Powered by Blogger.

SAMPAI BILA PRO REFORM HARUS MEMBENCI PIMPINAN PAS?

>> Saturday, 27 February 2010

Mengulas kenyataan sesetengah bloggers yang pro reform yang semakin hari semakin barah didalam otak hari ini membuat sesetengah para pembaca pro pakatan naik loyal anak tengkak...dan memberi point yang cukup kemas bagi blog pro kerajaan umno barisan...mana tidaknya setiap saat post yang diposting kan tidak lain tidak bukan hanya semata-mata untuk menjahanam kan pas dan jemaah gerakan islam.

Posting yang tak habis-habis menghentam pimpinan pas peringkat tertinggi dan terendah...setiap posting yang mengkritik terlalu keras yang tiada respect langsung seolah-olah mereka ini bukan ahli pas yang berdaftar...dengan kata lain seolah-olahnya gerombolan ini ahli umno dan tidak pernah lansung di tarbiyah mana-mana usrah kawasan atau cawangan.


Sifat dan perangai gerombolan baru ini adalah musuh baru didalam pas yang terpedaya dengan dakyah2 agen umno yang menyelinap masuk di dalam pas...gerombolan ini yang suka melihat jemaah islam berpecah-belah sekarang,kononya pimpinan mereka ini berfikiran kolot,jumud dan tidak boleh ditegur dan di kritik.


Gerombolan ini sengaja mencari alasan2 yang dangkal dan berkefahaman ala wahabi...agar pimpinan yang tidak satu kepala dengan mereka atau pemimpin ini yang pro ulamak dihapuskan...mana2 pimpinan yang pro agama ini ditolak walaupun untuk kebaikan umat islam dan negara dan dari mata kasar mereka ini golongan ulamak yang berfikiran jahat dan bodoh.


sebab itu gua pernah mengatakan gerombolan ini tidak di tarbiyah...sekiranya kamu di tarbiyah mana hasilnya dalam jemaah...mana aklak,adab kamu dengan pemimpin...cuba lihat ahli-ahli umno lebih kurang dengan gerombolan pro reform ini yang tidak pernah kenal erti husnu zon...yang tidak pernah hormat setiap kata2 pemimpin itu adalah senjata untuk menghunus kepada musuh walaupun peluru itu berbentuk intan dan belian.


Sebab itu gerombolan ini tidak berputus asa mengulingkan pimpinan pas....yang tak mengikut kata mereka harus dinyahkan dari pas...dan di angkat pemimpin yang berhaluan kiri yang mengikut telunjuk mereka walaupun membelakangkan agama...inilah perangai dajjal di akhir zaman...tapi hari ini wala' menjadi satu permainan dan cemuhan bagi gerombolan ini...dan siapa yang berwala' pada pemimpin dikira bodoh,lembu di cucuk hidung dan berapa biji lu telan pil wala'...itulah setiap kritikan yang selalu di utarakan oleh gerombolan baru ini.


Perangai di mana umno tidak menyerang pas...sengaja mencari hitting blog agar dinampak selalu di updated.


Wahai gerombolan pro reform...betul pemimpin yang lu benci itu memang bukan nabi,memang bukan malaikat,memang tidak maksum,memang tidak terlepas dari dosa...niat lu adalah untuk melihat pas dan jemaah islam berakal tunjang jati...dilihat kemas dan kental...pelajari dari peristiwa bukit uhud...akibat sahabat2 yang tidak wala'.


Kalau nak mengkritik sangat ikut la saluran yang betul...kalau nak sangat EGM atau nak gulingkan pemimpin yang lu anti,bersabarlah...tunggu next muktamar lu kuburkan mereka2 ini...tapi harus lu sedari keputusan muktamar adalah keputusan yang muktamad...keputusan majoriti ahli2 pas walaupun lu seorang yang tak suka...itu lu harus terima hakikat dan harus wala'...hendak tak hendak itu lah adab berjemaah...kalau lu tak puas hati juga please get out from pas...sebab dikira kurang ajar dan memang tak boleh lansung diajar.
Read more >>

Read more...

TIBANYA BALA DI NEGERI DARUL UMNO

KUALA TERENGGANU: Ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Begitulah nasib malang dilalui seorang gadis yang menjadi mangsa kerakusan abang kandungnya sejak usia sembilan tahun dan tragedi hitam itu terus berulang sehingga usianya menginjak 19 tahun.

Lebih malang, teman lelaki yang berjanji mahu mengahwininya, turut mengambil kesempatan merogolnya.

Kerana bimbang dibunuh jika mendedahkan rahsia hubungan terlarang itu kepada ibu bapanya, dia terpaksa memendam penderitaan dan sehingga kini perbuatan jijik abang kandungnya itu masih tersimpan kemas.

Menceritakan semula detik hitam itu, gadis malang berusia 21 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Tina berkata, dia tidak menyangka liku hidupnya begitu berat sehingga pernah terdetik membunuh diri sebagai jalan penyelesaian. Katanya, paling mengecewakan apabila lelaki yang disangka dapat membimbingnya kembali ke jalan benar rupa-rupanya seorang penagih dadah yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.

“Apabila bersendirian saya jadi gelisah terbayangkan detik hitam dirogol teman lelaki yang berpura-pura mahu menolong, sebaliknya dia berniat jahat mempermainkan saya.

“Akibat tidak tahan sikap teman lelaki yang terbabit penyalahgunaan dadah serta memperlakukan saya seperti hamba seks, saya memutuskan hubungan dengannya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.

Menurutnya, tanpa berfikir panjang dia terus menurut kehendak bekas kekasihnya dan tiba-tiba dia memintanya berbincang dalam bilik atas alasan mahukan privasi.

Katanya, sebaik memasuki bilik berkenaan, dirinya seperti hilang ingatan akibat dipukau dan tidak tahu apa yang dilakukan sehinggalah tersedar daripada tidur kira-kira dua jam kemudian tanpa seurat benang dipercayai dirogol lelaki terbabit.

“Saya menangis sepuas hati ketika itu dan melihatkan keadaan itu dia berjanji bertanggungjawab jika berlaku apa-apa terhadap saya selepas itu.

“Namun apa yang mengecewakan, dia mengaku berbuat begitu disebabkan marah kerana saya memutuskan hubungan dengannya,” katanya.

Tina berkata, jiwanya semakin resah apabila lima bulan kemudian dia mengalami perubahan ketara seperti tidak tahan bau ikan serta sering muntah dan pening kepala.

Dia berkata, selepas diberitahu ibu saudara dan mendapat maklumat daripada pembacaan barulah dia sedar dirinya hamil dan membuat pemeriksaan di hospital untuk pengesahan.

“Luluh hati saya apabila doktor mengesahkan saya hamil lima bulan dan dunia terasa gelap ketika itu. Lebih teruk, terdetik di hati saya ingin membunuh diri untuk lari daripada masalah itu, namun apabila memikirkan nasib bayi yang tidak bersalah, saya jadi tidak keruan dan fikiran berkecamuk.

“Paling menyedihkan, bekas teman lelaki enggan bertanggungjawab dan menafikan anak dalam kandungan itu benihnya,” katanya.

Tina berkata, dia seperti hilang akal apabila tidak dapat menerima hakikat dirinya ditimpa malang berganda, namun atas sokongan keluarga dia akur dengan takdir serta bertekad menjaga anaknya itu.

Menurut Tina, dia berasa dunia hampir kiamat apabila tekadnya memelihara anak dalam kandungan tidak kesampaian apabila bayi berkenaan lahir tidak cukup bulan dan meninggal dunia pada Februari tahun lalu, manakala bekas teman lelaki pula dihukum penjara atas kesalahan merogolnya pada 2008.
“Bayangkanlah ketika itu mayat anak saya dibungkus dan dimasukkan dalam beg pakaian sebelum dibawa pulang ibu dari hospital dengan menaiki bas untuk dikebumikan di kampung tanpa pengetahuan orang lain. Saya menangis sendiri bila mengenangkan peristiwa itu,” katanya.

Selepas kejadian itu, Tina bertekad meneruskan kehidupannya walaupun ramai menghina termasuk bekas teman lelakinya dan dia kini sudah bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak serta menemui cinta sejati dengan seorang lelaki yang memahaminya.metro
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER