KAHKAHKAH...KEHKEHKEH APA SUDAH JADI
>> Wednesday, 3 March 2010
note:
Perghhhhhh menyirap gua dengar berita yang membuat gua sekali lagi rasa nak tembak PKR ni...kehkehkeh tapi gua masih bersabar...lagi sembilan orang yang masih menunggu signal dari najib untuk buat kejutan keluar dari parti itu...mungkin kata-kata selluhudin hashim semalam hampir menjadi kenyataan...kehkehkeh harap-harap di luar sana bersabar...kemas kan kawasan masing2...ingat PRU 13 semakin hampir...bungkus kan celaka-celaka ini...tersenyum luas la si brahim anak pak ali...kehkehkeh...woit zul hang tak payah buat kejutan lah...tahu dah lama hang bergelomang dengan najib...esok hang pulak keluaq Parti Keluar Ramai2...kami blogger tak terkejut pun...kehkehkeh
Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas
Mohsin (foto), 65, merupakan ahli parlimen ketiga dari PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Mereka ialah Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).
Mohsin mengumumkan keputusannya keluar parti itu dalam sidang akhbar yang sekali lagi turut dihadiri oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim di Ampang hari ini.
Salehuddin juga turut hadir di sidang akhbar Zahrain dan Tan ketika mereka mengumumkan keluar dari PKR.
Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.
Kelmarin, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.
Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian parti itu berhubung isu Allah.
Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.
Salehudin pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.
Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.
Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi. malaysiakini
0 comments:
Post a Comment