Powered by Blogger.

TERKINI-KENALI GOBIND ANAK KARPAL

>> Friday, 12 February 2010

Sidang Parlimen, Gobind mahu terus garang


KUALA LUMPUR, 12 Feb - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung selama setahun  tidak sabar untuk kembali berbahas ke Parlimen.

Pengerusi Biro Perundangan Nasional DAP itu kesal kerana kerajaan Barisan Nasional sering  mencari kesalahan dan menghukum pemimpin Pakatan Rakyat.

Trend ini menunjukkan ketidakadilan yang berlaku di negara ini. Jika seseorang dari Barisan Nasional membuat kesalahan, ia dianggap tidak melakukan kesalahan.

Beliau percaya trend yang tidak sihat itu akan berterusan jika BN terus berkuasa di negara ini.
“Tapi di sini saya nak bagi amaran lagi. Akan kita lihat lebih pemimpin-pemimpin pakatan rakyat dituduh dalam masa terdekat. Ia pastinya akan lebih banyak dan saya di sini mahu beritahu, perlulah kita berhati-hati. Di sini apa yang perlu adalah untuk rakyat,”katanya pada sesi penerangan rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ semalam.

Bagaimanapun beliau kagum dengan semangat pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hj Nizar Jamaluddin dan Karpal Singh yang teguh pendirian untuk membela rakyat.

Beliau membayangkan untuk terus berjuang sehingga akhir dan terus menghangatkan Parlimen sebaik sahaja tempoh pergantungannya tamat  16 Mac ini.

“Saya nak bagi amaran kepada Umno, kalau awak rasa awak boleh mendiamkan Puchong? Kalau kamu berfikir bahawa Puchong akan berdiam diri kerana dihalau satu tahun, tidak,  saya akan balik ke Parlimen March 16. Saya akan balik ke Parlimen,”katanya. selangorkini
Read more >>

Read more...

MARI RAMAI-RAMAI NYANYI LAGU SI KATAK

PKR ATAU PARTI KELUAR RAMAI-RAMAI

MANA KAU NAK LARI HAAA


Lompat si katak lompat...!!!
Lompat la tinggi-tinggi...!!!
Lompat la jauh-jauh sampai ke putrajaya...!!!


Lmpat si katak lompat...!!!
Lompat la tinggi-tinggi...!!!
Lompat la jauh-jauh senang kita dapat projek...!!!


Lompat si katak lompat...!!!
Lompat dari pakatan...!!!
Lompat la semua yb biar pakatan jadi ruyup...!!!


Lompat si katak lompat...!!!
Lompat la ramai-ramai...!!!
Lompat dari pakatan biar najib terus berkuasa...!!!


Lompat si katak lompat...!!!
Lompat la dari pkr...!!!
Lompat yb munafik biar rakyat terus merempat...!!!


Lompat si katak lompat...!!!
Lompat la datuk zahrain...!!!
Lompat hang memang celaka...!!!


Lompat si katak lompat...!!!
Lompat la yb zul kulim...!!!
Lompat dari pakatan biar bn dapat 2/3...!!!


Lompat la si katak lompat...!!!
Lompat la yb haram jaddah...!!!
Lompat hang  bekas tahi masuk ke sarang asal...!!!


Lompat si katak lompat...!!!
Lompat masuk BN...!!!


Lompat lagi senang kita jilat najib...!!!


Lompat si katak lompat...!!!
Lompat la tinggi-tinggi...!!!
Lompat tinggi-tinggi jatuh biar mamposssss...!!!
kahkahkah........!!!
Read more >>

Read more...

UBN AKAN TUMBANG PRU13

Tukar Kerajaan BN Yang Tidak Pandai Memerintah – Siti Zailah


KUALA NERUS - Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Muhd Yusoff menyifatkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pandai memerintah dan sudah masanya ia ditukar.
 
Ia adalah kerana, katanya, BN yang memerintah negara banyak melakukan pembaziran wang rakyat serta ketirisan dalam mengurus harta negara. 

“Dimaklumkan dalam Dewan di Parlimen, yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara ketirisan sahaja yang berlaku tahun 2009 lalu sebanyak RM28 bilion. 

“Ini duit rakyat, duit negara. Penyelewengan yang ditemui oleh Audit terlalu banyak dan perlu didedahkan,” tegasnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Isu Semasa di Pekan Batu Enam, Rabu, 10 Februari.
Menurutnya, antara penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN terhadap beberapa tuntutan yang tidak munasabah.

“Laporan Audit melaporkan ada satu harga komputer riba yang berharga RM2,000 dan dia (Umno-BN) tuntut dengan kerajaan RM42,000. 

“Satu kotak skru drebar yang berharga RM30 dia (Umno-BN) tuntut RM4,700 dan satu pasu bunga yang harga RM20 dia tuntut dengan harga RM350,” dedahnya dihadapan lebih 1000 hadirin. 

Lebih teruk lagi, katanya, Laporan tersebut juga mendedahkan, terdapat penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dipalsukan, tidak pernah wujud.

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/zailah1.jpgBeliau berkata, ada penerima yang namanya palsu dan kad pengenalan juga palsu termasuk dalam senarai penerima bantuan JKM.
“Nama palsu dan nombor i/c (kad pengenalan) pasul tetapi masuk senarai penerima bantuan JKM. Nama (penerima) itu tidak ada pun dalam Pendaftaran Negara. Ini kerja Umno-BN,” jelasnya.

Selain itu, katanya berlaku juga pembaziran yang menggambarkan ketidakcerdikan pemimpin Umno-BN memerintah negara.
“Kediaman rasmi Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) di Putrajaya iaitu Seri Perdana dan Sri Satria disewa dengan Syarikat Perbadanan Putrajaya Holdings Berhad.

“Kerajaan bayar sewa setiap bulan kepada perbadanan itu untuk rumah rasmi PM sahaja sebanyak RM11,300 sehari dan sewa rumah kediaman TPM pula RM7,600 sehari,” jelasnya. 
Menurutnya, dua buah rumah tersebut kerajaan terpaksa berbelanja hampir RM7 juta setahun untuk sewa rumah dua pemimpin tertinggi negara. 

Kata beliau, jika duit sebanyak RM7 juta itu digunakan untuk membuat dua buah rumah kekal bagi Perdana Menteri dan Timbalannya adalah lebih baik.

“Jika dia (Umno-BN) guna duit RM7 juta itu dan buat rumah kekal untuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, masuk tahun kedua tidak payah menyewa lagi.
“Sejak zaman Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang ini Dato’ Seri Najib Tun Razak. Berapa juta wang rakyat dan wang negara dibazirkan atas sewaan rumah itu,” ujarnya. 

Justeru itu, katanya PAS dan Pakatan Rakyat kena gerakkan jentera parti masing-masing dari sekarang.

Menurutnya, dalam masa setahun setengah lagi Parlimen akan dibubarkan dan rakyat perlu diberikan penjelasan. 

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua dan Setiausaha Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh dan Raja Endun Raja Abdul Rahman.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER