Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.
"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.
Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.
"Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya.{Mkini}
Ulasan admin:-
Pelbagai alasan yang diutarakan untuk memenangi pilihanraya yang bakal diadakkan pada tahun hadapan bergantung pada undi pos.Undi pos amat popular buat UMNO BN dan kini pula beralih pada BEBAS mesra BN.Tahniah MP Pasir Mas idea demo,rakyat dapat baca.berkeyakinan benar nampaknya bekas majlis tertinggi umno ni mencalonkan dirinya di kawasan Pasir Mas lagi, petanda awal bahawa dia bakal bertanding atas tiket UMNOBN.takkan undi pos nak di beri kepada calon BEBAS?? sesama kita mencerdikkan diri.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.
Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.
"Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pemimpin Parlimen Semberong di Felda Bukit Tongkat di Kluang.{Mkini}
Ulasan admin:- Kalau ada bukti kukuh bawah mahkamah ini bukan negaro jakun ini negaro demokrasi berparlimen,jangan jadi alasan tahap tadika boleh rungkai.itulah islam kalau jihad memang nak syahid? adakah dalam parti sekular mahu ini semua.
Den tak lansung tak heran polis bertindak cam gitu.den tak rasa pelik perlakuan PDRM terhadap orang awam serupa itu,malah dihalang dari masuk masjid untuk menunaikan fardu zohor pun ada kes iaitu ketika BERSIH 2.0.
So ekau sebagai rakyat marhaen terimo lah hakikatnya kerajaan yang ada hari ini,ekau juga yang momangkah PRU lopeh-lopeh.Kerajaan adil kerajaan di sanjung kerajaan sekular kerajaan di pancung.{Video}
IPOH - Satu mayat bayi dijumpai berulat dan kepalanya pecah ditinggalkan dalam sebuah beg plastik di tepi Jalan Datuk Ahmad Said, Pusat Perniagaan Greentown disini, dipercayai dibuang tiga hari lalu.
Dalam kejadian 9.40 pagi ini, orang ramai yang menjumpai mayat berkenaan segera melaporkan hal berkenaan kepada pihak polis yang kebetulan mengadakan Program C-Cop di restoran berhampiran.{sinar}
Ulasan admin:- tunggu lah balasan kemurkaan Allah selagi tidak menjalankan hukum Allah.bala demi bala Allah tunjukkan kepada kita,adakah kita masih sedar?di negara2 luar allah turunkan bala dgn banjir,ribut taufan keruntuhan dengan kematian berpuluh-puluh ribu.Di malaysia bala darinya dgn gejala sosial,anak derhaka,buang anak,dadah,mat2 rempit.
Dalam ayat al-Maidah: 44 Allah berfirman: Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku (dengan menjaga diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan perintah-Ku); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
Sah memang sah pilihanraya tidak sama sekali akan berlaku pada tahun ini. Ini telah disahkan sendiri oleh pegawai daerah Klang .sesapo yanag masih nak menafikkan kenyataan den ini,entahlah apo laie perkataan yang den nak kuarkan lagi bagi mengukuhkan fakta den ni.
Confirm tidak akan berlaku this year? so boleh lah menghebahkan berita gumbira ini ada sahabat dan taulan bahawa PRU ke 13 akan bertempur pada tahun hadapan.{sini}.Bersiap sedialah jemaah2 islam dan penegak2 keadilan, sah peperangan akan berhintung tahun hadapan 2012.
KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui laporan media bahawa air di Kelantan tercemar dengan logam berat serta bakteria E-coli yang boleh menjejas serta membahayakan kesihatan penduduk negeri ini.
Beliau yang juga Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) juga mengakui gagal menyekat pembangunan di Hulu Kelantan, terutama di Lojing sehingga menyebabkan pencemaran Sungai Kelantan, sekali gus menjejaskan kualiti bekalan air.
Namun, Nik Aziz tetap menyalahkan media yang didakwa mengambil kesempatan untuk menimbulkan isu berkenaan dengan niat memburukkan Kelantan.
“Saya akui benda itu (pencemaran) berlaku, namun tidaklah seperti yang dibesarkan (akhbar perdana). Memang di Kelantan ada ‘orang terliur’ semuanya. Tapi kena ingat, selain Sungai Kelantan, sungai di negeri lain kotor juga.
Namun begitu, operasi AKSB kini semakin baik dan akan melakukan migrasi (naik taraf) apabila menerima bantuan kewangan nanti,” katanya kepada pemberita, di sini semalam. {bharian}
'Kami tolak Azlan Man jadi MB' : umno perlis
-
SEMBILAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perlis
menolak pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar negeri itu.
Perkara i...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib
-
BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak,
tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681
million ...
KUASA DI TANGAN RAKYAT
-
“Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau
membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan
k...
Perebutan takhta.. Rakyat dapat apa??
-
Tak sangka pulak sekarang ni musim bekas*2* kerabat yang entah mana asal
usul mula menuntut takhta kerajaan negeri yang sejarah tercatat lama dahulu
yang S...
Analisa PRK DUN N.25 Kajang
-
Ini Keputusan RASMI Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
N.25 Kajang -:
Datin Seri DR. Wan Azizah Wan Ismail (PKR)- 16,741 Undi (-1,445)
...
DAP dedah satu lagi kes Umno beli tanah murah
-
Malunya DAP yang didakwa umno bahawa parti itu racist benci melayu, so
dengan pendedahan ini umno aan counter " ini cina dengki sama melayu..
ADUN Sekinc...