Powered by Blogger.

HASIL DIDIKAN UMNO INILAH JADINYA

>> Saturday, 26 December 2009

Anne Ngasri Buka Tudung Kerana Niat Cari Rezeki 




AKTRES kecil molek, Anne Ngasri yang cukup sinonim dengan watak remaja kini selesa dengan penampilan bertudung.Ibu kepada dua cahaya mata ini menganggap dirinya kini sudah sampai ke titik perubahan.Bagaimanapun katanya, perubahan tersebut biarlah berlaku secara perlahan-lahan.

“Sejak pulang dari menunaikan umrah, saya merasakan diri saya sudah bersedia untuk membuat perubahan.“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai.“Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja,” ujar Anne.

Menurutnya, biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja.
“Saya tahu tidak manis jika saya buka dan pakai tudung, namun biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.“Mungkin orang akan keliru dengan penampilan saya, dalam drama saya tak pakai tapi jika mereka jumpa saya diluar saya pakai tudung lengkap.

“Saya tahu jaga batasan saya dengan penampilan baru ini, saya tidak pakai baju yang jarang dan menjolok mata serta berlakon watak yang berpegangan tangan,” ujar ibu kepada dua cahaya mata lelaki Abdul Warits dan Abdul Wardi.

Ketika ditanya tentang tawaran berlakon dengan penampilan bertudungnya, kata Anne dia menyerahkan segalanya kepada Allah.

note:-
beginilah bila dibiarkan orang jahil bercakap...!!!
membuka kebodohan sendiri didada akhbar seluruh malaysia...!!!
bijak ilmu dunia tapi bodoh ilmu akhirat...!!!
tudung itu wajib minah woi....!!!
pakai tudung bukan suruhan umno...!!!
jangan jadi banggang buat alasan cari rezeki...!!!
rezeki itu ditangan illahi ...!!!
jahilnya artis sekarang selepas dididik oleh umno selama 50 tahun lebih...!!!
dibiarkan orang jahil bercakap soal agama...!!!
pakar agama  digam,dihalau,ditangkap,di ISA...!!!
alahai malaysia negarakuku

Read more >>

Read more...

YANG HIDUP PASTI AKAN PERGI


10 Maut, Dua Cedera Bas Rempuh Pembahagi Jalan




                                              AL-FATIHAH


IPOH: Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 1 pagi itu adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor.

Menurutnya, kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala kesemua mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.
Wan Abdullah berkata, semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada jam 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

Menurut beliau, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata, pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.

"Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri dan kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.
Pemandu Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, ditahan untuk siasatan.
Antara mangsa yang telah dikenalpasti maut adalah:




                    TAKZIAH UNTUK KELUARGA YANG TERLIBAT

1. Noor Jismi Noordin (Kangar).
2. Musa @ Ismail Abdullah (Gurun).
3. Mohd Shukri Mohd Ali (Sungai Besar).
4. Mohd Bilal Osman (Sungai Besar).
5. Shaharin Mohd Noor (Klang).
6. Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun (Sungai Petani).
7. Supiah Adam (Klang).
8. Ng Poh Ngoh (Alor Setar).
9. Ng Kah Kit (Alor Setar).

Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER