Powered by Blogger.

Najib tanggung dosa sekiranya PRU13 musim haji

>> Sunday, 17 June 2012




Itulah antara kata2-kata timbalan presiden PAS haji mohd Sabu, masa panjang diberikan untuk tempoh menetukkan tarikh pilihanraya kenapa musim haji jg kamu pilih oittt.
Mungkin najib rasa antara jemaah haji yang ke tanah suci majoriti penyokong PAS? 
Memilih pemimpin lima tahun skali adalah penting oitttt. Para ulama usul Fiqh menetapkan kaedah bahawa perkara yang menjadi halangan menunaikan yang wajib kalau tidak melakukannya menjadi wajib juga. Begitulah pilihanraya adalah cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab Islam dengan nas dan ijmak, kecuali mazhab yang sesat. Al Quran menyebut ayat-ayat yang banyak dalam beberapa surah menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang akan dihisab pada hari qiamat nanti.

SHAH ALAM,13 JUN: Jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), diadakan semasa musim haji, individu yang wajib menanggung dosa adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Najib seorang Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab sekiranya ini berlaku kerana beliau mempunyai tempoh masa yang panjang untuk menentukan tarikh pilihanraya.
Perkara ini nyata boleh mengganggu kosentrasi dan persiapan bakal haji, ujar beliau.
“Apa yang berlaku Najib harus bertanggungjawab sampai terpaksa menagguh atau tidak pergi haji. Dia kena pikul dosa siapa yang terlibat dalam ibadah haji ini,” katanya apabila dihubungi.
Mohamad bercakap demikian dalam mengulas spekulasi yang pilihanraya akan diadakan pada musim haji pada bulan Zulhijah pada pertengahan Oktober sehingga pertengahan November.
Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli parti yang terlibat secara langsung dalam pilihanraya seperti calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya agar menangguhkan rancangan untuk menunaikan ibadah haji.
Kata Mohamad, perkara ini bukan soal siapa akan menang atau kalah tetapi persoalan mengapa memilih waktu berkenaan sedangkan beliau mempunyai masa yang panjang.
“Dia (Najib Razak) telah mempunyai masa yang lama. Dari sekarang sehingga tahun hadapan, dia boleh pilih masa mana. Mengapa nak memilih musim haji?
“Najib bertanggungjawab diatas kesusahan orang di sudut jiwa, persiapan dan sebagainya,” katanya.
Kenyataan Tuan Ibrahim turut disokong oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyatakan ibadah haji boleh ditangguhkan dan ia tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti ibadah solat.
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno-BN akan menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU-13 pada musim haji tahun ini.
Hadi menyatakan, hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan di antara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.
Abdul Hadi berkata, Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.sk


PRU musim haji boleh timbulkan fitnah, kata Juanda


KUALA LUMPUR 16 Jun – Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menegaskan mengundi pada pilihan raya adalah wajib dan ia harus diberikan keutamaan bagi memberikan kekuatan kepada umat Islam.

Dipetik Sinar Harian beliau turut berkata pilihan raya umum yang diadakan dalam musin haji adalah satu tindakan yang tidak wajar dan boleh mendatangkan fitnah kepada umat Islam di negara ini Jelas Juanda jika kerajaan tidak mengambil tindakan yang adil secara menyeluruh umat Islam juga akan mengalami kelemahan dari segi politiknya “

Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadah mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang-orang politik ” katanya kepada Sinar Harian “Jika benar ia diumumkan dalam musim haji nanti baru kita menyatakan soal hukum kerana bercakap mengenai hukum terhadap perkara yang belum berlaku agak kurang cerdik dan boleh mendatangkan huruhara ” katanya.TMI

p/s: Tumbangkan BN pru13...ABU
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER