KALAU TAK MENIPU TAK BOLEH KER...!!!
>> Sunday, 17 January 2010
MENTERI GULA YANG BARU
SIK: Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram bermula 1 Januari lalu perlu dilihat secara positif oleh rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya pengguna perlu mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian kerana masyarakat sudah sedar kesan terhadap kesihatan yang bakal dihadapi sekiranya pengambilan gula tidak dikawal.
"Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Diabetis Malaysia, seramai 1.2 juta rakyat menghidap penyakit kencing manis," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dan Pelancaran Kobera Peringkat Negeri Kedah, di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, dekat sini hari ini.
Beliau berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pula menyatakan bahawa untuk sehari hanya tujuh sudu gula sahaja diperlukan dalam makanan dan minuman.
"Jadi, kenaikan harga gula ini bukanlah satu bebanan tetapi untuk kebaikan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia," katanya.
Ismail berkata, sepanjang tahun lepas, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 60 sen untuk setiap sekilogram gula dan jika harga gula tidak dinaikkan tahun ini, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1 bagi setiap 1kg.
Mengenai Koperasi Bela Rakyat (Kobera) yang dilancarkan hari ini, beliau berkata ia sejajar dengan gagasan 1Malaysia dan teras ketiga misi nasional iaitu mengatasi masalah kemiskinan tegar dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi di kalangan rakyat.
"Kobera memberi fokus kepada usaha-usaha membangun ekonomi golongan miskin dan seterusnya membawa mereka keluar dari belenggu kemiskinan," katanya.
Beliau berkata, konsep Kobera adalah mengumpul dan menggalakkan rakyat yang kurang berkemampuan untuk bekerjasama menubuhkan koperasi bagi membantu meningkatkan ekonomi seterusnya menambah sumber pendapatan.
"Setiap Kobera akan diberikan bantuan sebanyak RM30,000 yang berupa geran pelancaran setelah mengenalpasti projek yang akan dijalankan tetapi jika jumlah peruntukan itu tidak mencukupi, mereka boleh membuat pinjaman tanpa dikenakan faedah sebanyak RM50,000 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)," katanya.
Ismail berkata sebanyak 205 Kobera telah berdaftar, manakala 184 lagi masih dalam proses penubuhan dan sebanyak 38 Kobera telah pun diluluskan bantuan yang bernilai RM1.14 juta oleh SKM.
note:-

seorang menteri pasola memperdayakan org ramai dgn alunan lagu bila larut malam...!!!
suara yang jahat berkumandang mendendangkan rentak tari pendengar yang bodoh...!!!
tahap pendidikan nak jadi menteri bukannya suatu yang susah hanya lepas pmr...!!!
yang paling penting pandai membelai,menyanyi,berirama,putar belit menipu orang ramai...!!!
kahkahkah ada kepatut seorang menteri mengeluarkan kata2 yang jangkal lagi dangkal lagi dengok...!!!
memang tak masuk akal yang rasa2 nya belum gila lagi bila disuruh berjimat dalam isu gula gila ini...!!!
bila pulak mamat ni pandai bidang kedoktoran,bagi alasan kenaikan gula pun biarlah masuk akal...!!!
kenaikan harga gula untuk menanggung kereta2 mewah menteri2,elaun2 yang tak masuk akal...!!!
woi ekonomi gawat ni apakata potong elaun menteri2,kahkahkah mesti lu cakap aku bodoh...!!!
aku boleh kawal gula,tapi boleh ker menteri kawal belanja harian,boleh ker menteri minum kedai pacak...!!!
boleh ker menteri pakai baju seluar local,boleh ker puak2 gerombolan hidup macam seorang muslim...!!!
boleh ker puak2 toghut ni hidup mcam seorang alim ulamak...!!!
boleh ker menteri kalau tak kelentong orang ramai...!!!
susah percaya kalau geng2 gerombolan ni bila pakai kupiah...!!!
Mengenai Koperasi Bela Rakyat (Kobera) yang dilancarkan hari ini, beliau berkata ia sejajar dengan gagasan 1Malaysia dan teras ketiga misi nasional iaitu mengatasi masalah kemiskinan tegar dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi di kalangan rakyat.
"Kobera memberi fokus kepada usaha-usaha membangun ekonomi golongan miskin dan seterusnya membawa mereka keluar dari belenggu kemiskinan," katanya.
Beliau berkata, konsep Kobera adalah mengumpul dan menggalakkan rakyat yang kurang berkemampuan untuk bekerjasama menubuhkan koperasi bagi membantu meningkatkan ekonomi seterusnya menambah sumber pendapatan.
"Setiap Kobera akan diberikan bantuan sebanyak RM30,000 yang berupa geran pelancaran setelah mengenalpasti projek yang akan dijalankan tetapi jika jumlah peruntukan itu tidak mencukupi, mereka boleh membuat pinjaman tanpa dikenakan faedah sebanyak RM50,000 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)," katanya.
Ismail berkata sebanyak 205 Kobera telah berdaftar, manakala 184 lagi masih dalam proses penubuhan dan sebanyak 38 Kobera telah pun diluluskan bantuan yang bernilai RM1.14 juta oleh SKM.
note:-
kobera tu menatang apa pulak ni...!!!
suruhanjaya siasat kenaikan gula...!!!
habis modal kelentong rela wujudkan koperasi bodoh2 bagi mengukuhkan kekelentonganya...!!!
membasmi miskin tegar bantuan tak dibagi,dibagi pun hanya 5 tahun sekali menjelang pru...!!!
sanggup tengok melayu merempat,miskin senang pancing senang dapat kuasa memerintah samapi bila2...!!!
jangan nak menipu lagi kobera hanya boneka gerombolan semata-mata...!!!
tahun depan nama kobera tidak lagi kedengaran percayalah cakap gua...!!!
gerombolan lebih suka melayu merempat,menagih,dihina pastu senang cucuk hidung bro...!!!
tak cayer lu pergi tanya budak2 graduate yang buat analisis pasal gerombolan menipu melayu...!!!
percayalah apa gerombolan buat bukan untuk kebaikan melayu untuk memampuskan lagi ada...!!!
itu lah kerja gerombolan dari celik mata sampai ke kubur duit-duit duit...!!!