Powered by Blogger.

SATU MALAYSIA HILANG

>> Wednesday, 13 January 2010

Fail sulit disahkan hilang



KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang membuat laporan polis berhubung kehilangan satu fail siasatan seorang penjenayah yang masih dalam perbicaraan seperti yang dilaporkan di muka depan Kosmo! semalam.

Sumber mahkamah yang enggan dikenali memberitahu, laporan itu dibuat kira-kira pukul 11 pagi semalam di Balai Polis Ampang Jaya.

Katanya, kes tersebut telah diserahkan kepada polis dan mahkamah berharap tertuduh kes dadah itu yang sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin dapat ditahan secepat mungkin untuk disoal siasat.

Tertuduh lelaki berusia 30 tahun dalam kes itu menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia yang ditahan polis pada 11 November 2006 dibebaskan selepas seorang wanita membayar wang jaminan sebanyak RM7,000.

Pada 6 Disember lalu, satu waran tangkap telah dikeluarkan selepas lelaki itu gagal menghadiri perbicaraan dan kes tersebut akan disebut semula pada 2 Februari ini.
Menurut sumber itu, kes tersebut adalah yang pertama membabitkan kehilangan fail sulit dari simpanan mahkamah berkenaan.

Beliau bagaimanapun berpendapat, adalah terlalu awal untuk mengaitkan kehilangan itu dengan peranan kakitangan mahkamah sendiri.


note:-
pening kepala baca utusan meloya...!!!
sakit otak baca berita hairan menipu berdo'oh lalu...!!!
sakit mata tengok tv pengampu gerombolan...!!!
semua sama 3x0 menipu,membodek,pengampu,kaki jilat...!!!
bertambah sakit hati dan sakit telinga mendengar yang tak logik...!!!
enjin tentera boleh hilang,fail dalam mahkamah pun sama...!!!
weh2 kalau sejadah surau mahkamah boleh terima la...!!!
kan dah kantoi ini mesti banyak fail kes menglibatkan politik kikis UBN hilang...!!!
patut la bertahun-tahun tak dipanggil mahkamah hilang rupanya...!!!
kes correct pun fail hilang senyap berdiam sampai chedet pun hampir pupus...!!!
hilang kan semua fail kes2 bodoh macam demontrasi protes kenaikan barang,ISA...!!!
kalau tidak tuan hakim pun bingai macam musa hassan...!!!

Read more >>

Read more...

GERAM SUNGGUH AKU DENGAN PUAK NI

 KALAU BERANI SANGAT BAKAR LAH

Penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian menjadi isu hangat. Rentetan dari kebenaran dari Mahkamah pada awal tahun ini macam-macam kejadian yang merbahaya yang boleh menyebabkan huru hara di Malaysia. 8 buah gereja telah diserang sehingga NGO dan Rela dengan relahati “menjaga” gereja.

Bagaimana pun di Indonesia, perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang Kristian di Indonesia.




                        Contohnya sebuah gereja di Jawa,Indonesia.

Dalam isu kalimah allah ni ramai betul hero-heroin yang menjelma nak mempertahankan kalimah yang disayangi.Retetan itu ada yang sanggup meniup api perkauman semata-mata kepentingan politik tikus mereka.Wahai makhluk,dah belajar agama sedalam-dalamnya.Kenapa dalam isu ini kita cepat sangat melenting tak tentu arah sampai bakar membakar.Islam mana yang ajar kamu membolehkan bakar rumah-rumah ibadat .Islam mengajar penganut-penganutnya mengharamkan merosakan rumah-rumah ibadat,membunuh perempuan,kanak-kanak,orang-orang tua dalam peperangan.Inikan pula negara kita dalam keadaan aman tenteram.sekali sekal jer gerombolan buat hal.

Ok sedara,isu ini bukan isu baru.isu ini boleh dikatakan berlaku pada tahun 2007 lagi.Kenapa baru timbul,kenapa tidak tahun 2008 atau 2009?Semua dah tahu negara kita banyak isu yang besar menglibatkan orang-orang politik,yang terbaru kehilangan 2 buah enjin bernilai berjuta-juta lemon.Adakah dalam isu kalimah ini nak menlindungi atau menutupi isu2 yang besar itu.Ingat,rakyat malaysia tak bodoh, ramai dah yang celik berpolitik.

Ramai sungguh bangkit bila akhbar herrad mencetuskan isu.ramainya bangkit dari tidur,ramainya yang tak tahu dalam agama cuba berlagak kononya aku lah mujahiddin aku lah mujahiddah,berdemo sini berdemo sana.Tumpang tanya....suatu masa dulu agama islam kita dilanda satu penghinaan tentang karikatur rasullulah dimanakah kamu semua wahai gerombolan yang hipokrit.kenapa tak berdemo,ada seorang menteri diajak berdemo tentang isu ini di kampung baru boleh bagi alasan bagi tidak menhadiri diri.Kenapa dengan isu murtad kamu berdiam seribu bahasa,kenapa dengan meroboh masjid kampung bujal kamu berpeluk tubuh,itukan rumah allah.

Kepada pewaris,pekida, dan NGO yang sewaktu denganya ingatlah jangan isu ni saje nak tunjuk hero,nak tunjuk akulah mempertahankan kalimah allah.Lebih banyak lagi isu yang perlu kamu mempertahankan seperti undang-undang murtad di negaraku.Dengan itu juga jangan lupa pada syariat ajaran islam.Jangan pulak ada yang tak bersolat,minum arak,berzina pagi petang berdemo mempertahankan kalimah allah,malunya kalau kantoi.lepas berdemo bawak awek merempit dengan sticker amal makruf nahi mungkar.

So lain kali datang isu-isu yang menglibatkan agama atau apa sekalipun rujuk lah pada ulama yang arif atau yang pakar.jangan jadi bodoh sebab malu bertanya,biar kita bodoh bertanya dari bodoh sombong.
Read more >>

Read more...

AYUH BANGKIT MANA YANG TIDUR

Britain haramkan 'Islam4UK' ikut akta antikeganasan


LONDON: Britain mengumumkan pengharaman kumpulan Islam yang menimbulkan kemarahan selepas merancang perarakan antiperang menerusi bandar di mana upacara memperingati askar yang terkorban di Afghanistan diadakan.


Menteri Dalam Negeri, Alan Johnson, berkata kumpulan dikenali 'Islam4UK' akan diharamkan mulai esok mengikut undang-undang antikeganasan dan menjadikan satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara hingga 10 tahun jika menganggotainya.


"Saya hari ini mengeluarkan perintah yang mengharamkan Al Muhajiroun, Islam4UK, dan ahli organisasi sama di bawah nama lain. Ia sudah diharamkan di bawah dua nama lain iaitu Al Ghurabaa dan The Saved Sect," katanya.


 Perdana Menteri, Gordon Brown, berkata minggu lalu bahawa beliau "kecewa" dengan rancangan Islam4UK untuk memperingati orang awam Islam yang terbunuh dengan berarak melalui Wootton Bassett di tenggara England.


Ratusan orang biasanya berkumpul di bandar itu yang terletak berhampiran Pangkalan Udara Lyneham di mana mayat askar British tiba dari Afghanistan, untuk memberi penghormatan terakhir.


Islam4UK berkata Ahad lalu bahawa ia membatalkan rancangan untuk perarakan itu dengan menyatakan ia "berjaya memberi pendedahan kepada masyarkat berhubung penderitaan oran Islam di Afghanistan" tanpa perlu mengadakannya. - Reuters


note:-
lihatlah dunia semakin hari islam di hina...!!!
semakin hari islam di tindas...!!!
saban hari islam di pijak...!!!
lihat lah gerombolan ayuh bersama gerakan islam...!!!
bersama jemaah islam bersatu di bawah panji rasullullah...!!!
buangkan fahaman perkauman yang ditanam penjajah...!!!
bersama kita hancurkan kufar laknatullah...!!!
hari ini sedara kita di luar sana di pijak...!!!
mungkin tak mustahil suatu hari nanti di negaraku ku...!!!
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER