Powered by Blogger.

PULAK DAH...TAMBAH LAGI SIASATAN TERHADAP SETPOL

>> Tuesday, 9 March 2010

PUTRAJAYA 9 MAC: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas setiausaha politik menteri kanan yang ditahan bersama wang tunai RM2 juta bulan lalu, melibatkan bank asing dan hartanah luar negara.

Lantaran itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull  berkata, pihaknya memerlukan lebih banyak masa bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Kes ini melibatkan akaun bank antarabangsa. Jadi, kita memerlukan masa untuk mengesan harta-harta di luar negara. Beri kami sedikit masa untuk selesaikan siasatan kes ini," katanya pada satu majlis anjuran suruhanjaya berkenaan.

Pada 18 Februari lepas, bekas setiausaha politik itu yang ditahan pada 12 Februari lalu, dibebaskan oleh SPRM dengan jaminan RM50,000.

Sebelum itu, pegawai SPRM dari Putrajaya telah menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar,  Butterworth, Pulau Pinang dan menemui wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta.

Semakan TV Selangor mendapati, kebanyakan blog menamakan Hasbie Satar sebagai individu berkenaan. Hasbie adalah bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.-tvselangor

1 comments:

Mike Thursday, March 11, 2010  

Let the police and MACC handle the case.. Anyway, I strongly believe Tan Sri Nor has nothing to do with this case. He is a good man and has done alot to the country.. Hidup UMNO Kepala Batas!!

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER