Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terpaksa menggunakan rakaman VCD bagi membuktikan dakwaan kes liwat yang dilemparkan ke atasnya adalah saru konspirasi politik.
Namun taktik yang sama pula digunakan oleh kumpulan misteri yang mengedarkan VCD yang kononnya menujukkan rakaman semasa Anwar menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001.
Visual berkenaan dipercayai dimuat-turun dari internet dan diterbitkan serta diedarkan di rumah-rumah sekitar di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu.
Persoalan timbul bagaimana rakaman boleh dibuat di penjara dan dibawa keluar daripada penjara yang mempunyai tahap keselamatan yang canggih.
Video berjudul 'Sandiwara Anwar sebab-sebab MP PKR keluar parti, tengok sampai habis' itu dipercayai dirakamkan ketika Anwar mengadu dia mengalami sakit belakang dan sakit tengkuk.
Video itu menunjukkan Anwar dalam kesakitan ketika dibenarkan keluar menziarahi upacara pengebumian keluarganya.
Bagaimanapun, gambar di penjara pula menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu kelihatan sihat dan boleh berdiri dengan mudah.
Seorang peniaga, Mohd Arshad Ishak, yang mendakwa salinan VCD itu diletakkan di peti surat di rumahnya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, membuat laporan polis semalam.
"Saya tidak tahu siapa yang mengedarkan VCD itu tetapi pelik bagaimana rakaman itu boleh dibawa keluar dari penjara Sungai Buluh dan siapa yang bertanggung-jawab membawanya keluar,” katannya dalam laporan polis.
“Saya percaya orang yang membawa keluar rakaman itu telah melakukan pecah amanah sedangkan penjara adalah kawasan keselamatan.” kata Mohd Arshad, 26 yang juga mewakli Gerakan Anti Liwat atau GELI.
Beliau memberitahu wartawan kemungkinan gambar-gambar itu adalah dari rakaman kamera litar tertutup penjara berkenaan.
Selamatkan Islam
Sehubungan itu, dia mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat bagaimana visual berkenaan boleh berada di internet dan VCD, mengenalpasti pegawai penjara yang terbabit dan menentukan ketulinan rakaman itu.
Sementara itu, kumpulan Anwar pula sibuk mengedarkan video berhubung fatwa daripada tokoh ulama Islam, Yusof Al Qardhawi dari Mesir yang juga adalah penerima tokoh Maal hijrah Malaysia tahun lalu.
Berjudul 'Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qardhawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim', video itu diterbitkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Wanita.
Video selama 33 minit itu dirakamkan di kediaman Al Qardhawi di Doha dan diterjemahkan oleh ahli jawatankuasa pusat Pas, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.
Dalam rakaman itu, tokoh tersohor Islam itu berkata sesiapa yang menyebarkan sesuatu dakwaan yang tidak benar boleh dihukum sebagai fasik.
VCD itu dilancarkan Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun kedua kemenangan memberangsangkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.
Semasa pelancaran VCD itu, Anwar dilaporkan berkata bahawa Al-Qardawi memaklumkan kepada beliau supaya menyebar mesej berkenaan demi menyelamatkan umat Islam.
"Yusuf berkata 'tolong selamatkan mereka...ini adalah tanggung-jawab, tolong beritahu yang lain'," tambah Anwar-malaysiakini
Read more >>
Read more...