AWEK CUN MELECUN PKR BERSUARA
>> Friday, 5 March 2010
Pengumuman terkini Ahli Parlimen (MP) Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri menuruti jejak songsang MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Bee Beng dengan meninggalkan parti sebagai sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PKR.
Kejadian ahli-ahli parlimen mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada parti dan mahu membina "barisan indipenden" bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba. Tindakan pelompat ini didorong oleh imbuhan kewangan. Memang benar, PKR tidak mampu bersaing dengan BN apabila ditimbulkan persoalan imbuhan kewangan.
Rancangan dasyat BN ini termasuklah menggunakan hartawan-hartawan tertentu bagi membantu melangsaikan beban kewangan yang ditanggung ahli-ahli parlimen opurtunis ini (krisis di Perak menjadi kes jelas manipulasi kewangan). Menjadi perkara yang diketahui umum bahawa sesetengah dari mereka telah selesai melangsaikan hutang dan menjadi bertambah kaya.
Malangnya, bekas Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim telah mengatur pelompatan politik ini. Dia memanipulasi ahli-ahli parlimen yang lemah dan tidak teguh iman perjuangannya, untuk digoda masuk ke dalam perangkap BN.
Kehadiran Sallehuddin pada beberapa sidang akhbar pelompat-pelompat politik adalah tidak mengejutkan. Selepas perletakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin aktif menjalin hubungan dengan para pemimpin BN termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah.
Sallehuddin sendiri mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin PKR, mengakui dia menemui Najib dan Rosmah dua hari sebelum sambutan Tahun Baru China. Cukup meragukan, aneh dan ganjil buat seseorang yang pernah memegang jawatan kanan dalam PKR tiba-tiba menyatakan bahawa dia kini yakin dengan BN dan pemimpinnya.
Dia akan terus memutar belitkan cerita bahawa dia kecewa dengan parti dan menyebarkan cerita pembohongan dan separuh benar, biarpun hakikat sebenarnya hanyalah godaan rakus wang ringgit.
Meskipun BN dan Sallehuddin meneruskan kempen ganas ini, Pakatan Rakyat dan PKR akan tetap teguh dan tidak gentar dengan tindakan sebegini. Kami tahu cubaan-cubaan ini dikira-kirakan dapat merosak dan menghancurkan PKR kerana PKR menjadi ancaman sebenar BN.
Semenjak pilihanraya umum dan pilihanraya kecil berikutnya, BN tewas banyak kerusi-kerusi dengan penduduk berbilang kaum kepada PKR. Parti ini yakin bahawa pelompatan politik ini akan hanya membuatkan kami lebih kuat lagi.
Kami menyeru Rakyat jelata membantu kami untuk melakukan tindakan yang betul - bergerak memerdekakan diri daripada sistem yang rasuah, tidak adil dan menindas ke arah sistem pentadbiran yang bersih dan demokratik.keadilanrakyat