Powered by Blogger.

SAYA RASA SUDAH SEMAKIN KENDUR...DAH TUA BUAT CARA TUA

>> Monday 15 March 2010

note:
kehkehkeh...tahu pun diri tu dah tua...lu sudah kena bala la pakcik...lu sudah kena itu satu penyakit apa olang panggil sipilis ek...lu patut bersunat sekali lagi baru ada urmmmmmmm...baru lu punya bini terangkat...kalau kendur pondan pun lari...kehkehkeh...alahai mohsin try angkat kupiah tengok berapa riban duk ada...kahkahkah

Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri menjelaskan bahawa beliau tidak dapat dihubungi kira-kira seminggu selepas keluar PKR baru-baru ini kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

Sehubungan itu, tambahnya beliau mengambil keputusan tidak turun ke kawasan parlimennya dan menutup pejabat wakil rakyatnya buat sementara waktu.

“Insya-Allah, tidak lama lagi (beroperasi kembali). Saya rasa sudah makin kendur (bantahan orang ramai),” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau sebelum itu membacakan sepotong ayat daripada surah Yasin yang mengisahkan bagaimana Rasulullah dapat meloloskan diri daripada dibunuh kaum kafir Quraish pada zaman permulaan dakwah Islam walaupun rumah baginda telah dikepong.

Mohsin diminta mengulas tindakannya 'menghilangkan diri' selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pengundurannya itu dikritik pelbagai pihak dalam pembangkang, termasuk melalui beberapa siri demonstrasi dan solat hajat tujuh malam supaya beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberikan laluan kepada pilihan raya kecil.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohsin bagaimanapun dilihat cuba bersikap tenang dan positif menangani perkara tersebut.

“Saya ingin mengambil iktibar daripada kisah Rasulullah berdakwah ke Taif. Baginda mendapat banyak tentangan sehingga dibaling dengan batu.

“Rasulullah bagaimanapun memaafkannya dan mendoakan kebaikan untuk mereka kerana mereka tidak tahu (baik-buruk perbuatan masing-masing),” katanya yang enggan mengkritik langsung pihak-pihak tertentu.

Mohsin bagaimanapun memberikan jaminannya akan terus memperjuangkan nasib rakyat di kawasannya secara lebih bebas tanpa perlu terikat dengan mana-mana parti.

“Kalau dengan Umno, ada yang saya tidak boleh kata (suarakan). Kalau dengan PAS, ada yang sama tidak boleh kata,” katanya, sekaligus menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai Umno.

Mohsin menambah, oleh kerana beliau kini bebas sepenuhnya, kemungkinan terdapat keadaan-keadaan tertentu apabila beliau menyokong kerajaan dan pada masa yang lain menyokong pula pembangkang ketika membahaskan sesuatu isu di parlimen.

Setakat ini, sekurang-kurang dua demonstrasi dilaporkan diadakan di Bagan Serai susulan peletakan jawatan Mohsin daripada PKR dua minggu lalu.

Manakala bermula kelmarin, laporan di blog-blog menyebut, satu solat hajat khas anjuran ahli majlis syura Ulama PAS Ahmad Awang diadakan bagi memohon hukuman Allah terhadap Mohsin kerana didakwa mengkhianati perjuangan.-malaysiakini
Read more >>

Read more...

KAWASAN YANG BAKAL DI BEBASKAN OLEH SI PENGKHIANAT

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menyelar "Little Napoleons" dalam DAP dan PKR yang menyebarkan desas-desus bahawa beliau antara wakil rakyat Pakatan Rakyat yang bakal "keluar parti".
"Alamak!  What rumour?  Rumours created by the little napoleons? (Apa khabar angin?  Khabar angin yang direka-cipta little napoleons?)"   Demikianlah reaksi pertama dalam sms ketika ditanya oleh MerdekaReview, yang menghubunginya melalui perkhidmatan pesanan ringkas, semalam.

Apabila dijelaskan bahawa desas-desus itu berkisar pada masalah individu beliau, yang bakal menjurus kepada "keluar parti", beliau membalas, "All from the DAP and PKR little napoleons!  Faceless little napoleons."

Wee Choo Keong (gambar kiri), 57, pernah menjadi ahli parlimen Bukit Bintang pada tahun 1990, kemudian terjerat ke dalam kes MBF yang berakhir dengan pelucutan kelayakannya sebagai ahli parlimen pada tahun 1995.  Kes perbicaraan yang sarat dengan pertikaian ini merupakan punca nama Wee Choo Keong menjelma semula pada tahun 2007, dalam skandal "Lingam tape".

Wee CK dipecat oleh DAP pada tahun 1998, atas tuduhan terlibat dalam konspirasi "Kick Off Kit Siang" (KOKS) ketika itu.  Beliau telah menubuhkan Parti Demokratik Malaysia (Malaysian Democratic Party, MDP) pada tahun 2 Mei 1999, namun kecundang di semua kawasan yang dipertandingkan dalam PRU ke-10 dan ke-11.  Dalam PRU ke-12, Wee CK bertanding di Wangsa Maju dengan menyarung jersi PKR tanpa MDP dibubarkan.

Punca desas-desus

Wee CK menjadi antara wakil rakyat yang tersenarai dalam kumpulan "risiko tinggi", dikhabarkan bakal "keluar parti" mengikut jejak Zahrain Hashim, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzli Samsuri.  Desas-desus ini semakin kencang apabila Wee CK tidak menurunkan tandatangan ketika 12 ahli Dewan Rakyat tanpa jawatan parti mengisytiharkan kesetiaan mereka terhadap PKR pada 3 Mac lalu.

Malah, Wee CK pernah menyifatkan rakan seperjuangannya dalam PKR mahupun PR sebagai "Little Napoleon" dalam blognya, di samping menyeru agar "serangan peribadi" terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim dihentikan.  Baru-baru ini, Wee CK pula menjadikan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai sasaran, apabila mengungkit peristiwa gesaan "Harimau Jelutong" agar Anwar Ibrahim meletak jawatan.

Pada masa yang sama, khabar tersebar bahawa jejak Wee CK gagal dikesan setelah beliau melawat ke Amerika Syarikat dua minggu yang lalu.  Beliau menghadiri satu seminar berjudul "Urustadbir dan Keluhuran Undang-Undang di Malaysia", anjuran sebuah badan pemikir terkemuka - Pusat bagi Strategi dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) pada 25 Februari.  Menteri Jabatan Perdana Menteri, Abdul Nazri Aziz merupakan satu-satunya wakil kerajaan Malaysia ke seminar tersebut.  Kebetulannya, ahli parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim turut muncul di seminar itu.

Pusat perkhidmatan berjalan seperti biasa

Walau bagaimanapun, ketika wartawan MerdekaReview menjenguk ke pusat perkhidmatan Wee Choo Keong di Wangsa Maju pada Khamis lalu (11 Mac), didapati segalanya berjalan seperti biasa.  Bendara PKR masih berkibar di pusat perkhidmatannya, malah pembantunya Yaacob Hamid masih berada di situ untuk melayan pengundinya.
Ketika ditemuramah MerdekaReview, Yaacob Hamid berkata dirinya tidak mengesan sebarang "kelainan" yang ditunjukkan Wee CK, bahkan tiada masalah kewangan atau individu yang membelenggunya.  Malah, Yaacob menyangkal khabar Wee CK "hilang", kerana beliau masih berjumpa dengan Wee CK untuk menguruskan hal kawasan pengundiannya.

Apabila ditanya sama ada pemimpin BN atau proksi BN mengatur sebarang pertemuan dengan Wee CK, Yaacob terus menafikannya, tetapi menambah, "Kalaulah menghubunginya (Wee CK) secara terus, itu saya tidak tahu.  Masih ada persahabatan antara wakil rakyat, tidak aneh kalau saling menghubungi."

Sebulan yang lalu, tiga orang ahli parlimen PKR telah mengisytihar untuk keluar parti, ditambah pula dengan Zulkifli Noordin yang dipecat, bilangan ahli dewan rakyat PR telah jatuh ke paras 78.  Daripada 7 orang ahli parlimen bebas, SAPP telah mengisytiharkan bahawa ahli parlimennya, Eric Majimbun and Chua Soon Bui akan bersama PR untuk menggulingkan BN.

Dengan kata lain, seandainya kesemua lima ahli parlimen bebas yang lain menyokong BN, maka BN akan berada dalam kedudukan 137+5 (142), berbanding PR 78+2 (80).  Ringkasnya, BN masih memerlukan 6 orang ahli dewan rakyat daripada PR untuk mencecah majoriti dua pertiga.-merdekareview
Read more >>

Read more...

PAS MENDIDIK PEMUDA MEMATUHI UNDANG-UNDANG



Parti Islam Se Malaysia (PAS) sentiasa mendidik ahli-ahlinya terutama dikalangan Pemuda menghormati dan mematuhi undang-undang dijalanraya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata program Panduria sebagaimana yang diadakan oleh pemuda DUN Sura adalah satu contoh usaha PAS tersebut. 
(Gambar - Ustaz Wan Hassan (baju biru muda) melepaskan peserta Panduria 2010, disebelahnya adalah Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Mohd Dahlan Mohd Nor)

“Sebab itu program yang disusun ini (Panduria) ialah supaya para pemuda ada mempunyai jati diri mengetahui kepentingan peraturan, kepentingan untuk melaksanakan sesuatu berdasarkan saluran yang betul dan benar. 

“Di antara sifat semulajadi pemuda ialah gemar untuk berkawan. Di antaranya bermotosikal, diantaranya ialah beriadah, berekreasi. Islam tidak melarang itu semua. Tetapi mestilah di unjurkan ke arah kebaikan,”katanya ketika berucap merasmikan program Panduria 2010, semalam.

Menurutnya melalui program Panduria, PAS dapat menghasilkan pemuda yang memahami bahawa mereka adalah sebahagian daripada masyarakat pengguna jalan raya. 

Katanya, PAS DUN Sura telah berjaya menjadikannya sebagai acara tahunan, dan kali ini ia merupakan tahun yang kedua diadakan dengan ‘pelbagai’ pemuda yang menyertainya.

Dengan itu, katanya, para pemuda dapat mengelak daripada unsur-unsur negatif dan pandangan serong sesetengah daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap para pemuda.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Dungun berkata, pandangan negatif masyarakat menyebabakn timbulnya persepsi bahawa semua pemuda yang bermotosikal itu adalah ‘Mat Rempit’.

“Pernah berlaku satu kes, seorang pelajar , berlaku (telah ditimpa) kemalangan, (dan) dibawa ke hospital, 

“(namun) tidak segera diberi rawatan, kerana (pelajar univiversiti itu) dianggap mat rempit,”ujarnya.

Katanya, sekiranya ia berlaku sedemikian, is bermakna, suatu masalah yang sangat besar telah berlaku dalam masyarakat masa kini.

Justeru, atas keprihatinan itu, beliau berkata, PAS akan membawa persoalan ‘Mat Rempit’ ke dalam sidang DUN yang akan bersidang 5,6,7, dan 8 april depan.

“Kita (PAS) akan mengemukakan soalan, bagaimanakah usaha kerajaan negeri menangani, mengatasi masalah mat rempit, 

“kita (PAS) nak tanya sejauhmana usaha kerajaan negeri? Adakah telah dibuat satu permuafakatan dengan pihak keselamatan?

“ataupun mereka sendiri (pihak kerajaan) ada (menganjurkan) kursus-kursus motivasi yang perlu dan sebagainya,”jelasnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Dun Sura dan seluruh ahli jawatankuasa program Panduria serta pihak polis yang telah memberikan kerjasama menjayakan Panduria 2010.

“Saya ucap terima kasih juga kepada ketua Polis daerah Dungun, (khususnya) Supritendan Mohd Dahlan Mohd Noor kerana sudi untuk bersama dalam majlis perasmian pada pagi ini, mudah-mudahan kesinambungan hubungan ini akan berterusan,”katanya.-buletinonline
Read more >>

Read more...

PELUANG UNTUK MAMA ROSMAH KIAN CERAH PELUK CHONG WEI

note:
kehkehkeh...mana tidaknya sejarah telah tercatat dengan kemenangan cina ini...sejarah tidak lupa juga laki najib ini memeluk chong wei ke buah dada nya...kehkehkeh dayyus sungguh kau jibuntuya.

KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei muncul juara kejohanan All England yang ke-100 selepas menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago dalam perlawanan akhir 21-19, 21-19.-utusan
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER