Powered by Blogger.

{Video Inside} Gambar ribuan berhimpun bantah Bil Perhimpunan Aman di Parlimen

>> Tuesday, 29 November 2011


Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan
.{mkini}

Ayam aktivis rakyat
Blogger Tukartiub

Sokongan padu rakyat tanpa kira kaum dan agama

Pemuda umno,pekida dan perkasa bergabung satu BAS menentang apa yang sendiri tak tahu
Sekatan polis 100 meter daripagar parlimen
Semangat lawyer


Cameraman Polis (kuat menyamar)
golongan marhaen
Ulasan Admin:-
Sedikit demi sedikit kerajaan umno mencelakakan rakyat sendiri, dengan akta ini senang2 kuasa sepenuhnya di serah bulat2 pada polis dan polis buat duit senang2.bayangkan satu kepala demonstran rm2000?? dan kalau 30k cuba kalai dengan 2k....pakcik kayooooooooooo


Read more >>

Read more...

Walk for Freedom skarang di Parlimen

Ulasan Admin:-
Moh kita ke sana skarang wahai anak mudo.


Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.


">Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.{Mkini}

Read more >>

Read more...

Teruskan berjuang walaupun saya diperjara-Anwar

Gambar anwar di kongres PKR di johor Bharu

JOHOR BAHRU,27 NOV: Penjara bukan menjadi halangan untuk meneruskan reformasi dalam parti sebaliknya harus dijadikan semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.

"Saya tidak takut dan tidak gentar kalau pun saya dipenjara kerana agenda mereformasikan negara ini dari cengkaman kezaliman pemimpin-pemimpin Umno-BN merupakan agenda rakyat yang didokong oleh Keadilan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampai ucapan di sesi penggulungan dan ucapan penangguhan Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 di sini hari ini.

Mengulas lanjut Anwar berkata usaha kerajaan pemerintah memburukkan politik negara dengan fitnah dan serangan pribadi ketas dirinya tidak mematahkan semangat beliau malah ia menyedarkan rakyat dari terus dizalimi.

"Saya dipenjarakan enam tahun, adakah harga minyak turun? Adakah politik antara kaum bertambah baik? Adakah negara semakin sejahtera? Jadi apa yang berlaku selama ini adakah kerana Anwar?" tegas Anwar .

Anwar berkata pertemuan dengan rakyat bawahan untuk mendengar keluh kesah mereka adalah ubat mujarab yang menjadi formula kepada karier politiknya yang sering dihimpit pelbagai dugaan dan cabaran pihak lawan.

"Saya belajar semua ini dengan siapa? Dengan pak lebai dan semangat saya datangnya dari mana? Dari mak cik tua. Golongan ini yang memberi api kepada obor perjuangan kita.

"Setiap kali saya bersua muka dengan rakyat bawahan, saya renung mata mereka, saya nampak derita dan harapan mereka," katanya.

Menyedari kekuatan perjuangan Pakatan Rakyat berpunca dari gerakan rakyat bawahan, Anwar menjelaskan Umno-BN menjadikan golongan ini sebagai sasaran untuk menyebarkan fitnah bagi memburukan dan menyemai benih kebencian kepada Pakatan.

"Strategi penting mereka (Umno-BN) ialah menyebarkan fitnah dan khabar angin supaya membenci kita."{Tvs}
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER