKAKA...LU PUNYA AYAT MEMANG POWER LA HIM...SIAP KUTUK PAS LAGI...WA DAH AGAK DAH...MEMANG KATAK BERACUN NI BAHAYA...MEMANG BODEK TAHAP GABAN DAH NI...PARASIT NI MEMANG TAK TAHU NAK KATA APA DH...KALAU KAT THAILAND ATAU INDON WA JAMIN MEMANG TAK HIDUP LAMA BAHAN BERACUN NI...LU KATAK MEMANG BERUNTUNG DUK KAT MALAYSIA DARUL ISA.
Read more >>

Read more...

TAK PERCAYA BERLAKU DI JABATAN KERAJAAN

DIPUKUL,DICEKIK SEBELUM DIBUNUH

SHAH ALAM, 21 Okt: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.

Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.

Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.

Dr Pornthip memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha Abad. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga Teoh Beng Hock.

Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, diatas tin

AKU TAK PERCAYA MANA ADA KEMUNGKINAN SEBUAH JABATAN KERAJAAN YANG ADIL,TEGAS,BLA BLA NAK BUNUH ORANG...TAPI LU SPRM WA JAMIN LU MEMANG SELAMAT..APA PASAL LU SELAMAT...HEHEHE...UBN PEMBELA PENJENAYAH...KUGAN KES APA CRITA...MONGGOL KES APA CERITA...BLALALALALA...WA BAGI TAHU LU PANDAI2 LA FIKIR
Read more >>

Read more...

DAH TERANG LAGI BERSULUH

AKUI MENGAMAL RASUAH KETIKA PILIHANRAYA

KUALA LUMPUR: Umno akhirnya mengakui mereka mengamalkan rasuah untuk memenangi pilihanraya dan ia membuktikan apa yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terhadap amalan jijik pemimpin parti itu benar belaka.

Mengulas perkara berkenaan, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob berkata apa yang dikatakan oleh wakil Umno Kelantan itu membuktikan pemimpin parti tersebut mengamalkan rasuah bukan hanya untuk memenangi jawatan dalam parti tetapi juga untuk memenangi pilihanraya.

Kata beliau, Pakatan Rakyat konsisten untuk memerangi rasuah dan menjadikan ia agenda besar pakatan pembangkang untuk dihayati oleh rakyat diperingkat akar umbi serta dapat dijadikan gelombang ketiga untuk menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Apa yang jelas pemimpin Umno sendiri sudah mengakui mereka mengamalkan rasuah bukan hanya untuk menang jawatan parti tetapi juga untuk memenangi pilihanraya dan perkara yang sering dibangkitkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat ini bukan semata-mata rekaan atau fitnah.

"Bila kita (PAS dan Pakatan Rakyat) mendedahkan soal rasuah yang diamalkan oleh Umno, kita bercakap berdasarkan apa yang mereka lakukan bukan menfitnah kerana mahu mendapatkan sokongan rakyat.

"Kerana rasuah ini merupakan satu barah yang perlu diperangi habis-habisan maka Pakatan Rakyat konsisten untuk menjadikan isu rasuah difahami rakyat diperingkat akar umbi seterusnya menjadikan ia sebagai gelombang ketiga yang akan menumbangkan BN," kata beliau.

Beliau juga menegaskan perubahan yang dilaung-laungkan oleh pemimpin Umno hanyalah bersifat kosmetik semata-mata selagi amalan rasuah dan perasuah masih lagi kekal menerajui parti tersebut.

Tuduh menuduh antara wakil Umno Kelantan dan Terengganu itu juga kata Salahuddin membuktikan pemimpin parti tersebut masih lagi bercakaran sesama sendiri dan tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang dimahukan oleh ahli-ahlinya.

Rakyat, kata beliau, seharusnya melihat pendedahan yang dibuat oleh wakil Umno Kelantan sebagai satu perkara serius dan menilai dengan baik sikap pemimpin-pemimpin parti tersebut yang terlibat dalam mengamalkan rasuah yang boleh meruntuhkan sebuah negara.

Salahuddin juga berkata, beliau yakin akan ada lebih banyak pendedahan dibuat oleh pemimpin parti tersebut bila mereka bercakaran sesama sendiri.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar ketika mengulas perkara berkenaan berkata apa yang diperkatakan oleh wakil Umno Kelantan itu tidak menghairankan kerana terbukti dalam Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang, faktor rasuah, perasuah dan gangster menjadi faktor membantu kemenangan BN yang diwakili Tan Sri Isa Samad yang telah dibuktikan mengamalkan politik wang oleh Umno sendiri.

Kata beliau lagi, setiap kali menjelang pilihanraya kecil, pemimpin-pemimpin Umno-BN akan menjanjikan pelbagai projek semata-mata untuk memastikan rakyat terus mengundi mereka dan perbuatan ini merupakan satu amalan rasuah yang semakin serius diamalkan oleh pemimpin parti tersebut.

"Seolah-olah menjadi satu trend bagi pemimpin-pemimpin Umno-BN untuk menjanjikan pelbagai projek seperti mahu membina sekolah bila adanya pilihanraya kecil.

"Pemimpin-pemimpin Umno-BN juga menjadikan janji pembangunan kepada rakyat setiap kali ada kematian mana-mana wakil rakyat tidak kira dari Pakatan Rakyat atau dari BN.

"Semua ini merupakan perbuatan rasuah yang dilakukan bukan hanya di Terengganu atau Kelantan tetapi melibatkan di seluruh Malaysia dan ia bukan satu amalan baru," kata Mahfuz.

Beliau juga menjelaskan rakyat seharusnya sudah dapat menilai dengan baik bila pemimpin-pemimpin Umno sendiri sudah mengakui wujudnya amalan rasuah yang dilakukan untuk memenangi pilihanraya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar pula menegaskan tuduhan wakil Umno Kelantan terhadap Umno Terengganu membuktikan krisis dalam parti itu masih belum selesai dan perubahan yang mereka laung-laungkan hanya untuk mengaburi mata rakyat.

"Umno sudah mengakui mereka melakukan rasuah dan mereka juga tidak segan untuk memilih perasuah sebagai calon parti mereka dalam pilihanraya, jadi terpulang kepada rakyat untuk menilai perkara ini," kata beliau.

Justeru kata beliua, rakyat harus menilai kesungguhan Pakatan Rakyat yang mahu memerangi rasuah untuk dibandingkan dengan tipu muslihat Umno yang melaungkan perubahan tetapi masih bercakaran sesama sendiri.

Ketika perhimpunan agung Umno baru-baru ini, wakil Umno Kelantan, Dato' Noor Zahidi Omar menempelak wakil Terengganu Dato' Dr Haji Rosli Mat Hassan yang berkata Kelantan tidak mampu merampas semula negeri itu daripada PAS, walaupun hanya berdepan dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

"Terengganu pun bukan kita tak tahu macam mana boleh menang. Wang ehsan banyak tuan-tuan," kata Noor Zahidi disambut gelak ketawa para perwakilan.

"Hari raya bagi wang ehsan, bagi basikal macam-macam. Bagi duit macam itu macam mana tak boleh menang?" katanya lagi.
Read more >>

Read more...

LU MEMANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN

PR KAKI PUKUL

Kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 18 Oktober lalu disangkal ahli parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan menganggap ia cubaan untuk memburuk-burukkan imej Adun Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak itu berkata, kenyataan Presiden Umno itu seolah-olah menggambarkan Adun Pakatan Rakyat adalah kaki pukul dan samseng.

"Tuduhan ini tidak berasas dan cuba memburukkan imej pakatan perak. Najib tidak sepatutnya membuat tuduhan seada 19 Oktober lalu.
Najib menurutnya wajar melihat insiden pada persidangan Dun Perak 7 Mei lalu, di mana kekecohan dimulakan Adun BN apabila merampas kerusi speaker V.Sivakumar secara paksa dan melantik R.Ganesan.Persidangan itu juga katanya menjadi bukti bahawa yang mengganggu persidangan adalah Adun dari BN bukannya Pakatan.

"Apa yang saya boleh gambarkan, pada 7 Mei lalu, yang buat kacau seawal jam 9.30 pagi adalah BN, kerana tidak menghormati speaker yang sah," jelasnya lagi.

Beliau juga sekali lagi menegaskan akan hadir persidangan Dun 28 Oktober ini berdasarkan notis panggilan yang dikeluarkan Speaker Pakatan Rakyat, Sivakumar bukan Ganesan.Adun Pakatan Perak katanya tidak pernah sesekali mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker Perak dan masih berpegang Sivakumar adalah speaker yang sah.

Sehubungan itu katanya, notis panggilan sidang Dun yang dikeluarkan Ganesan adalah tidak sah.

"Kita akan lihat bagaimana keadaan nanti, kami akan bagitahu Ganesan bahawa dia bukan speaker yang sah," katanya.
Read more >>

Read more...

MCA GILA TAK TENTU HALA DAH

>> Tuesday 20 October 2009

PRESIDEN MCA PECAT PENGERUSI BIRO UNDANG-UNDANG PARTI

KUALA LUMPUR 20 Okt. — Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat telah memecat pengerusi biro undang-undang parti itu Datuk Leong Tang Chong dengan alasan ia sebahagian daripada “rombakan pengurusan”.

"Seperti pertubuhan lain, MCA sedang menjalankan kajian semula dan rombakan biro parti dan saya membuat keputusan membuat perubahan pada biro parti.

Mulai hari ini, Dato Leong Tang Chong tidak lagi mengetuai Biro Undang-undang MCA,” kata Ong dalam blognya.Leong, yang juga pengerusi The Star Publications Bhd., ketika dihubungi, enggan mengulas.

"Saya tidak mahu kata apa-apa,” kata Leong yang telah mengetuai biro itu selama lebih 20 tahun.Dalam blognya itu, Ong berkata, pengganti Leong akan diumumkan tidak lama lagi.

Ong sedang berdepan dengan tekanan untuk melepaskan jawatan setelah mesyuarat agung luar biasa MCA baru-baru ini meluluskan undi tidak percaya terhadap beliau.

KEHANCURAN BN MAKIN JELAS TERPAMPANG...LU TENGOK,LU BACA DAN LU FIKIR...SO MAHU BN LAGI...LU MEMANG BONGGOK
Read more >>

Read more...

ANJING KURAP BUAT KERJA-BERITA HARAM

SPRM TAHAN 4 PEGAWAI PERHUTANAN KEDAH

KUALA LUMPUR: Empat pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) ditangkap dalam tempoh dua hari ini kerana disyaki menerima wang rasuah lebih daripada RM100,000.

Menurut satu kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, mereka yang ditangkap semalam dan hari ini terdiri daripada seorang pegawai kanan JPNK, seorang pegawai jabatan perhutanan daerah dan dua renjer hutan.

Semua mereka ditangkap kerana disyaki menerima wang rasuah berkenaan sebagai balasan meluluskan kompartmen pembalakan.

WAU CEKAP AMANAH,TEGAS,ADIL,BERSIH,BERINTEGRITI LA SPRM...WA SELUT SAMA INI SPRM...TAPI WA SELUT BILA KAT NEGERI PR JE...KALAU KES KAT NEGERI UMNGOK LEMBAP MACAM SIPUT BABI
Read more >>

Read more...

ALAHAI NASIB POLIS

MENGAKU GUNA MC PALSU,TAK HABIS2 DGN KERJA JAHAT

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap 14 pertuduhan mengemukakan cuti sakit palsu dan tidak hadir kerja selama 21 hari berturut-turut tanpa sebab.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir, menetapkan 21 Disember ini untuk menjatuhkan hukuman dan membenarkan Lans Koperal Faizalriza Bahari, 32, diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Faizalriza didakwa dengan curang mengemukakan sijil cuti sakit palsu dari Hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan Balai Polis Pudu, Cheras, antara 10 Januari dan 5 Februari lalu. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Faizalriza, yang mempunyai tiga anak dan digantung kerja sejak ditangkap pada 6 Februari lalu, turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan gagal menghadirkan diri daripada bertugas selama 21 hari tanpa sebab.

Dia didakwa melakukan kesalahan antara 21 Disember 2008 dan 11 Januari lalu di tempat yang sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 86(1) Akta Polis 1967 membawa hukuman penjara sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Mukhzany Faris Mohd Mokhtar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam
Read more >>

Read more...

MISI MENGKHIANATI RAKYAT KELANTAN

DAMPINGI ANAK KELANTAN DIPERANTAUAN

MACHANG, 20 Okt (Bernama) -- Gerakan mendampingi anak Kelantan yang bekerja di luar negeri itu adalah satu daripada tiga strategi penting Badan Perhubungan Umno Kelantan untuk menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamad berkata kira-kira 15 peratus pengundi di Kelantan berada di luar negeri itu untuk mencari rezeki berikutan ketiadaan peluang pekerjaan di negeri sendiri.

"Dua lagi agenda iaitu mendaftar anggota baru sebagai pemilih dan penerangan yang membabit isu semasa dan masa depan orang Melayu dan agama Islam akan turut diberi keutamaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Aidilfitri Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, malam tadi.

Pada pilihan raya umum lepas isu pengundi luar dikatakan satu daripada sebab kegagalan Barisan Nasional (BN) menguasai semula Kelantan.

Mustapa yang juga Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri berkata semua ketua bahagian di Kelantan diarah menjayakan tiga misi itu dalam tempoh terdekat.

"Saya sendiri akan mengetuai gerakan mendekati pengundi luar itu dari semasa ke semasa dengan bantuan tokoh-tokoh ternama yang berasal dari Kelantan," katanya.

INI BARU BETUL-BETUL,AMBO SERIK DAH WEHHHH KENA TAHI

Read more >>

Read more...

ONE MALAYSIA DAH TAHU

PENYELEWENGAN DALAM PENGGUNAAN KENDERAAN MILIK KERAJAAN NEGERI

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendapati berlaku penyalahgunaan kenderaan milik kerajaan negeri di tiga buah negeri iaitu Pahang, Perak dan Pulau Pinang pada tahun lepas.

Penyelewengan itu melibatkan pelbagai masalah termasuk penggunaan bahan api berlebihan, penyenggaraan kenderaan di bengkel yang tidak dikhususkan dan kekerapan penggantian tayar yang tidak munasabah.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara terdapat penyelewengan penggunaan bahan api yang berlebihan dalam tempoh masa yang singkat oleh kenderaan kerajaan negeri Pahang.

"Kenderaan yang didapati kerap mengisi bahan api adalah kereta jenis Proton Perdana nombor pendaftaran CBD 88 yang dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh sebulan pada Disember 2008.

"Semakan audit juga mendapati pengisian sebanyak 743.39 liter berjumlah RM1,350 itu dilakukan dalam tempoh yang singkat iaitu antara satu hingga dua minit berbanding dengan kuantiti yang diisi," menurut laporan itu.

Bagaimanapun tiada tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dan menyebabkan pejabat setiausaha kerajaan menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi pada bulan tersebut.

Dalam pada itu di negeri Perak pula didapati kos penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri adalah tinggi akibat tidak dihantar ke pusat servis yang dikhususkan.

Ini kerana kerajaan negeri tidak menetapkan bengkel khusus untuk menyenggara kenderaan sebaliknya ia dilakukan berdasarkan permohonan yang diterima daripada syarikat yang berkaitan.

"Menerusi semakan audit terdapat sampel baucar bayaran yang dipilih mendapati kos penyenggaraan berjumlah RM262,256 atau 69.4 peratus untuk kereta Proton Perdana di sebuah syarikat penjual tayar. Berbanding di Syarikat EON Service Sdn Bhd iaitu hanya RM15,197 atau 4 peratus sahaja untuk tempoh 2004 hingga 2008," katanya.

Laporan itu juga mendapati syarikat tersebut dimiliki oleh bukan bumiputera dan kebanyakan alat ganti yang digunakan adalah diimport dari luar negara berbanding Syarikat EON Sdn Bhd daripada keluaran tempatan.

Alasan pejabat SUK mengapa kereta tersebut dihantar ke syarikat itu adalah kerana kenderaan EXCO yang memerlukan penyenggaraan segera sedangkan Syarikat EON Services Sdn Bhd tidak dapat memberikan servis dengan segera.

Masalah kekerapan penggantian tayar dikenalpasti berlaku di Pulau Pinang iaitu kekerapan penggantian tayar berlaku pada tiga buah kenderaan yang bernombor pendaftaran PED 21, PBF 1 dan PAF 1.

Penyiasatan audit itu juga melaporkan kesemua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang telah haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.

Katanya penggantian tayar yang terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu juga adalah meragukan.

Sehubungan dengan itu, Pejabat SUK telah menetapkan setiap penggantian tayar perlu mendapat kelulusan Ketua Penolong Setiausaha (Kewangan) dan tayar yang telah digantikan akan disimpan bagi tempoh tertentu mulai 20 Mei 2009.

Secara keseluruhan didapati kebanyakan proses penyenggaraan kenderaan milik kerajaan negeri adalah tidak memuaskan dan tidak mengikut peraturan dan prosedur pejabat SUK.

"Pejabat SUK perlu mengawal perbelanjaan penyenggaraan kenderaan dengan meneliti kos pembaikan yang terlibat dan memilih pusat servis yang menawarkan harga yang munasabah supaya tujuan penjimatan dapat dicapai di samping memastikan hanya penyenggaraan yang perlu sahaja dilakukan," menurut laporan itu.
Read more >>

Read more...

JOM LAWAN ISLAM BERSAMA SAYA

>> Friday 16 October 2009

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan dasar sulungnya selaku Presiden Umno pada Perhimpunan Agung parti itu, semalam, mengajak seluruh saf kepemimpinan dan ahli di semua peringkat bangkit kembali bersamanya bagi memartabatkan Umno.

NAK BANGKIT APA LAGI...TAK CUKUP LAGI KA KOMISYEN ITU INI...BUNUH SANA BUNUH SINI..LU MEMANG JAHAT LA JANG...TAK PER,LU DILUAR SANA JANGAN BIMBANG...SERAH KAT TEAM GUA URUSKAN SIMAMAT SEKOQ NI...SATU BUKIT AMAN AKU KERAH KAN...APA LAGI C4 LA.

"Bangkitlah bersama-sama saya, rapatkanlah barisan. Sahutlah panggilan. Marilah martabatkan warisan ini (Umno)," kata Perdana Menteri disambut tepukan gemuruh perwakilan yang berdiri hormat sepanjang lima minit terakhir ucapannya bertema 'Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan'.

BANGKIT BERSAMA SAYA SAMA2 MAKAN RASUAH...UMNO CAWANGAN SPRM BARU DITUBUHKAN...RAPATKAN BARISAN KITA SAMA2 MASUK KE NERAKA BERSAMA SCORPENE...LU TAKUT KA NAK SOKONG BN...SOKONG TOGHUT COMFIRM NERAKA LA GUA CAKAP LU.
Read more >>

Read more...

BAGAN PINANG BANDAR RASUAH,PENGOTOR

>> Wednesday 14 October 2009




Read more >>

Read more...

DIA DAH INSAF,UMNO BILA LAGI?

>> Wednesday 7 October 2009

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya Rasul bagi orang Melayu, memberitahu mahkamah tinggi syariah pagi tadi dia berjanji untuk membetulkan akidah semua pengikutnya selepas selesai menjalani hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya.

Abdul Kahar Ahmad, 59, juga memohon maaf kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu, terutama Sultan Selangor serta pihak berkuasa agama iaitu Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa serta menyatakan bahawa beliau sudah bertaubat nasuha.Keputusan kes terhadap Abdul Kahar akan diketahui pada 21 Oktober ini.

AQIDAH UMNO SAPA NK PERBETUL?...UMNO PUN SAMA KENA MENGUCAP SEMULA...WAKAKAKAKA
Read more >>

Read more...

KENYATAAN MERAPU LAGI GILA

>> Tuesday 6 October 2009

DATUK Seri Najib Razak menjelaskan Tan Sri Mohd Isa Samad layak menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dan berhak mendapat peluang kedua kerana beliau sudah menebus kesalahannya selepas menerima hukuman yang cukup berat.

HUKUMAN APA TU JIB....SETAKAT GANTUUNG 3 TAHUN KEAHLIAN UMNO DAH KIRA HAPUS DOSA.
Perdana Menteri berkata, Mohd Isa kehilangan jawatan menteri dan Naib Presiden Umno kerana kesalahan melanggar disiplin parti, tetapi beliau tidak pernah menentang parti malah terus setia dan bekerja kuat untuk parti.

OOOO RASUAH KESALAHAN PARTI...INGAT KAN DAH TOBAT NASUHA...JAHIL SUNGGUH UBN NI...BANGGANG PERGHHHHH

"Ikut bacaan kita (BN), Isa adalah calon paling popular untuk bertanding di Bagan Pinang. Dalam sistem kita, penjenayah pun ada peluang kedua. Ada orang yang sudah dijatuhkan hukuman pun diberikan peluang kedua

KAHKAHKAH...TAKUT KALAH MACAM2 KENYATANN BABI GILA KELUAR DAH...POPULAR RASUAH WAKAKAKA
Read more >>

Read more...

PR MENANG BAGAN PINANG

BAGAN PINANG, 5 Okt - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Harun Taib meletakkan keyakinan untuk PAS mencapai kemenangan dalam menghadapi Pilihanraya kecil di Dun Bagan pinang yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menurutnya, kesepakatan yang wujud antara komponen parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu itu kini berada di Australia untuk mengadakan lawatan di sana berkata,
"Dalam Pilihanraya kecil di Bagan Pinang ini, kita yakin mencapai kemenangan dengan sokongan padu dari komponen parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP,

"Kita harapkan ahli-ahli UMNO memberikan undi mereka kepada PAS dalam Pilihanraya kecil ini, disamping mendapat undian dari pengundi-pengundi Pakatan Rakyat yang sedia ada," katanya ketika pemberita ketika dihubungi kelmarin.

Ketika ditanya tentang target kemenangan samaada berpihak kepada PAS atau BN dalam pilihanraya kecil ini, beliau yakin kemenangan bakal berpihak pada calon PAS.

"Kita meletakkan keyakinan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil di Dun Bagan pinang. Ini dilihat kepada perkembangan politik yang berlaku kebelakangan ini yang banyak berbelah pihak kepada Pakatan Rakyat," ujarnya yang dijadualkan pulang ke Malaysia dalam dua atau tiga hari lagi akan turun sama dalam siri kempen yang sedang berlangsung ini.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER