BUKAN UMNO KALAU TAK BOHONG...KEHKEHKEH
>> Wednesday, 14 April 2010
oleh:Ketuapolis
note:-
kehkehkeh...sampai bangsat begitu sekali...kalau menipu memang johan...kalau soal projek runtuh memang terer...aik takkan soal miskin lu dapat nama juga...apa ini negeri ni macha...itulah bila penyangak,perompak di beri kuasa,diberi mandat...wajhai rakyat ganung terimalah bahana...apalah sangat wang ehsan rm 300 setahun...jangan adi bodoh sangat lah...kehkehkeh.
KUALA TERENGGANU – Pemimpin Umno Terengganu sering mendakwa masalah kemiskinan rakyat di negeri ini telah selesai, sedang fakta sebenar menunjukkan sebaliknya.
Sebagai negeri pengeluar minyak dan gas terkaya di negara ini, Terengganu masih mempunyai kadar kemiskinan tegar, miskin dan mudah miskin yang ketara.
Sebagai negeri pengeluar minyak dan gas terkaya di negara ini, Terengganu masih mempunyai kadar kemiskinan tegar, miskin dan mudah miskin yang ketara.
(Gambar - seorang warga tua yang miskin di Setiu Terengganu)
Fakta tersebut telah didedahkan oleh wakil kerajaan sendiri dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.
Fakta tersebut telah didedahkan oleh wakil kerajaan sendiri dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Ashaari Idris berkata Terengganu masih ditangga kedua kategori rakyatnya mudah miskin.
Manakala, katanya kategori rakyat miskin juga masih kekal ditangga ketiga dan miskin tegar ditempat kelima.
“Berdasarkan kajian terbaru negeri Terengganu berada ditangga kelima daripada tempat kedua sebelum ini bagi kategori miskin tegar.
“Kategori miskin masih kekal ditangga ketiga, dan ditangga kedua bagi ketegori yang mudah miskin,” jelasnya ketika menggulung perbahasan titah perasmian, 8 April lalu.
Menurutnya, mengikut pecahan daerah pula yang termiskin di Besut 813 orang, Kuala Terengganu (663), Setiu (471), Dungun (185), Hulu Terengganu (139), Marang (80) dan Kemaman (63) orang.
“Laporan yang terbaru kedudukan hal Terengganu bagi membasmi kemiskinan ini berbanding akhir tahun 2009, kita (Terengganu) masih ada 10,268 orang yang miskin berbanding akhir tahun lepas (2009) kita (Terengganu) ada 9,924 orang dan meningkat sedikit.
“Dan yang mudah miskin, kita (Terengganu) ada 14,107 orang berbanding dengan 14,121 orang sebelum ini,”katanya.
Ketika menjawab soalan ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkaitan indeks pengukur kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar, Asyaari berkata kerajaan negeri masih menggunapakai kadar indeks pusat iaitu perkapita miskin RM180 dan miskin tegar RM100 sebulan.
!!!...Cakap pakai AKAL lah,lembu pun ada OTAK...!!!
!!!...Menembak apa saje yang terlintas di kepala OTAK ...!!!