Powered by Blogger.

NGO lapor polis Anwar menghina kaum India

>> Friday, 2 March 2012



KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung  penyebaran video di laman web Youtube yang menunjukkan beliau mengeluarkan kata-kata lucah menghina kaum India.

Laporan polis tersebut dibuat oleh NGO, Alternative Action Team (AAT) dan Kelab Perpaduan Insan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.
Presidennya, B Kalaivanar berkata, Ketua Umum PKR itu didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam ceramahnya ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang pada 9 Oktober 2009.

Rasis dan mengancam keharmonian
“Laporan ini dibuat supaya pihak polis mengambil satu tindakan tegas terhadap Anwar yang begitu rasis dan mengancam keharmonian yang dibina di Malaysia.

“Saya mahu polis merakamkan percakapan beliau dan Peguam Negara buat pertuduhan mahkamah terhadap Anwar,” tegasnya.


Katanya setakat ini sebanyak 27,000 penonton telah menyaksikan ucapan tersebut sejak video itu dimuat naik dalam Youtube sejak minggu lalu.

Ditanya sama ada pihaknya akan menarik balik laporan sekiranya Anwar memohon maaf secara terbuka, Kalaivanar bagaimanapun berkata itu terpulang kepada Anwar.

“Tetapi kita tetap tak boleh terima kerana beliau selama ini telah menyinggung perasaan masyarakat India,” katanya yang turut menyifatkan Anwar sebagai ‘pelakon handalan’- fmt
Read more >>

Read more...

[video Inside] Demo membantah LGBT di Masjid negara Tadi



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menggesa kerajaan menolak resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Malaysia dijangka akan menyertai Persidangan Sesi Ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang akan berlangsung mulai 5 Mac 2012 di Geneva, Switzerland.


Pengerusi Pembela Amiruddin Yahya berkata pihaknya khuatir tunduk terhadap tuntutan PBB yang mahu Malaysia mengiktiraf hak LGBT.


Sekaligus membenarkan aktiviti LGBT terus berleluasa di negara sedangkan Malaysia adalah negara Islam.

“NGO yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia akan mengambil kesempatan mengelirukan masyarakat dengan menekan kerajaan supaya tunduk kepada dikatakan “international standards and laws” untuk membenarkan seksual songsang diamalkan di negara kita.

“Kami juga mendesak masyarakat Malaysia agar membantah sekeras-kerasnya bukan sahaja terhadap resolusi PBB tersebut, tetapi juga terhadap sebarang usaha untuk mengenengahkan orientasi songsang LGBT ini sebagai suatu cara hidup masyarakat Malaysia,” katanya di perkarangan Masjid Negara.
Salah pemimpin Islam

Katanya, Pembela dan 46 NGO Islam lain bertegas dalam isu ini mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan yang tidak menghalalkan amalan songsang.


Beliau turut mengajak semua masyarakat lain menentang LGBT memandangkan amalan songsang ini turut tidak diterima oleh mana-mana agama lain selain Islam.


Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Syed Hassan Syed Ali berkata masalah ini berpunca daripada pemimpin Islam sendiri yang menyokong polarisme.


“Kalau amalan ini diamalkan maknanya umat Islam salah pilih pemimpin,” tegasnya.

Sebelum itu, kira-kira 50 penyokong Pembela dan Perkasa sebelum itu berdemo diperkarangan Masjid Negara selepas solat Zuhur membawa sepanduk ‘tunduk pada Allah bukan PBB’ dan ‘say no to LGBT’.




sumber: jkk
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER