Powered by Blogger.

KENYANG PERUT SENANG HATI,SUDAH KEMARUK SENANG MATI

>> Thursday, 25 February 2010

Lu dengar gua sebut mati dah takut...kalau takut makan pil wala' banyak...ops sori dengan geng pro reform gua tak jual hanya yang kaki usrah dan jemaah hairaki je gua jual pil wala" yang tiada kat farmasi buat masa ini.

So gua dah berubah hati kali ni nak jual pil wala' pada ustaz2,orang gila kuasa yang menetang pimpinan mereka sendiri atau saper2 yang tak tahu pasal wala' dan gua nak buat program  kursus penerangan tentang wala' secara percuma...mana2 blogger,ustaz yang dikatakan kuliahnya cukup mantop tu dan yang mengaku pejuang pas sila hadirkan diri anda....so lu tunggu apa lagi peserta terhad dewan hanya muat lebih kurang 3000 saje...peserta yang pertama berjaya mendaftar akan di beri percuma sebuah tingkat bangunan KLCC di tingkat 36.

Selamat berjuang pas reform anda sudah gila pasal wala',kalau ada ustaz dikalangan anda lagi banggang,ustaz takkan tak tahu baca muqaddam..pasal anda hanya pandai berblogging semata-mata...turun program jauh sekali malah nak berusrah...kehkehkeh sama cam PKR dan umno...kehkehkeh.segala buti-butir maklumat mendaftar sila email kat gua.


!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
 !!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!



Read more >>

Read more...

GUA NAK LANCAR PROJEK BARU UNTUK LU SEMUA

Memandangkan sejak akhir-akhir ini banyak sangat blogger2 yang pro pakatan rakyat samaada pas atau pkr yang tak habis-habis menghentam pas...kerja menghentam pas dari dalam dan luar ini berlaku semenjak idea kerajaan perpaduan di lontarkan.


Sejak dari itu blogger terutamanya dari pas berpecah kepada dua antara pro pakatan (pas reform) dengan pro ulamak (pRo UG)...kemuncak perselisihan faham antara blogger dan pimpinan tidak terhenti begitu sahaja malah berlarutan sampai ke tahap mahkamah...malah yang turut menjadi mangsa bahan sesetengah blogger pro reform ini adalah pimpinan pas terengganu.


Ketidak puasan hati beliau ini sampai kutuk mengutuk,caci,maki dan mengaibkan pas terengganu sehingga mengunkit kekalahan pas terengganu pada 2004 adalah kerana kegagalan pas terengganu itu sendiri...turut menjadi mangsa kerakusan perogol bersiri ini juga adalah tuan presiden,setiausaha agong pas,pjs terengganu dan yang terbaru cubaan untuk menkodemkan yb MP kuala terengganu wahid endut


yang paling gua kesal,penyerang dari pelbagai posisi yang tidak akan ada titik noktah ini berlaku pada blogger2 pakatan itu sendiri ...namun tanpa disedari menjadi makanan untuk diratah oleh umno pada bila-bila masa sahaja.


Oleh itu mari lah ramai2 semua blogger pakatan terutamanya dari pas atau pkr yang dikatakan pro erdogan kita rapatkan saf-saf untuk kita menyerang habis-habisan pas terengganu...biar pas terengganu berkubur kalau boleh di sana menjadi kubu kuat umno dan BN...Biar menjadi terengganu darul umno baru padam muka dengan pas terengganu.


Oleh itu gua nak lancarkan projek baru gua "LANGGAR PAS TERENGGANU SAMPAI TERSUNGKUR"amacam ada beran?lu ada telor lu ada misai kucing lu comment la.


Ayuh blogger jangan tunggu lagi hapuskan pas terengganu...kehkehkeh
Read more >>

Read more...

CADANGAN DARI SEORANG YANG ANGGAP GUA BETUL2 KETUA POLIS

Oleh:KetuaPolis
Pagi2 gua buka facebook ...adalah seorang mamat ni add gua dalam facebook...kononnya nak jadi kawan online la...Sebelum gua respond gua terpandang satu message kat inbox gua...message dari mamat ni juga memberi cadangan kepada gua yang memang dia anggap gua betul2 ketua polis wakakaka...siap panggil gua tan sri lagi memang jaga budi bahasa  betul mamat ni...kehkehkeh

jeng..jeng..jeng selamat membaca

Tan sri saya ader cadangan untuk benteras mat rempit dan kes kecurian motor disamping dapat menaikkan mutu sukan bermotor cadangan saya ialah:-

Jika kita adakan litar lumba untuk mat rempit,tidak guna kerana mereka tidak suka berlumba di situ.Sebabnya mereka tidak dapat bermegah tatkala mempamerkan aksi itulah sebabnya kita sediakan litar lumba,tapi masih ader yg merempit dijalanan. 

Cadangan saya kita biarkan mereka berlumba setiap hujung minggu di dataran merdeka dengan kelolaan majlis sukan atau badan ngo.Disamping bawah penguasaan pdrm kenakan mereka bayaran rm 1 setiap kepala.

Dan kenakan syarat setiap kumpulan mat rempit yg datang mesti berdaftar dgn pdrm atau majlis sukan atau bdn ngo.

Dan bg kes kecurian motor pula tugaskan skuad sb intipan untuk melakukan intipan dan kemudian mengenalpasti mat rempit yg menjalankan kegiatan curi motort.Tetapi lakukan tangkapan di tempat lain bukan semasa acara di dataran merdeka diadakan.

Itu cuma cadangan saya saya hanya menjalankan kewajipan sebagai rakyat malaysia yg cintakan keamanan sekian terima kasih harap dibaca dan di terima seandainya dapat meringankan kerja pdrm.

dari seorang mamat pesbuk adnan sempit sempit
lu memang sempit la bro...kehkehkeh

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
 !!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak
...!!!
Read more >>

Read more...

AWASI RUMAH ANDA DARI GENG GEROMBOLAN

Oleh;KetuaPolis
note:-
apa bezanya perompak seperti ini dengan perompak seperti umno hari ini...setiap saat setiap detik menketedarah harta duit rakyat...memang lu umno celako..celako..celako...tak mahu jadi celako lu kena bela islam macam yb kulimaksssssss...kehkehkeh

PETALING JAYA 25 Feb — Seorang penulis bersama anggota keluarga dan dua rakannya melalui saat mencemaskan selama setengah jam apabila tiga perompak bersenjata parang memecah masuk ke rumah mereka di Jalan Pegaga 8/9A, Seksyen 8, Kota Damansara di sini malam tadi.

Kejadian pada pukul 9.30 malam itu menyebabkan Mohd Ghodzali Abd Rashid, 61, atau nama penanya Malim Ghodzali PK kerugian kira-kira RM40,000 apabila tiga lelaki terbabit melarikan kunci kereta, barangan kemas, wang tunai dan dua komputer riba milik beliau dan keluarganya.

Mohd Ghodzali berkata kejadian berlaku ketika beliau bersama dua rakannya sedang duduk berbincang di pekarangan rumah teres dua tingkat miliknya sebelum didatangi tiga perompak yang kesemuanya memakai topi keledar bertutup penuh dan mengacukan parang dan pisau rambo.

"Ketika itu kami berada di hadapan rumah dan salah seorang rakan pergi ke kereta mengambil barang. Ketika beliau masuk kembali ke dalam dan belum pun sempat menutup pagar rumah, tiga lelaki menaiki dua motosikal terus berlari ke arah kami.

"Ketika kejadian isteri saya yang merupakan Penulis Kanan Primeworks Studio, Ratnawati Jamil, 47, bersama tiga anak dan pembantu rumah berada di dalam rumah.Perompak kemudiannya mengarahkan kami semua tunduk dan diam,” katanya.

Beliau berkata tiga lelaki itu mengacukan parang ke arah isteri, pembantu rumah dan ketiga-tiga anaknya serta mengugut untuk mencederakan anak bongsunya Emir Yassin, 7, jika mereka menjerit meminta tolong.

"Mereka mulanya bercakap Bahasa Melayu tetapi ketika mereka melarikan diri, saya terdengar mereka menjerit seperti bahasa Indonesia,” katanya yang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

Beliau yang tinggal di rumah itu sejak enam tahun lepas, berkata kawasan perumahan berkenaan mempunyai pengawal keselamatan dan mereka membuat rondaan bermula pukul 11 malam hingga 7 pagi.— BERNAMA
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER