Powered by Blogger.

KENAPA ANWAR KENA,NAJIB TAK KENA...MANA ACI

>> Tuesday 23 March 2010

note:-
kehkehkeh...takut juga kemarahan rakyat...takut rakyat bangkit melawan ke bhai kuk...zahrain buat pendedahan 16 september ...anwar kena dakwa....kehkehkeh hoi low or the jungle...kenapa najib tak di dakwa setelah puchong menuduh beliau ada kaitan pembunuhan al-tantuya...undang-undang jakun ni...kahkahkah undang al malauonnnnnnnnn...kenapa tak mendakwa mp gombak tentang bukti pembakaran gereja...kenapa,kenapa,kenapa.... polis penyelamat umno...talian hayat terakhir umno polis raja kat malaysia...kahkahkah


KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi masa tujuh hari untuk memberi penjelasan berhubung isu 'Satu Israel' dan kaitannya kepada 'Satu Malaysia' kepada Dewan Rakyat.

Kelab Penyokong BN di Parlimen, melalui Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, menggerakkan usul tersebut dibawah Aturan Parlimen 37 1(A).

Anwar mengundang kemarahan wakil-wakil rakyat BN selepas beliau mendedahkan syarikat perunding Apco Worldwide yang dilantik Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak untuk menaja konsep 1Malaysia yang dikatakan ada persamaannya dengan kempen 'Satu Israel' daripada Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

"Jika ini tidak dihalang, ia akan digunakan oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka," tambah beliau.

Usul ini dibantah keras oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, namun Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee telah mengizinkan BN menggerakkan usul tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz melahirkan sokongan kepada usul merujuk Anwar ke jawatankuasa parlimen.

Pakatan Rakyat (PR) bagaimanapun berhujah bahawa pihak speaker tidak konsisten dan berat-sebelah kerana membenarkan BN bertindak ke atas pemimpin PR walhal wakil rakyat BN yang membuat kesalahan sebelum ini, telah bebas daripada sebarang tindakan.
Read more >>

Read more...

WAJIB DI PINDA KERANA BANYAK SANGAT DAH RASUAH

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah, berserban) berkata pemimpin Islam gagal menangani isu penggunaan kalimah Allah sehingga menyebabkan berlakunya serangan ke atas rumah-rumah ibadat.


Beliau yang juga wakil PAS berkata dari segi hukum, Islam tidak melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah berkenaan.

"Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas.

"Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif.

"(Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik," katanya ketika membahaskan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, peluang itu juga seharusnya digunakan untuk berdakwah dan memberi penerangan mengenai Islam kepada golongan bukan Islam.

"Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan.
"Saya minta supaya kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah," tegas Hadi.

Katanya lagi, al-Quran tidak pernah menghalang penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah semasa hayat Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, pendirian seperti itu boleh dilihat dalam surat yang dikirim oleh Nabi Muhammad kepada Raja Mesir yang menganut Kristian.

"Tanpa memaksa mereka menerima agama kita, kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan," katanya lagi.

Jelasnya, dalam warkah berkenaan, Nabi Muhammad memberitahu Raja Mesir bahawa umat manusia tidak boleh menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sama ada di kalangan pemimpin mahupun di kalangan paderi.

Katanya, Nabi Muhammad juga tidak menghalang penganut Kristian itu menggunakan kalimah Allah.

"Di sinilah mengapa Islam membenarkan penganutnya makan sembelihan daripada penganut agama lain (ahli kitab).

"Sembelihan mereka halal kerana mereka menyembelih dengan menyebut nama Allah.

"Ini menunjukkan keizinan itu berlaku," kata Abdul Hadi lagi.
Ketika ditemui media selepas itu, Abdul Hadi berkata beliau turut mencadangkan supaya perkara 'kepercayaan kepada tuhan' dalam Rukunegara diubah dengan 'kepercayaan kepada Allah.'

Jelasnya perkara tersebut boleh dilakukan memandangkan masyarakat bukan Islam sudah boleh menerima Islam sebagai sebahagian daripada agama mereka.

"Kerajaan perlu terima positif dalam tangani isu ini, bukan negatif. Penganut agama Kristian dan agama lain sudah sedar Allah diberi nama unggul, perkataan lain yang mereka guna sebelum ini, God, Lord dan lain-lain tidak tepat," katanya.

"Ini menunjukkan mereka sudah terima Allah sebagaimana mereka terima Islam sebagai agama. (Jadi perlu) ubah Rukun Negara kepada lebih pro-aktif dalam masa sama tuju ke arah perpaduan rakyat," katanya lagi dan menambah kekeliruan yang berlaku adalah akibat kejahilan orang Islam sendiri dalam membuat penafsiran.

Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER