Powered by Blogger.

Mencuri kerana lapar, sultan menteri tahu ke ada rakyat macam neh?

>> Wednesday, 20 June 2012


Bila mencuri ditangkap kantoi macam2 alasan diberi untuk lepaskan diri beb,  itu biasa protect diri. masih muda takkan tak larat keja oit cari rejeki halal, poei rembat barang orang neh cari penyakit namonya.

Tapi itulah hakikat yang berlaku dalam malaysia. andaikata menteri yang suka boroskan bini dan sultan kononya berjiwa rakyat tak suka membazir walaupun menggunakan duit sdiri terbaca berita macam neh mesti rasa keinsafan kan?<---bersangka baik weh. dan mesti rasa nak tolong.

Asyik anak bilis jer kena jerat, bilo jerung berkolar putih nak kena neh, sabar menanti najib dipintu besi.

opssss takde kena mengena pun dengan citer bawah neh. kan ada plak kata aku sokong perbuatan mamat yang mencuri neh


KUALA TERENGGANU - “Saya terpaksa mencuri kerusi itu kerana terlalu lapar, hasrat saya hendak jual kerusi itu untuk dapatkan duit beli makanan sahaja, tidak lebih dari itu.

Demikian alasan diberikan tertuduh, Mohd Razif Md Lazim, 32, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Mohd Razif yang beralamat dari Kampung Langkap Baru, Bandar Permaisuri, Setiu, memberi alasan itu selepas mengaku bersalah mencuri sebuah kerusi kayu milik seorang peniaga ikan air tawar di Jalan Sungai Rengas, Kubang Tangga, disini, Sabtu lalu.

Dia yang masih bujang itu mengaku bersalah mencuri kerusi milik Idhar Mohamad bernilai kira-kira RM30 di gerai jual ikan air tawar di tepi jalan Sungai Rengas, Kubang Tangga, 16 Jun lalu, kira-kira jam 8.15 malam.

Dengan itu, yang didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM200 atau jika gagal membayarnya, dikenakan penjara seminggu lagi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala tertuduh tidak diwakili
peguam.

Berdasarkan fakta kes, pemilik kerusi berkenaan telah ternampak tertuduh melarikan kerusi miliknya dengan mengikat kerusi itu pada basikal yang dibawanya. Bengang menyedari hartanya dicuri, mangsa nekad mengejar tertuduh dan menangkapnya, seterusnya dibawa ke Balai Polis Chabang Tiga, untuk tindakan selanjutnya.sh

p/s: Ada lagi rakyat susah  wahai soltan dan menteri2.

3 comments:

akmalharith Wednesday, June 20, 2012  

takde peguam yg nak wakili.. kenapa? mata duitan jugak peguam pun.. memang la dah salah org ni, tapi peguam bole tolong ringankan hukuman pesalah..

desperado Thursday, June 21, 2012  

jangan terlalu cepat membuat kesimpulan....kalau tertuduh sudah membuat keputusan mengaku bersalah, tidak diperlukan lagi peguam untuk mewakilinya...tapi kalau tertuduh tidak mengaku bersalah, beliau akan dibicarakan seterusnya akan diberikan khidmat peguam sekiranya tidak mampu...wallahualam

Post a Comment

Ikut suka kau la.janji jgn fitnah,spin atau auta.sebaik-baiknya FAKTA

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER