Powered by Blogger.

Mati ketika mengejar pasangan kekasih buat maksiat

>> Sunday, 3 June 2012




Anggota polis trafik menunjukkan keadaan motosikal ditunggang Shahrezal 

dan Afian.

SABAK BERNAM – Tindakan nekad dua sekawan mengejar sepasang kekasih yang dipercayai bermadu asmara dalam sebuah kereta di jalan Ban Canal di sini berakhir tragedi apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Parit Empat Ban Canal, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian 12.10 malam itu, dua sahabat itu bertembung dengan motosikal yang dinaiki seorang mangsa dan menyebabkan kedua- dua penunggang  maut manakala pemboncengnya patah kaki kanan.

“Mangsa, Shahrezal Shahari, 31, berasal dari Peket 20, yang menunggang motosikal dari arah Sungai Besar ke Pasir Panjang meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.

“Manakala, dua sahabat tadi, Afian Mohd Zaidi, 22, dari Parit Serong Simpang Lima, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak manakala rakan yang memboncengnya kenali sebagai Arif,  18, dari Parit 14 Darat Simpang Lima, mengalami patah kaki kanan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, tidak sampai sejam selepas kejadian pertama, seorang pemuda Zairul Akmal Zulkifli, 22, maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu  23, Sungai Nibong selepas bertembung kereta Perodua Kancil yang dinaiki tiga sekeluarga.

"Kejadian kira-kira 1.00 pagi itu berlaku di Kilometer Anggota polis trafik menunjukkan keadaan motosikal ditunggang Shahrezal dan Afian. (KM) 58, Jalan Teluk Intan, Klang itu menyebabkan mangsa cedera di beberapa bahagian  badan termasuk kepala dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tanjong Karang," katanya.

"Siasatan masih dijalankan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta datang ke balai polis berhampiran atau  menghubungi Balai Gerakan di talian 03- 3224222," katanya. -sh

p/s: Al fatihah buat sahabat yang mati dalam mencegah maksiat. 
Read more >>

Read more...

Rumah Azmin ali diserang 20 orang pemuda, bukan ahli umno

Kena bersangka baik perangai tak bertamadun ini jarang sekali kita lihat ada parti umno malah banyak berlaku pada parti Pakatan Rakyat khususnya PAS kata tv3 itupun kalau aku jadi pembacanya.

Serangan akibat ketidakpuasan hati segolongan melayu utan terhadap naib presiden PKR itu apabila beliau bebas dari tuduhan rasuah yang berlaku 17 tahun dahulu, tuduhan rasuah yang dilaporkan segelintir melayu utan itu bersifat dendam politik akhir2 beliau tidak disabitkan malah melayu utan ini juga yang mengamuk. sendiri cari penyakit sendiri mengamuk.


Ulang suara...!!! 
Melayu utan ini bukan pemuda umno, perkasa malah pekida jauh sekali.

Bukan senang nak melayan melayu utan ni der. semua nak ikut selera tekak mereka. manusia utan ni kalau tak dapat upah rm30, sebungkus dunhill pun jalan.

Jika melayan karenah melayu utan, dengan kita2 jadi beruk

p/s melayu utan samseng taik kucing.

Read more >>

Read more...

Kebodohan MB Terengganu semakin bersinar, siyes aku kabor

Baru jer pagi tadi aku cakap pasal mat said, atas sebab kecerdikkan   yang tak seberapa menyerlah disebabkan ingin mengenakan tindakkan kepada pelajar yang menyertai BERSIH sini.

Kepada anggota kerajaan khususnya polis atau tentera dilarang sama skali menyokong pembangkang kerana anda akan dilabelkan oleh Mat Said sebagai pengkhianat.

Tanpa mat said sedar bahawa negara ini negara demokrasi berparlimen bukan negara umno al yahudi. so sebut demokrasi mana2 rakyat berhak nak memilih parti mana yang diorang suka.

Nah terbukti kebodohan abang mat id itew


Apa yang dimaksudkan oleh abang Mat bercangah dgn dasar pemerintah aku pun bingung, mungkin maksud beliau staff krajaan sokong PR dikira bercanggah tak gitu?

kahkahkah lawak mat Kijal siotttttt...!!!

Bila anda menyarung baju unirform automatik anda wajib sokong BN walaupun najib suruh anda menjaga konsert telanjang atau program memaki hamun ulama'2 itu wajib.

Bila anda baru lepasan rekrut army atau polis anda secara sah automaticaly wajib bukan harus menjilat segala perbuatan terkutuk barisan nasional.

Mari sini mat said weh baca apa itu demokrasi berparlimen, Menteri besor natang apa yang bodo sangat har?

 Ciri-ciri demokrasi berparlimen di Malaysia?
--->Rakyat Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara.
--->Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
--->Peluang Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Pilih  Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Sokong  Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. 
--->Lambang   Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
--->Tertinggi  Raja menjadi pemerintah tertinggi negara dan negeri. 
--->Kuasa  Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. 
--->PM  Perdana Menteri menjadi ketua kerajaan. 
--->Parlimen Parlimen bertindak menggubal undang-undang negara. P  
--->Pilihan raya diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri. 
--->Parti  Parti-parti politik ditubuhkan untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing. 
--->Kebebasan  Menjamin kebebasan asasi rakyat seperti yang termaktub dalam  perlembagaan negara.

Baca apa yang abang k bold kan warna oren tu. kalau masih belum faham, memang sah kamu berpolitik menggunakan tumit kaki.

p/s: Pepatah melayu sudah bertukar bermula hari neh "bodoh macam mat said" bukan macam lembu lagi.


Read more >>

Read more...

Mat Said mengamuk dua pelajar bakal menjadi mangsa

Berita bernama melaporkan bahawa Mb terengganu Mat Said dapat mengesan dua orang pelajar tajaan yayasan Terengganu menyertai Bersih 3.0 baru2 ini.

Yang menjadi kemarahan Mat Said oleh kerana pelajar tersebut ditaja oleh yayasan terengganu di bawah kerajaan negeri gtersebut.

Mungkin Mat Said dah lupa bahawa kerajaan adalah hak milik penuh dan kekal oleh BN atau keturunan beliau. 

Mat said dah lupa kerajaan itu adalah hak rakyat dan perhimpunan itu juga hak rakyat<---mudah jgn nak memeningkan kepala.



So apa kesalahan pelajar2 ni beb, berhimpun? kalau kesalahan kerana berhimpun, bukankah termaktub dalam perlembagaan Malaysia hal perhimpunan aman?<---search google kalau benak sangat. mana lebih besar undang2 mat said atau perlembagaan Malaysia?

Aku tak nampak dengan jelas apa bukti kukuh bahawa pelajar2 ini melakukkan kesalahan sehingga Mat Said nak ambil tindakkan tegas terhadap pelajar ini dan kemngkinnan biasiswa tajaan yayasan akan ditarik balik itu aku nampak, tak mustaghil beb.

p/s: pelajar oh pelajar dah tahu UMNO tengah menggila  babi, yang telampau berani upload gambar kat fb kenapa? kan kan kan kan.

Read more >>

Read more...

12 rakyat Indon dan 2 wanita tempatan ditahan di pusat perlacuran Brickfields



KUALA LUMPUR — Polis menahan 12 wanita rakyat Indonesia dan dua wanita tempatan dalam serbuan di sebuah rumah kedai yang dijadikan pusat pelacuran di Jalan Thambypillai, Brickfields, malam tadi.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Deputi Superintenden Azman Mohd. Isa berkata, wanita berusia lingkungan 22 dan 46 tahun itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan melakukan aktiviti tidak bermoral.

Beliau berkata, turut ditahan dua penjaga premis bersama empat pelanggan berusia 20 hingga 30 tahun.

"Pusat pelacuran ini sudah beberapa kali kita serbu, kali terakhir pada 25 Mei lepas. Tetapi mereka tetap berdegil dan terus menawarkan khidmat seks dengan harga serendah RM30,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Operasi sejam yang berakhir 9.30 malam itu disertai empat pegawai dan 16 anggota IPKKL. Azman berkata, polis turut merampas beberapa bungkusan kondom dan semua yang ditahan dibawa ke IPKKL untuk siasatan lanjut.-BERNAMA

p/s: Pusat perlacuran Jalan Brickfields lali dah abang k dengor. serbu hari ini esok buka, roboh petang ni malam karang bina balik. dah bertahun dah berjaman  kirung nak habaq anggg. untuk pengetahuan hampa  pusat ni duk bawah jajahan wilayah persekutuan bukan selangor, mana poie jawi? Mana poei raja nong Chik? Hassan Ali mungkin dah tidor.
Read more >>

Read more...

Himpunan Hijau tak boleh lawan himpunan umno beb- Menteri KDN


Himpunan Hijau Tindak Balas Terhadap Gelombang Merah - Hishammuddin

Add caption
Takde modal nak serang agaknya

JITRA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman dekat sini pada Jumaat malam, sebagai tindak balas terhadap 'gelombang merah' yang melanda Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei lepas.

budak sekolah pun dipaksa berpolitik oleh umno

"Ini adalah tindak balas kepada apa yang mereka lihat sebagai satu gelombang dan kesedaran orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Cara kaedah kempen mereka gunakan (iaitu tema) warna hijau, perhimpunan yang ada unsur-unsur program dengan yang muda, apa bezanya dengan program yang kita dah buat?" katanya kepada pemberita selepas program BN Pilihan Orang Muda di sini.

twitter beliau

Perhimpunan 11 Mei lepas menyaksikan lebih 100,000 anggota Umno berpakaian merah berhimpun bagi sambutan ulang tahun ke-66 parti itu.

100 ribu dimaksudkan oleh hisamuddin

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, berkata PAS juga sudah tidak mempunyai modal kerana terpaksa mengikut kaedah serta ciri program anjuran B Nuntuk mendekati golongan muda.

"Kita tengoklah siapa yang sebenarnya ikhlas dan yang betul-betul berjuang untuk orang ramai," katanya.

Mengulas program BN di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman hari ini, beliau berkata semangat dan gelombang yang ditunjukkan golongan muda cukup membanggakan.

Beliau berkata semangat itu harus diteruskan dan diperluas bukan sekadar melibatkan anggota BN malah mendekati golongan muda lain.

Ini yang dimaksudkan beliau suntikkan semangat
Katanya, pendekatan itu sangat membina selain menyuntik nilai mulia dan murni dalam meniti arus perubahan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui program transformasi. BERNAMA

p/s: Apakah hishamuddin dah buta otak malah ilmu hisab? perhimpunan hijau di Kodah bukan nak berbanding bilangan mana sikit mana lebih besar? tapi rakyat yang matang melihat mesej yang disampaikan hasil perhimpunan itu. ANTARA PROGRAM MAKSIAT VERSI UMNO ATAUPUN MAJLIS ILMU ALA PAS? BERUK BOLEH MIKIR KAHKAHKAH.
Read more >>

Read more...

Iklan lokasi D

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

BLOGGER

KOLEKSI Abang k

BLOGGER