APA ORANG TUA NI MERAPU
>> Wednesday, 3 March 2010
Oleh:KetuaPolis
note:
Setelah di buang dan ditolak oleh rakyat...kini paklah menunjuk taringnya semula setelah membisu hampir 1 tahun...mungkin ingin menjadi seperti madey kutty penasihat petronas...lu paklah lembab bukan sepantas formula one...cakap lu mana ada harga...lu punya cakap kasi simpan itu lori alam flora lah...kehkehkeh
PUTRAJAYA, 3 Mac — Barisan Nasional (BN) tidak boleh menganggap parti itu akan menjadi lebih kuat secara automatik dengan keretakan yang melanda parti pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila beberapa anggotanya keluar daripada parti itu baru-baru ini.
Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) berkata BN termasuk Umno hendaklah terus bekerja keras untuk memastikan ia lebih kuat dan mampu untuk berjasa dan membantu melaksanakan pembangunan bagi rakyat.
“BN jangan menganggap dengan apa yang berlaku kepada pembangkang, BN akan automatik mejadi kuat. Setakat nak harap jadi kuat dan menang hanya kerana pembangkang sedang menghadapi masalah saya ingat harapan itu akan meleset.
“Yang penting ialah usahakan bersungguh-sungguh supaya apa yang dijanjikan termasuk reformasi parti,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sebuah restoran di sini hari ini.
PKR hari ini kehilangan seorang lagi Anggota Parlimen setelah anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, mengumumkan keluar parti itu dan menjadi anggota Parlimen bebas berkuatkuasa serta-merta.
Ini menjadikan PKR hilang tiga Anggota Parlimen dalam tempoh kurang sebulan selepas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) bertindak keluar parti. Selain Mohsin Fadzli, Zahrain dan Tan, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin turut meninggalkan parti itu.
Abdullah tidak menolak kemungkinan BN akan kembali memegang majoriti dua pertiga di Parlimen jika trend anggota PKR keluar parti itu berterusan. Beliau berkata parti itu kini dalam keadaan yang “begitu teruk” kerana semakin ramai ahlinya meninggalkan parti.
“Kalau dulu 16 Sept bukan main heboh mereka kata BN akan tumbang jadi hari ini yang tumbang PKR nampaknya.. Itu kedudukannya sekarang ini,” katanya.
Abdullah berkata walau apapun perubahan dalam politik apa yang lebih penting adalah untuk mengekalkan keselamatan dalam negara serta memajukan ekonomi.
“Memanglah dalam demokrasi sihat macam-macam peristiwa ada hubung kait dengan parti politik, tapi yang pentingnya biarlah ekonomi itu berjalan terus tanpa terjejas,” katanya. — Bernama
!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak ...!!!
Read more >>
Read more...