Powered by Blogger.

MAKSUD ALLAH SIAPALAH YANG TAHU...

>> Monday, 4 January 2010





Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat.  Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.

Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.

Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang rajayang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya..

Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata  kesimpulan para tabib sama,iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut.  Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai  di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak  kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun  mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?

Tuhan pun berfirman,

"Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!


Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"


Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

Pelajaran pertama adalah:

Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan- Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.


Pelajaran kedua adalah:

Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena.
Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai den gan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga adalah:

Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.


Pelajaran keempat adalah:

Siapa yang tahu maksud Allah? Wallahua'lam bissawab..


Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui akan segala ketetapan yg telah ditentukan buat kita, hambaNYA. Oleh itu jgn sesekali berdendam sesama insan, marah atau mengesali segala dugaan yg dtg menjengah di sepanjang perjalanan hidup kita untuk menemuiNYA. Allah itu Maha Pengampun, Pengasih serta Pemurah.. maka carilah keredhaanNYA agar hidup kita bahagia hingga ke akhir usia di dunia, seteru snya bahagia di akhirat kelak.
Read more >>

Read more...

TGNA PENGGUNAAN NAMA ALLAH

Nik Aziz bimbang perkataan Allah disalahguna




Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau berkata, biar pun penggunaan kalimah Allah mengikut hukum bagi pengamal agama Samawi, ia tidak menjadi satu kesalahan.

“Namun saya takut ia disalahgunakan, itu yang menjadi kebimbangan sebenarnya,” katanya selepas majlis perasmian pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di Jalan Telipot, hari ini,

Khamis lalu Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penerbitan akhbar mingguan Herald – The Catolic weekly.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Ekoran keputusan itu menyebabkan timbul bantahan di kalangan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Baharom pula dilaporkan akan merayu keputusan kes terbabit ke Mahkamah Rayuan bagi memastikan kesucian agama Islam kekal terpelihara.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berharap pihak berwajib seperti persatuan ulama menganjurkan dialog bersama pemimpin agama Kristian bagi mencari penyelesaian isu tersebut.

“Melalui perbincangan terbabit diharap dapat meredakan kekeliruan masyarakat. Selain itu falsafah Islam dapat dikembangkan melalui majlis-majlis seumpama itu,” katanya.

Beliau juga tidak menolak hadir pada majlis seumpama itu sekiranya ada jemputan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai Islam.

note:-
isu yang umat islam semalaysia kepanasan...!!!
isu ini menyebabkan umno bin jahil kebinggungan...!!!
dalam isu ini  umno cuba tunjuk menjadi hero pembela islam...!!!
dalam isu ini semua yang mengaku islam sambil menentang islam pun turut membela...!!!
siapa lagi ingin membela ayuh tunjuk kan keislamanmu biar pun tak solat,biarpun lawan hudud...!!!
huhuhuhu umno pu  patut diharamkan penggunaan nama allah...!!!
 umno islam pada ic jer,tapi allah pun lawan sama mcm lawan manusia maaa...!!!
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER