Powered by Blogger.

INI DIA RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN KRONI DI UTAMAKAN

>> Tuesday, 16 March 2010

Oleh:KetuaPolis


 Jika Israel merampas tanah rakyat di Palestin dan merobohkan rumah penduduk di negara itu, situasi sama hampir berlaku di Sabah apabila kerajaan negeri mahu merampas tanah dan bakal merobohkan puluhan rumah rakyat tempatan di Perkampungan Tradisional Melayu Lupak Meluas, dalam kawasan Parlimen Batu Sapi, Sandakan Sabah menjelang April ini.

Tanah yang berkeluasan lebih 30 ekar itu mula didiami penduduk berkenaan sejak tahun 1970-an lagi yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh, peniaga dan nelayan.

Perkampungan yang majoriti penduduknya beragama Islam itu mula dibangunkan sejak lebih tiga dekad lalu yang sehingga kini penduduknya melebihi 3,000 orang.

Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Batu Sapi, Tuan Haji Hamzah Abdullah berkata, aduan yang diterimanya dari penduduk terbabit yang kebanyakannya Bumiputera Islam mendapati tanah itu telah digazetkan oleh kerajaan negeri pada tahun 2002.

“Tanah ini telah digazetkan sebagai Tanah Rezab Anak Negeri di bawah Seksyen 78 (1) dan (3) Ordinan Tanah Negeri Sabah 2002 dan terletak kira-kira 10 kilometer dari Pusat Bandar Sandakan.
Sepatutnya, pemaju dan kerajaan negeri menghormati hak rakyat dan bukannya bertindak merampasnya,” katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.

Beliau turut mengecam kerajaan negeri yang berbangga dengan slogan bosnya, Najib Razak, kononnya 1Malaysia tetapi pada masa yang sama menafikan hak rakyat untuk mendapatkan jaminan keselamatan malah sanggup mengusir mereka.

“Apa gunanya 1Malaysia kalau Rakyat di ‘Hulu’kan Pencapaian di’Tamak’kan,” tambahnya, yang turut bersama penduduk berkenaan mengadakan bantahan secara aman awal Mac lalu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk terbabit terus berusaha, bersabar dan bermunajat kepada Allah swt agar cita-cita jahat BN itu digagalkan kerana doa orang yang dizalimi mudah dimakbulkan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah itu turut berjanji akan menjadikan agenda itu sebagai salah satu agenda penting untuk diselesaikan sebaik Pakatan Rakyat menawan Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Konvensyen Pertama PR di Shah Alam pada 19 Disember lalu antara lain menekankan bahawa Tanah Adat Orang Asal di Sabah dan Sarawak mesti dipertahankan dan pada masa yang sama menghentikan serta-merta penindasan ke atas rakyat khasnya di kawasan Pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

Selain itu, PR turut mencadangkan agar khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyat dengan memperuntukkan royalti 20 peratus daripada pendapatan petroleum mereka.
Parlimen Batu Sapi ketika ini diwakili oleh BN, Chong Ket Wah, di mana majoriti pengundinya merupakan Bumiputera Islam iaitu lebih 60 peratus daripada 26,000 lebih pengundi.

Berikut ialah ANTARA rampasan tanah terhadap rakyat Sabah akhir-akhir ini. (Sekadar menyebut beberapa kes walaupun jumlah sebenar lcukup banyak)

8 Disember 2009 : Kira-kira 90 penduduk Kampung Pogun dan Babaig, di Penampang, mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan pihak tertentu melakukan upacara pecah tanah projek pembangunan tanpa sebarang notis kepada mereka yang mana majlis itu dijangka dirasmikan Ahli Parlimen (MP) BN bagi kawasan Penampang, Bernard Dompok.

25 Disember 2009 : Lebih 3,000 penduduk dari 10 buah kampung di Kota Marudu mendesak kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah tuntutan tanah bertindih antara penduduk kampung tersebut dan dari sebuah pemaju.

26 Januari 2010 : Kira-kira 400 penduduk daripada 75 keluarga di Kampung Kiulu Baru dan Silik Silikan, Membakut diarah berpindah tanpa diberi pampasan walaupun menetap di situ sejak 30 tahun lalu.

Syarikat yang beribu pejabat di Kota Kinabalu itu turut memberi amaran kepada penduduk terbabit supaya segera berpindah atau menghadapi tindakan tegas, termasuk tindakan undang-undang jika enggan berpindah.

30 Januari 2010 : Sejumlah 18 daripada 24 hektar tanah penduduk yang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit sejak 1995 di kampung Ulu Tongod, Beluran, Sabah didakwa dipindah milik kepada individu lain pada tahun 1997 walaupun mereka telah memohon terlebih dahulu daripada pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Sabah sejak tahun 1992.

Penduduk turut mendapati individu tersebut tidak mengusahakan tanah itu sebaliknya menjualkannya kepada sebuah syarikat swasta.

18 Februari 2009 : Seramai 400 penduduk berketurunan Iban di Rumah Panjang Kampung Iban, Ulu Merotai, Tawau hilang punca pendapatan apabila tanah seluas 728.4 hektar yang mereka duduki sejak 32 tahun lalu dipaksa untuk dikosongkan.

Tiga unit polis mengawal keadaan di kawasan berkenaan iaitu FRU, Pasukan Gerakan Am (PGA), PORU, termasuklah daripada Jabatan Perhutanan sendiri untuk berdepan dengan bantahan rakyat yang tertindas.

Penduduk itu mentangkan tiga kain rentang yang tertulis ‘Jangan Musnahkan Periuk Nasi Kami, Jangan Biarkan Kami Mengemis Di Bumi Peladang Sendiri’, ‘Inikah Konsep 1Malaysia? Beruk Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan’ dan juga ‘Mana Janji Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.-erapakatan 

!!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala otak ...!!!
 
Read more >>

Read more...

WANG MALAYSIA SLOGAN BODOH LAGI MENIPU

Kata orang… kerajaan BN adalah kerajaan slogan. Lepas seorang demi seorang pemimpin UMNO menyambut baton pemerintahan dan pentadbiran…. telah memperkenalkan segala macam slogan. Entah apa-apa… Malas aku nak soreh lebih-lebih.


Najib tak terkecuali. Naik saja dia sebagai Perdana Menteri Malaysia… kita diperkenalkan dengan slogan copy-cat, Satu Malaysia!! Satu Malaysia cuba membaikpulih imej Najib yang pernah tercemar dengan…. kata-kata rasisnya terhadap kaum Cina semasa dia menjadi Ketua Pemuda UMNO sehingga kerajaan melancarkan Operasi Lalang. Para pemimpin UMNO dan MCA yang bertelagah…. para pemimpin pembangkang pulak yang diISAkan. Dia menghilangkan diri, bertapa di Indonesia…. senyap sunyi… sepi, tak dengar suara. Apabila keadaan dah reda, baru nampak muka dia semula.

Penakut!! Pengecut!! Not accountable!! Apakah ini kualiti  Piem Satu Malaysia kita??
Alamak… susahlah macam ni!! Piem mesti ada kualiti terpuji. Baru lah rakyat dan dunia boleh respek. Tapi… Piem kita?

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut imej tercela. Kata-kata yang hamburkannya terhadap kaum Cina, masih lekat dalam ingatan mereka. Kaum Cina, bukan macam kaum Melayu yang mudah lupa. Bukan aku kata… tetapi Che Det, mentor dia yang kata. Lantaran itu, imej Najib masih tercemar pada pandangan mata kaum Cina, khususnya.Read more
Read more >>

Read more...

10 PERKARA YANG PERLU TAHU BILA GUA TAHAN LU


1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …

a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)

a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN

a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.


4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:

S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER