Powered by Blogger.

TOLONG...!!! KETUA UMNO MINTA BANTUAN

>> Tuesday, 16 February 2010

Bekas ketua Wanita Umno Sungai Petani rayu bantuan

AKU TERKAYA...SILA MINTA BANTUAN DENGAN MAMAT NI.

SUNGAI PETANI- Bekas ketua Wanita Umno bahagian Sungai Petani, Khalijah L.Ali, 73, hari ini merayu bantuan orang ramai membiayai

kos rawatan anaknya, Zainurdin Awang Hashim, 39, yang menderita sakit buah pinggang.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Berapit, Tikam Batu di sini Khalijah berkata, wang simpanannya sebagai guru Kemas sejak sekian lama telah habis diguna untuk membiayai kos rawatan anaknya itu yang terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di sebuah pusat rawatan swasta yang mencecah RM3,000 sebulan.

Khalijah juga berkata, beliau kini tidak mempunyai sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada pendapatan seorang anak perempuan yang tidak seberapa untuk menampung keperluan hidup seharian.

"Keadaan ini memaksa anak saya yang sakit itu berkerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan dengan upah RM30 sehari," katanya.

Beliau yang pernah mempimpin Wanita Umno bahagian Sungai Petani sejak awal tahun 1970 hingga tahun 1980 kini sukar untuk berjalan kerana sakit di bahagian tulang belakang.

Khalijah berkata, beliau tidak menagih simpati daripada masyarakat terhadap kesempitan hidup yang dialaminya, cuma berharap ada pihak yang dapat membantu anaknya mendapat rawatan dialisis percuma di pusat rawatan yang disediakan kerajaan.-Bernama
sinar

note:-
laaaaa....hamba ingat sokong umno boleh kaya...mana mamat terkaya dari kedah tu...sila beri bantuan...madey mana bangsa mung terkontang kanting ni...kehkehkeh

 
Read more >>

Read more...

WOIT ZUL...JANGAN CARI ALASAN SIAPA NAK TENDANG KAMU

Konspirasi ‘firaun kecil’ mahu tendang saya keluar PKR

SIAPA FIRAUN...BUKAN DARI KULIM KER

KUALA LUMPUR, Feb 16 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (gambar) mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menendang beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sebalik prosiding lembaga disiplin minggu ini.


Zulkifli mendakwa usaha konspirasi itu termasuk menetapkan tarikh prosiding lembaga disiplin ketika beliau akan berada di Korea untuk menghadiri Persidangan Kepimpinan Antarabangsa mulai Khamis ini.

“Melihat pada kenyataan-kenyataan yang dibuat, nampaknya keputusan sudah dibuat (untuk saya dikeluarkan dari parti,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Saya telah menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin PKR berkaitan tindakan saya membuat laporan polis terhadap Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam PAS) mengenai isu kalimah Allah.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya bersedia untuk berhadapan dengan lembaga disiplin untuk mempertahankan prinsip dan pegangan saya dalam isu kalimah Allah,” katanya lagi.
Lembagai disiplin menetapkan 18 dan 23 Feb untuk Zulkifli menghadap mereka menjawab tuduhan yang dikenakan.
malaysianinsider



note:-
kahkahkah...siapa nak tendang siapa...siapa yang nak keluarkan kamu dari pakatan...cakap zul...bukan ker kau memang nak kelaur dari pakatan mangkuk...woi pembelot kalau sayang PR kenapa bertindak tak  mengikut peraturan...memang kau saje nak cari penyakit kan...memang kau cari alasan supaya di tendang kan...woittt porah pakatan tak perlu lah boneka umno dalam pakatan macam kau tu...kami dah tahu kamu tu memang sedang bercinta dengan umno ka...mengaku jela...jangan jadi munafik buat malu kupiah atas kepala je...konon membela isalm...kahkahkah...kawasan kulim berkucar kacir...duk sibuk hentam situ hentam sini...woit balik jaga kawasan la...kau sebenarnya kalah zul di kawasan kulim...kahkahkah kenapa calon lawan tarik balik kemenangan kau di sana?...bukan kah kau telah berjanji dgn umno kedah untuk menghuru-harakan pakatan...celaka kau zul....hak ptuiiiiiiiiiiiih
Read more >>

Read more...

BERARAK MAULIDUR RASUL TAPI HUKUM ALLAH TETAP LAWAN

Tidak Cukup Dengan Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul

Perjuangan RasuluLlah adalah Untuk Memenangkan Islam

 
MP PR YANG BAKAL MELOMPAT...SEBENARNYA MAMAT NI SUDAH MENGISI BORANG UMNO

Tepoh, KUALA NERUS
– Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tidak cukup dengan sambut MaulidurRasul setahun sekali, berarak dan mengangkat sepanduk serta bersalawat, dalam masa yang sama perintah Allah tidak diamalkan.
Beliau berkata, Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW dengan agama Islam dan petunjuk dari Allah supaya memenangkan agama Islam.


Katanya perjuangan menegakkan Islam tidak berhenti walaupun Nabi Muhammad telah wafat (meninggal dunia).

”Tidak idak cukup dengan sambut MaulidurRasul setahun sekali, berarak dan mengangkat sepanduk serta bersalawat, dalam masa yang sama perintah Allah tidak diamalkan,

”dan dunia dalam keadaan huru hara, perompak semakin banyak, maksiat semakin banyal dan berlaku berbagai bencana alam,

”puncanya tidak lain dan tidak bukan kerana manusia meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukumnya dalam semua perkara,”tegasnya ketika berucap dalam ceramah penjelasan isu-isu semasa di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kenyataan-kenyataan akhbar arus perdana memutarbelitkan fakta dan menghentam Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan sambutan Maulidur Rasul.

Menurutnya, ‘ajaran salah’, yang mengatakan bahawa tidak ada dosa dan pahala dalam politik dan pemerintahan negara sedang menguasai orang Islam masakini.

Justeru, orang-orang Islam menjadi umat yanh semakin lemah, diratah oleh oleh ‘musuh-musuh’ diseluruh dunia.

”Kebanyakkan orang Islam (percaya) dosa pahala ini bab sembahyang (dan) bab pergi ke Mekah sahaja, dalam politik, dalam ekonomi dalam memrintah negara tak ada dosa pahala,

”inilah ajaran salah yang sedang mnguasai orang Islam hari ini, sehingga mereka menjadi umat yang makin hari makin lemah,”jelasnya.
buletinonline
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER