Powered by Blogger.

Pengerusi SPR ahli umno tapi tak bayar yuran

>> Thursday 10 May 2012

Kahkahkah


Kata Menteri Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kini bukan lagi ahli Umno. Keahlian tersebut tidak lagi disambung selepas Aziz gagal memperbaharui keahlian selepas mendaftar buat pertama kali. "Saya jadi ahli kerana ayah saya mendaftarkan saya," 


Dengan hanya alasan bahawa pengerusi SPR itu sudah tidak bayar lagi yuran keahlian UMNO. Malah katanya kemasukkan beliau ahli umno kerana didaftar oleh bapaknya dan yuran dibayar oleh ahli surau. Rembat sini

Kata Saifuddin

Yuran keahlian berbeza dengan yuran tahunan yang mana yuran tahunan membolehkan ahli mengundi dan diundi serta boleh dipilih menjadi perwakilan parti sedangkan yuran keahlian hanya dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran sebagai ahli “Yuran tahunan perlu bagi ahli itu untuk menyertai perhimpunan dan mesyuarat parti Malah dia boleh dipilih atau menggunakan hak ahli untuk memilih penjawat jawatan dalaman parti “Seseorang tidak akan terlucut sebagai ahli dia hanya tidak boleh ambil bahagian mengundi dan diundi jika hanya membayar yuran keahlian semasa pendaftaran .


Apabila yuran keahlian sudah dibayar beliau akan menjadi ahli Umno selama-lamanya kecuali apabila beliau dipecat atau menghantar surat untuk keluar parti ” katanya lagi. Rembat sini 

p/s Der lawak bagai apa buat lawak ni.apa iq menteri ni tahap cipan ke apa? ini buat lawak atau lawak banggang? seboleh-bolehnya aku kelentong aku kelentong selagi aku leh konar bearing aku konar, adakah rakyat sebodoh menteri bernama Nazri Aziz?

Senang citer dan mudah faham camnilah."Ahli pekida yang tak bayar yuran bila incase ayahanda tak nolong masih tak faham? ermmmm
Read more >>

Read more...

BERSIH 3.0 Bila polis dengar Ganu, polis tu menjerit 'Terengganu oi'


Dibelasah, tangan digari ke belakang



KUALA LUMPUR, 10 Mei: Jam hampir 5.00 petang waktu itu perhimpunan Bersih 3.0 sudah bersurai, Mohd Anuar Sulong berjalan kaki menuju ke tempat parkir kereta lalu didatangi kira-kira sepuluh anggota polis terus membelasah beliau.

Anuar ketika itu hanya memakai baju biasa tidak menyangka akan menjadi mangsa pukulan polis walaupun sebelum itu telah berselisih dengan beberapa anggota polis, namun mereka tidak menghiraukannya.

200 meter sebelum sampai ke tempat kereta, beliau ditanya polis mahu ke mana, lalu Anwar memberitahu beliau mahu balik ke Terengganu.

"Bila polis dengar saya nak balik Ganu, polis tu menjerit 'Terengganu oi', lalu sekumpulan polis datang ke arah saya terajang belakang dan belasah saya, saya tersungkur," katanya sebagaimana dipetik dari video Jabatan IT Negeri Terengganu.

Waktu itu, Anuar tidak boleh mempertahankan dirinya dan hanya mampu menyerah untuk dibelasah kerana tangannya digari di belakang.

"Polis bertalu-talu tumbuk muka saya. Saya tunduk. Mereka sepak perut pula, waktu itu juga saya rasa sesuatu yang keras mungkin cota dihentak di leher saya. Saya tidak sedar dalam beberapa minit," luahnya.

Menceritakan pengalaman ngerinya dibelasah polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berkunjungan ke rumahnya di kampung Padang Kabar, Marang, Terengganu, semalam (gambar atas) bagaimanapun beliau bersyukur kerana Allah masih melindunginya.

"Waktu saya kena belasah itu, Alhamdulillah Allah bersama saya kerana tumbukan sepuluh orang polis, tak berasa sangat. Kalau tengok muka saya yang pecah dan bengkak apatah lagi telinga berdarah, sepatutnya boleh kata sama ada saya koma atau mati antara dua itulah," katanya.

Semasa Anuar diheret ke kenderaan polis, beliau sempat dimarahi polis kerana terpaksa membuat persediaan sepuluh hari untuk himpunan Bersih 3.0.

"Awak tahu tak, saya tak makan nasi lagi ni!," Anuar mengulangi kata-kata polis itu kepadanya semasa beliau dihehet untuk dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak.

Malah katanya, semasa di Pulapol Semarak beliau sekali lagi dimarahi sambil polis mengeluarkan perkataan bodoh kerana tidak mahu mendengar arahanya.

"Waktu ditahan, nak makan nasi pun tidak boleh, nganga mulut sakit. Hanya ambil secebis roti cicah air sahaja," luahnya yang ditahan hampir 12 jam.

Dalam menceritakan detik-detik sejarah hitam buat mangsa polis, Anuar melahirkan kekecewaan apabila pihak polis bertindak memukul orang ramai apabila perhimpunan itu sudah bersurai.

Ekoran insiden dipukul polis tempoh hari beliau mengalami luka dalaman di bahagian tibia (tulang kering) menyebabkan ia berdenyut apabila berdiri agak lama.

"Saya kena membuat rawatan selanjutnya, kena toreh buang nanah di tulang kering, bimbang nanah merebak ke tulang. Alhamdulillah tulang saya tidak retak," ujarnya.--->Video

Read more >>

Read more...

Loji petronas Paka terbakar

10 cedera dalam letupan loji pemprosesan gas di Paka


DUNGUN: Seramai 10 orang cedera selepas Loji Pemprosesan Gas 3 (GPP3) dalam Kompleks A milik Petronas di Paka di sini, meletup kira-kira jam 3 petang tadi. Empat daripada mangsa yang parah itu dilaporkan mengalami kecederaan terbakar peringkat empat.Semua mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan.Dua jentera bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian berjaya memadamkan kebakaran kira-kira jam 3.20 petang.


p/s: Bayarlah royalti sepenuhnya apabila diamanahkan oleh rakyat. jangan seleweng2 k



Read more >>

Read more...

Lagi UMNO jual Tanah kepada bukan melayu






                 
Tanah yangdianugerahkan oleh kerajaan Barisan National dahulu kini dijual balik bagi memproleh keuntungan yang lebih besar.

Arghhh tak pelik dgn berita tragis ini cuma yang aku benggang kenapa dijual kepada non muslim? bukan nak racist cuma kalau teringat tag line umno "MEMBELA NASIB ORANG MELAYU"<--- cakap langsung talak selupa bikin.

Kadang2 malas nak cakap pasal kezaliman umno ni, tapi mengingati tangunggjawab menyedarkan rakyat yang buta terpaksa juga menulis kurang lebih, nak story panjang-panjang bukalah media2 independent .

Siyes der anak muda yang masih berkompromi dgn umno sah ekau takdo otak cuma ada otak udang. Bukan setakat tanah umno boleh jual, bini orang depa rembat...kahkahkah. rembat sini
Read more >>

Read more...

Adun Nenggiri Terkena kat Cina


BIla diri kepuasan, rasa nak menyelongkar wall ahli politik terjumpa satu perbahasan antara seorang cina berhujah dgn Adun Neggiri Gua Musang Kelantan Mat Yusoff Abdul Ghani. Kau memang cantik kau memang gembonggggggggggg



Tuduhan yang hebat keatas kerajaan PAS kelantan hanya dipatahkan oleh seorang perempuan cina. kahkahkha itu belum jkk berbahas weh, orang cina majoriti penganut Budha pun tak buta mata hati melihat keikhlasan PAS berjuang. siapa tak kenal BN yb bahkan budak kecik pun tahu bahawa parti UMNo adalah PARTI KOROK KERING...k.b.t. aku rembat sini


Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER