Powered by Blogger.

Panas...!!! Timbalan menteri letak jawatan dalam umno

>> Monday, 18 June 2012



Beb semacam tak percaya, tapi terpaksa memaksa hati ini mempercayai bahawa ini adalah petanda umno hampir nak berkubur. Syabas menteri kerana berjaya melepaskan diri dari terus terjebak dalam kumpulan bodoh.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.
Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada Majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu lalu.
"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.
"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin.
Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.
Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.
Dalam pada itu Lajim turut memberi jaminan akan terus aktif dalam politik dan berkhidmat kepada rakyat Beaufort walaupun dalam 'wadah yang berbeza'.
"Masih banyak keperluan pembangunan demi kesejahteraan rakyat perlu kita perjuangkan agar tidak ada kelompongan...rakyat berhak menikmatinya,” katanya.-mstar
Read more >>

Read more...

Weh Najib gagal buktikan BERSIH 3.0 nak guling kerajaan





Pandai tuduh, pandai tunding jari mana bukti sila buktikan. jangan jadi manusia celaker. skang kalau masih gentle masih anak jantan masih suami rosmah, silakan rakyat nak dengar.

KUALA LUMPUR 18 Jun: Hingga hari ini, tiada satu bukti pun menunjukkan perhimpunan Bersih 3.0 adalah cubaan untuk merampas kuasa atau menggulingkan kerajaan sebagaimana yang didakwa oleh Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, tidak menghairankan apabila tidak ada seorang menteri pun yang berani meminta Perdana Menteri (PM) menjelaskan dakwaan liar dan tidak berasas beliau bahawa perhimpunan pada 28 April lalu itu adalah satu cubaan Pakatan Rakyat (PR) untuk menggulingkan kerajaan.
Katanya, para menteri tentunya bersetuju bahawa PM dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein, gagal menunjukkan sekelumit bukti pun untuk mengesahkan dakwaan karut yang tidak munasabah itu.
Menurutnya, walaupun dakwaan liar Najib itu disokong oleh tiga bekas Ketua Polis Negara – Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz yang diminta menjelaskannya di Parlimen minggu lalu, tidak seorang pun dapat membuktikan tuduhan mereka yang sama sekali tidak berasas itu.
“Tetapi di khalayak ramai, tidak ada seorang pun menteri yang berani untuk menyatakan bahawa Najib hanya pentingkan imejnya dan takut kepada persepsi umum. Tidak ada seorang pun daripada mereka yang berani mengatakan dakwaan untuk menggulingkan kerajaan sebagai tidak berasas,” katanya dipetik Roketkini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Najib dan semua Menteri Kabinetnya tidak berani mengemukakan bukti serta takut untuk minta maaf atas dakwaan karut tersebut, sebaliknya menjadikan Parlimen pada minggu lalu sebagai medan menyebarkan fitnah.
“Menteri-menteri Najib dan penyokong-penyokong tegar BN terus memfitnah dan mencemuh ratusan ribu peserta Bersih 3.0 terutama sekali dengan kenyataan Nazri (Aziz) bahawa ‘garam dan botol air” boleh menggulingkan kerajaan Barisan Nasional.
“Najib mesti sedar bahawa tindak-tanduk beliau sekarang sedang membawa padah kepada Barisan Nasional dengan lemparan tohmahan yang karut dan tidak munasabah terhadap perhimpunan Bersih 3.0,” tambah beliau.
Katanya, Umno dan BN akan menerima akibat daripada amalan politik kotor yang tidak bertanggungjawab dalam pilihan raya akan datang apabila rakyat akan menentukan masa depan mereka.-kd
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER