12 rakyat Indon dan 2 wanita tempatan ditahan di pusat perlacuran Brickfields
>> Sunday, 3 June 2012
KUALA LUMPUR — Polis menahan 12 wanita rakyat Indonesia dan dua wanita tempatan dalam serbuan di sebuah rumah kedai yang dijadikan pusat pelacuran di Jalan Thambypillai, Brickfields, malam tadi.
Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Deputi Superintenden Azman Mohd. Isa berkata, wanita berusia lingkungan 22 dan 46 tahun itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan melakukan aktiviti tidak bermoral.
Beliau berkata, turut ditahan dua penjaga premis bersama empat pelanggan berusia 20 hingga 30 tahun.
"Pusat pelacuran ini sudah beberapa kali kita serbu, kali terakhir pada 25 Mei lepas. Tetapi mereka tetap berdegil dan terus menawarkan khidmat seks dengan harga serendah RM30,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.
Operasi sejam yang berakhir 9.30 malam itu disertai empat pegawai dan 16 anggota IPKKL. Azman berkata, polis turut merampas beberapa bungkusan kondom dan semua yang ditahan dibawa ke IPKKL untuk siasatan lanjut.-BERNAMA
p/s: Pusat perlacuran Jalan Brickfields lali dah abang k dengor. serbu hari ini esok buka, roboh petang ni malam karang bina balik. dah bertahun dah berjaman kirung nak habaq anggg. untuk pengetahuan hampa pusat ni duk bawah jajahan wilayah persekutuan bukan selangor, mana poie jawi? Mana poei raja nong Chik? Hassan Ali mungkin dah tidor.
0 comments:
Post a Comment